Sunday, December 26, 2010

9 petua DOA dimakbulkan

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."


p/s : semoga doa kita sama-sama dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Amin.

Adakah semua doa dimakbulkan?

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.


Bagi mempastikan doa kita diterima dan dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala, hendaklah kita menjaga adab-adab dan tata tertib ketika berdoa, di antaranya ialah hendaklah ia dalam keadaan berwuduk, memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah Subhanahu Wata'ala serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Ketika berdoa juga disunatkan menghadap kiblat dengan suara yang rendah sambil menadah dua tangan. Apa yang penting, dalam berdoa hendaklah bersungguh-sungguh dan khusyuk serta yakin doa akan diperkenankan.


Doa itu mempunyai kelebihan dan fadilat yang banyak dan sangat besar. Melalui doa, keampunan dan rahmat akan diperolehi manakala musibah dan kesusahan boleh terhindar. Selain dari itu, doa juga boleh menghindarkan daripada bala, walaupun bala itu sudah merupakan qada (ketentuan Allah Subhanahu Wata'ala). Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam sebuah hadis Baginda maksudnya :

"Dari Sulaiman katanya : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tiada yang boleh menolak qada Allah kecuali doa dan tiada yang boleh menambah umur kecuali dengan berbuat amal kebajikan". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Oleh itu sentiasalah berdoa baik ketika senang atau susah, namun perlu diketahui bahawa orang yang memperbanyakkan doa ketika ia berada dalam keadaan senang maka Allah akan mengkabulkan doanya ketika ia dalam keadaan susah. Amat rugilah bagi orang yang tidak berdoa kerana menutup bagi dirinya berbagai-bagai kebaikan dan mendedahkan dirinya kepada kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Ke PENINSULAR M'SIA~

2 weeks more i'll be landed 'on' LCCT..  long time x jenguk sane, about 5 month like that r.. so here i come! ~



p/s : Revision mode!

