Friday, March 4, 2011

Tampalan sewarna gigi..I LIKE!!!!

Apakah Bahan Tampalan Sewarna Gigi?
Bahan tampalan sewarna gigi atau bahan tampalan berwarna putih lebih dikenali sebagai tampalan komposit. Ia adalah gabungan:-
  • Bahan kaca (glass particles)
  • Bahan resin tiruan (synthetic resin)
  • Bahan untuk mengeras (setting ingredient)
Tampalan ini mengembalikan warna asal gigi yang sebelum ini telah berlubang atau mempunyai tampalan. Bahan-bahan lain yang boleh menjadikan warna gigi seperti asal termasuklah composite inlays, porcelain inlaysdan onlays. Bahan-bahan ini boleh membaiki gigi yang rosak teruk, gigi yang haus dan menjadikan tampalan gigi belakang kelihatan lebih menarik.
Adakah Rawatan Ini Sukar?
Rawatan ini tidak begitu sukar. Tempoh rawatan menggunakan bahan tampalan komposit mungkin mengambil masa yang lebih lama berbanding tampalan biasa. Selepas bahagian gigi yang rosak dibuang, gigi mesti dikeringkan. Bahan pelekat akan disapu ke atas permukaan gigi diikuti beberapa lapisan nipis bahan tampalan sewarna gigi (komposit). Kemudian bahan tampalan tersebut akan mengeras secara kimia atau dipanaskan mengguna cahaya yang khas selama kurang dari satu minit. (inilah yg aku rasa... aku cam pelik at first nape ade cahaya pas siap letak tampal tu..hahaha.. kuno aku neh rupenye...)

Apakah Kelebihan Bahan Tampalan Ini Berbanding Bahan Tampalan yang Lain?
Bahan tampalan ini tidak memerlukan banyak lapisan gigi yang sihat dibuang. Tampalan komposit melekat dengan permukaan gigi asal menggunakan bahan pelekat khas (adhesive material).
Kesan Sampingan Menggunakan Bahan Tampalan Ini
Sesetengah individu mengalami rasa ngilu (sensitif) bila terdedah pada benda sejuk di peringkat awal selepas rawatan. Jika rasa ngilu ini masih tidak beransur hilang selepas seminggu, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor pergigian semula.
Berapa Lama Tampalan Ini Boleh Bertahan?
Seperti bahan tampalan lain, tampalan sewarna gigi juga diganti sekiranya perlu. Jika bahagian tepi tampalan telah rosak, bakteria boleh masuk di celah antara tampalan dengan gigi dan menyebabkan kerosakan gigi. Kerosakan ini seterusnya boleh merebak ke bahagian lain gigi. Pemeriksaan pergigian secara berkala penting untuk mengesan kerosakan yang mungkin berlaku pada peringkat awal.
Harga untuk Rawatan Menggunakan Tampalan Sewarna Gigi
Rawatan tampalan sewarna gigi lebih mahal berbanding tampalan biasa. Namun kebanyakan pesakit menganggap bayaran dibuat itu berbaloi kerana mendapat tampalan yang seakan gigi asal.

Di klinik pergigian kerajaan, harga untuk rawatan menggunakan bahan tampalan sewarna gigi adalah RM2 bagi sebatang gigi. Walau bagaimanapun, harga rawatan ini adalah lebih tinggi di klinik-klinik pergigian swasta. 

PESANAN DARI SAYA..

Kalau klinik swasta 1 gigi, RM65..huhu.. aku pernah wat tampalan jenis ni_ kalau yang common guna amalgam tu, after tampal 4 jam xle makan ooo.. tapi tampalan sewarna gigi ni lepas je tampal, ngapppp.. ok saje!hehe

No comments:

Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...