Thursday, December 23, 2010

5 sebab kenapa SUSAH dapat pekerjaan

1. Pandai belajar tapi tak pandai berinteraksi
Satu ‘kebolehan luarbiasa’ institusi institusi pengajian di Malaysia (samaada institusi awam atau swasta) adalah menghasilkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi kemudiannya dicemuh oleh majikan apabila mereka datang ke temuduga kerja (tidak semua tetapi banyak). Hasilnya, mereka ditolak bulat bulat, dan sebaliknya calon lain yang kurang pintar serta mendapat kelulusan yang rendah tetapi memiliki potensi untuk digilap pula yang ditawarkan kerja.
Tidak sukar untuk majikan menemukan calon yang mendapat ijazah kelas pertama atau mereka yang seringkali berada dalam senarai anugerah dekan di universiti, namun semua itu menjadi tidak bermakna jika sekiranya calon tidak mempunyai kemahiran asas untuk bersaing dalam dunia kerjaya yang penuh kompetitif. Apabila ditanya satu soalan, jawapan yang diberi hanya sepatah dua ayat yang tiada kualiti, dan tiada inisiatif untuk membuat analisa terhadap sesuatu soalan dan menampilkan teknik berkomunikasi yang berkesan.
2. 20% usaha, 80% mengeluh
Ramai yang mahukan kerja tetapi hanya berusaha sekerat jalan sahaja. Jika benar benar mahu mendapatkan pekerjaan, jadikan ia satu usaha sepenuh masa, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga atau berhenti separuh jalan. Kata orang, jadikan “mencari kerja itu kerja sepenuh masa anda”. Jika masih tiada hasil, buat post mortem dan kaji semula kesilapan yang mungkin telah anda lakukan dalam usaha mendapatkan kerja. Jangan terlalu cepat mengeluh.
“Kalau tak ada kabel, jangan haraplah nak dapat kerja.”
“Apa ni? Adakah sebab majikan memilih perempuan perempuan cantik sahaja?”
“Kerajaan tak boleh harap, memang tak nak bantu orang…”
Semak semula dan tanya diri sendiri adakah sudah betul betul berusaha? Tepuk dada tanyalah selera.
3. Suka ‘tunggu’ dan bukan ‘kejar’
Orang yang berjaya tidak menunggu sehingga peluang terhidang di depan mata kerana mereka tahu rezeki tidak datang bergolek. Mereka juga sedar rezeki itu tidak layak untuk mereka yang tidak berusaha serta mereka yang mengharapkan nasib semata mata. Sebaliknya, mereka mencari cari dan mengejar peluang demi mengubah nasib hidup. Ada yang sanggup mengembara beratus ratus kilometer semata mata untuk menghadiri temuduga di ibu kota.
Orang yang kurang berjaya sebaliknya mengambil sikap tunggu, lihat dan berharap. Mereka berpendapat, “jika dah ada rezeki, memang tak ke mana” tanpa melakukan sebarang usaha yang serius untuk merubah keadaan. Tiada usaha untuk menambahbaik kemahiran yang boleh meningkatkan nilai mereka di pasaran seperti kemahiran berkomunikasi, perisian, menulis resume dan sebagainya.
4. Gaji dulu, pengalaman kemudian
Bagi kebanyakan orang, gaji lebih penting berbanding dengan pengalaman serta potensi pembangunan kerjaya. Kerja yang menawarkan gaji kecil, walaupun datang dengan peluang pembangunan yang menarik, akan ditolak tepi dahulu dan tidak diberi keutamaan. Golongan yang sama mengenakan pelbagai syarat lain yang menyempitkan lagi peluang yang ada, malah sehingga membuatkan majikan menjauhkan diri.
Sebagai contoh, mereka tidak sanggup untuk bekerja di lokasi yang jauh dan tidak menyenangkan proses perjalanan. Bagi mereka, bangun awal pagi untuk sampai ke tempat kerja tepat pada masanya adalah sesuatu yang melecehkan. Jika memang pekerja berpengalaman (dan laku di pasaran) tidak mengapalah, tapi graduan yang pengalaman yang masih zero pengalaman!
5. Hentam semborono
Kata orang, malu bertanya, sesat jalan. Entah apa sebabnya, mereka ini yang tidak tahu terus menerus membiarkan diri mereka disesatkan tanpa berusaha untuk meingisi sedikit ilmu di dada. Tidak tahu apa itu resume. Tidak tahu bagaimana menulis surat permohonan kerja. Tiada pengetahuan tentang teknik teknik menghadiri temuduga yang berkesan. Yang mereka tahu, pergi ke website atau laman web, dan ‘memohon kerja’ dengan menulis ‘resume’ mereka dalam ruangan komen.
Jika beginilah caranya, tidak akan ada orang yang simpati jika tidak mendapat kerja sampai bila bila.
p/s : Untuk 'pemandangan' diri sndri.. heh.. huhu, teraso la jugak certain 'words yg aku selalu gune.. ho~

Mutiara Kata

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"



Wednesday, December 22, 2010

The Amazing Health Benefits of Black Pepper You Probably Don't Know About!

Salt and Black Pepper seem to go hand-in-hand when it comes to seasoning our foods. However, many people steer clear of salt because, too much of it and it makes your water retain water. One of the amazing health benefits of Black Pepper is, it actually does the opposite. This spice acts as a diuretic. It also encourages our bodies to sweat and get rid of harmful toxins. 

According to the American Spice Trade Association, Black Pepper actually contains sodium. But, it's a minuscule amount. There are about 10 milligrams of sodium in 100 grams of Black Pepper. If you're wondering how much Black Pepper that is, according to the ASTA, it's enough to sprinkle your morning eggs every day for 7 years. 



-Kassidy Emmerson-Yahoo Contributer

Sumber Pemakanan Semulajadi YANG SANGAT berkhasiat!!


Kaktus

Dalam penyelidikan kanser, ahli sains mendapati bahawa ekstrak kaktus meningkatkan mekanisme sel imun dengan membantu tindakbalas hipersensitiviti yang mana sebelumnya terdapat penyekatan fungis imun. Kaktus juga dilihat mampu mengurangkan paras kolesterol dan meinigkatkan metabolisme lipoprotein berketumpatan rendah. Ahli sains juga mengetahui bahawa kalsium dan fosforus yang mewakili tiga perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus. Jesteru, ia membekalkan mineral yang membina tulang, sendi dan tisu perantara yang kuat.

Buah Kaktus

Buah yang mengambil masa sehingga empat tahun untuk membesar dan ranum tetapi berbaloi krana buah kaktus kaua dengan antioksida dan fitonutrien yang menjadikan tubuh badan sihat, luar dan dalam. Menurut kajian, kaktus dan buahnya memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun badan. Khasiat dan antioksida yang ditemui pada pelbagai tumbuhan makanan seperti buah kaktus mungkin dapat membantu menghindari kerosakan DNA, membantu penyembuhan luka dan merangsangkan aktiviti fagosit, selain menjadikan tekstur dan rupa kulit bertambah baik.

 
Beri Ginseng

Beri Ginseng mengandungi sari ginseng yang memelihara biji benih yang bakal menjadi baka tumbuhan itu. Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk membesar sebelum buah beri ranum dan sedia untuk dipetik. Hasil penyelidikan menunjukkan ekstrak beri ginseng yang unik itu membantu melindungi kulit daripada terdedah kepada anasir alam sekitar dan akibat tekanan aktiviti semula jadi tubuh. Juga kaya dengan antioksida sehingga 1.4 kali ganda lebih banyak dariapada vitamin C. Apabila dimakan, antioksida beri ginseng boleh melenyapkan sistem pertahanan antioksida badan dengan ketara.

Biji Anggur

Proantosiandin, lazimnya disebut sebagai OPC ialah flavonoid yang amat berkesan, ditemui terutamanya di dalam kulit tumbuhan dan biji anggur. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa aktiviti antioksida OPC adalah jauh lebih banyaj daripada vitamin E, C dan beta-karotena. OPC mempunyai hampir 20 kali ganda  lebih banyak aktiviti antioksida berbanding vitamin C dan dipercayai mempunyai 50 kali ganda lebih banyak antioksida daripada vitamin E. Antioksida dipercayai menghalang dan mengawal pelbagai jenis penyakit daripada artritis hinggalah kepada menjaga sel daripada dimusnahkan oleh molekul oksigen tidak stabil.


Cendawan Agaricus Blazel Murill (ABM)

Dikenali juga sebagai cendawan matahari dan cendawan puteri, jaya dengan dua campuran polisakarida. Polisakarida yang ditemui dalam cendawan ABM memperbaharui dan menyokong system imun badan dengan merangsang pengeluaran limfosit sel T penentang kanser, sel T pembantu, interferon dan interleukin. Ini menyebabkan bilangan sel kanser yang dihasilkan dalam badan berkurang mengikut pertimbangan.


Soya

Makanan yang rendah lemak, tanpa kolesterol, tinggi serat diet dan kaya dengan mineral. Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya mengurangkan paras kolesterol serum dan risiko mendapat penyakit jantung. Isoflavon juga didapati boleh mencegah pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita. Kajian menunjukkan bahawan genistein menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru yang menyebabkan pertumbuhan tumor. Ahli sains juga menyefari bahawa genistein menambahkan kemujaraban ubat kanser. Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ketika ini, mengkaji kemungkinan menggunakan genistein sebagai ubat mencegah kanser.


Cendawan Maitake

Mempunyai kandungan polisakarida bermanfaat yang tinggi iaitu beta-glukan dan polisakarida lain termasuk fosfolipid, nucleotides dan asid lemak tak tepu. Ia boleh menambah fungsi system imun dan menghalang pertumbuhan tumor. Pecahan D, bahagian polisakarida yang mengandungi aktiviti antitumor yang kuat boleh diekstrak daripada cendawan maitake. Pecahan D sahaja boleh menghalang pertumbuhan tumor dengan lebih berkesan berbanding dengan MMC diantara 45 peratus kepada 80 peratus. Dengan gabungan cendawan Maitake dan MMC, tumor dapat dihalang lebih daripada 80 peratus. Cendawan ini juga berguna untuk rawatan dan pencegahan kanser, AIDS, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan kolesterol tinggi.  

 ( Sumber : Majalah WANITA – APRIL 2008)

Tuesday, December 21, 2010

12 AURAT WANITA

Assalamualaikum, hari ini mari kita melihat apa yang dikatakan 12 aurat wanita. Sama-sama kita mengambil perhatian dan pengajaran daripadanya..



1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.



2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...



3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.



4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.



5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.



6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.



7. Muka dan Tangan - Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.



9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.



10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.



11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya 



- Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. Semoga kita semua baik lelaki atau perempuan, terpelihara daripada apa yang dikatakan fitnah wanita akhir zaman. 

Thursday, November 18, 2010

CERTIFICATE UNTUK PEMENANG~ Lai.. laiii..


tadaaaaa... ni la sijil as 1st place utk Reka bentuk Sime Darby Technology Centre!!!!

hepi to get this, ade la kenangan... ingatkan xde.. hihi...utk cloz up lagiiiii.. meh2..


wah, its my name.. hihi... (haha~ lebih2 lak)


so.. tu je la.. this weekend waiting for Harry Potter! Yeay! de org nak belanje mamam n tgok wyg.. pe pe hal tgok je la ca ne.. jadi ke x.. ehex

Wednesday, November 17, 2010

burung hantu yg comel!!!

Cakkkkk... beso giler.. hahaha... so surprise le tgok this burung oo...



matanye bulat.. wahh... so cutie mutie...n temokkkkk...


hai.. world!!!!! HIHI....

sehari di PERODUA & PROTON..

tujuan g ni pun nak usha2 harge ALZA.. (saje je..hehe..menuntuk keperluan penumpang yg semakin ramai & untuk perjalanan yg jauh.. huhu.. cian VIVA.. x larat da tu.. )

yg tengah godek2 alza tu my adik lelaki ler...

harga ALZA ni untuk premium punye, dalam RM58K la... so pay montly dalam x sampai RM800.. aku pun jadik tukang pay gak.. sharing is caring kan.. ehez.. yg advanced mahaii ooo..

pastu g PROTON lak.. tgok & usha harge ezora n saga new.. ehex..


ni exora.. selesa wooo.... leh tido2 kat belakang tu... tp ni kuat makan minyak.. so ALZA won.. ehex..




new car.. INSPIRA~ stok x ado lagi... 

Thursday, November 11, 2010

FYP Champion ( biochem engineering)-Sime Darby

Alhamdulilah.. semalam dpt surat, gtau kumpulan kami menang untuk Projek Rekabentuk Tahun Akhir 2010.. Sime Darby spons RM1K.. (bile bahagi 5 jadi RM200 sorang) hoho.. punye la cket, xpe la..syukur... at least ade jugak la award dari UKM.. hihi.. punye ler lambat benor anounced mende2 baik gni ek.. standard la ukm.. huhu..

So tahniah la Sin yee, Syamir, Hajar & Citra & me opkos.. ahaks.. mmg dah agak pon.. konon~ kih2.. berlagak~


p/s ::: mtest mode!

Tuesday, November 9, 2010

M-test

huhu... mtest ni exam utk yg apply KPLI.. aku pun apply gak, hahaa... saje mencube, x rugi pon.. ahaks.. so this saturday aku exam kat maktab batu lintang coz hari tu aku apply utk 'subjek bahasa inggeris'MTEST ni stand for malaysian teacher selection test..de 5 seksyen.. semua jawab dalam 2 jam 30 minit..


-Kuantitatif  with 30 soalan ( soalan math level spm)- xle Bawa kalkulator...

-bahasa Inggeris, 25 soalan ( grammar er..huhu, tpakse ingat lek basic2)

-INSAK, 135 soalan (Inventori Sahsiah Keguruan, soalannye mcm setuju ke x, wajar ke x.. gtu la)

-Analitika, 20 soalan (Fuh..aku geram bab ni.. xlogik mena.. adoi... harap2 tym exam t ke'analisisan' aku akan muncul, kat umah ni aku wat jawapan asyik saloh jek.. menyampah.. ahaaa..)

-Verbal..  25 soalan, ni mcm analogi.. cth; 


benua : dunia


A. dunia : benua
B. lautan : pantai
C.negeri : negara
D. negara : Bandar


so jawapannnye... C
so, ingat jawapan je la utk INSAK tu.. hehe.. analisis tu.. huh, stil mencari 'kelogikan' n 'kekreatifan' n sifat ke'analogian' dalam diri...




                

Saturday, November 6, 2010

blouse fanatik~

dpt my order yeay.. hehe, de la bought 2-3 pasang kat adorable muslimah.. sangat susah oo nak cr baju kayak gni di kuching.. (ni yg aku rasa cam nak bukak butik neh.. hahaha, x abis2)..




pic untuk 2 lagi.. simpannnnn... hahaha... xle ditunjukkan.. ahaks

Friday, November 5, 2010

DEEPAVALI..

deepavali kami x cuti.. as usual, aku pun cam usual, online, cuci mate tgok iklan keje.. hehe..  23 tahun.. 23 tahun.. ehex.. (aku ni keje mcm xkeje, menunggu result lab sajerk then baru wat analysis)


lupe nak citer tym interview hr tu, de 2 org dak master together2 wif me.. dah ramai n berlambak2 dak master sekarang ek.. so meaning that competition pekerjaan skrg antara degree n master.. master pon susah je nk cr keje, ye ke.. budak master tu le yg ckp gtu.. pe tah lg aku yg degree n lagi2 pompuan n lagi2 kos kami ni n lagi2 aku ni dok kuching sarawak, yg more to admin, business n civil engineering.. 


so de master ke x, x menjamin dpt keje gak tp klu dah rezeki Allah bagi, alhamdulilah la, x sia2...


really want permanent job, tp mcm mencabar je jalan ke arah itu, SPA pun susah gak dgr 2 dorang nye interview tp aku tgok yg keje g** skrg ni pun 50-50 je same.. xde la berqualiti sgt2 (sori to say, aku pnah jumpe segelintir yg aku rase leh pulak korg ni keje g** ek) huh.. ade kah unsur2 'favoritism' di sini... tetttttttt...


p/s : i knew keje *** xla seelok n best mane pon.. banyak kerenah, poli*** x abes2.. tp utk mase depan.. kene gak r pertimbangkan.. huhu...







Thursday, November 4, 2010

kursus???

tetibe rase angan2 mat jenin nak join banyak kursus (byk la ko nye duit)..

nak g kursus make-up (tym kawen le make-up sendiri , jimat duit upah jurusolek), kursus menjahit (dulu pnah tp lupe dek masuk matrik & U), then kursus wat kek ke kan.. (hehehe kate je la kursus memasak.. eheh)

tp aku rase cam best jek jadi pakar kecantikan ke, nutrionist ke.. enjoyed jek.. ehex (padahal tiap bulan kene meet dgn sasaran jualan, tension jugek tu) huuuuih.. ~

p/s : gile gincu & cardigan da..

cariii... cariiiii...galiiii...~

lai, lai... cari lg keje kosong.. hehe, uitm sarawak de jawatan kosong 'pensyarah muda' DM41, rase mcm tutor kot... xkan la leh jadik lecturer dengan degree jek ek...ke boleh eh.. ~

http://sarawak.uitm.edu.my/BM/index.php?option=com_content&view=article&id=97&Itemid=95

yg aku musykil, shud ke i mintak pengesahan with my supervisor sekarang coz aku kontrak je pun.. huhu, malas haaa nak minta pengesahan mcm tu.. dah la aku ni sangat n amat gembira  dgn keje skrg, xya la.. huhu..

then kolej ptpl Sarawak, hmmm... ni keje kosong utk lecturer/ tutor, subjek biology, biochemistry n manyak lg.. so lai.. lai.. ler..sy dtg nta permohonan.. hihi~~~

Wednesday, November 3, 2010

~Interview yang amat haru~

After interview td, trus rase pusing satu dunia.. adoi... penat perah otak~ hoho..mcm Shell nye interview jek.. padahal unit makmal je pun.. adeh..

Interview td ade 3 sesi, sesi satu ; exam ala-ala mcm essay which is IN-TRAY question. Ade banyak benda kene serap, kene baca dalam 1 jam, anggap diri ni mcm Residen, de dalam 10-12 letter, memorandum pasal pembangunan bahagian seri kenyalang, yang terletak di bandar Khatulistiwa di negara Merdeka.. (adoi).. 
then de 3 soalan, 

i. Describe about bahagian Seri Kenyalang in short term n long term.
ii. What is your business plan for bahagian Seri Kenyalang?Why?
iii.what will u do in a few time if u is the Residen at bandar Seri Kenyalang?Why? 

huhu, x pasal2 kene wat2 tau pasal residen, totally out of my study selama 3 hari ini, adeh... huhu. memang Haru Haru Haru..

Pastu after sejam,masuk pulak ke bilik interview I, de la 2 orang penemuduga umur dalam 30-40an gtu la, 
interview ni pasal personal detail, so promosi diri r tym kat cni..  then tym interview tu, salah sorang tu mcm memandang rendah je pasal kredibiliti aku untuk jawatan tu, 'awak ni cantik, lembut, dapat ke klu sy suruh awak panjat tower yang tinggi2 mcm kat tmpt construction tu, sanggup x????sy pantang klu org saya suh wat keje mcm tu, wat2 manje xnak, jerit2 la..  klu suh awak masuk dalam paya nak x??? tido 24 hours kat opis sanggup x????? tu leh ler tahan lg, then yg soalan ntah pa pe, ' awk de boyfren x? 2 kali dier tnye, aku wat no komen.. haha.. x pecaye le tu.. (kih2.. agak menipu sket kat ctu tp HARUSSSS pe.. hehe).. 

Then sesi ke-3.. ouchhhh.. time ni rase dup dap..bile aku senyap, dorang pun senyap, rase2 klu cicak kentut pon dpt donga eh.. hahaha..  ni presentation utk essay tym exam 1 td... huh, asyik2 WHY???? WHY???? HOW???? tension ooo... mule2 semangat aku jawab, dah lame2 asyik 'why, why and why je, suare aku pun jadi longlai da.. nak jawab pun rase ahhh.. lantak la korang nak pk pe.. huhu...

Antara soalannye, tanye imej kepimpinan yg ko nak terapkan ca ne, pe masalah kerajaan dlm 15 tahun akan dtg, pe ko akan jadi dlm 15 years t.. mcm mane nak atasi masalah setinggan, masalah officer yang x berdisiplin.. huhu, yang pasti aku xtau sgt pasal govern neh.. isu2 dalaman neh, rase mcm jawapan aku standard dak U, skema jek..huhu.. no idea~

interview start kul 8 - 12.00pm.. sharp!

p/s :::: PUSINGGGG.. heee...


Monday, November 1, 2010

~Interview koje G.O.V~

Lusa ado interview dgn 'kerajaan negeri sarawak' untuk scale Q41.... huhu, xnak berharap sgt tp confident bangat neh.. hoho~ adoi.. tp thats really me ler..hehehe, dpt pun yakin, xdpt pun yakin.. hihi! ilike~

Semoga dipermudahkan semuanya! Amin.... <3

Tuesday, October 26, 2010

mind ur own 'perniagaan'

Lessons for today!!!

Today mendapat bukti yg kukuh.. sememangnya she seorang yang sangat mudah mempercayai seseorang & tidak terancang... Thnx Mr.Food for giving me such a  meaningful advice.. aku hanya mampu tersenyum sinis je lihat dia begitu memprcayai ku n sangat tidak terancang.. My mum said 'bagus kitak jak gantinya, kitak bagus gik darinya.. walaweeee.. Amin.. InsyaAllah mum, 1 day i'll ganti her place! (ceaaa.... haha, berangan)

btw, sejak aku selalu berurusan dgn org, n selalu going there n there.. dr satu jabatan ke kilang.. aku menjadi semakin jahat (inside)... sori..she baik but aku ni dah terlampau baik n ikut kate selama ni,i hate myself at that time. sangat lemah n kuat mengalah.. tp sekarang aku dah ade 'talam'.. sori la pd sesiapa yang kenal aku mulai today.. hehehe  =p


p/s : Really missed Mr.food... He sangat sporting & i like!

Sunday, October 24, 2010

I'M WAITING FOR U!!!!

I' hunger in waiting my "2 months and 5 days" salary.. hoho.. sekian lama, poket kosong, dompet ringan, asik mintak dgn ma jek.. huhu.... 


sabor banyak2 and terpakce tahan napsu membeli dan belah..

last nite, i dah made decision yg sebetulnya perlu dilakukan... hihi.. 

Friday, October 22, 2010

Word of the day!

"boleh jadi kamu membenci sesuatu yang baik buatmu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu yang padahal buruk untuk dirimu. ALLAH itu mengetahui sesuatu yang kamu tidak ketahui.."

finally.. semoga aku beroleh kekuatan..

after met my 'makcik' @ kfc.. and she pon agreed with my decision.. haha... i plan to 'quit'.. for only 4 months maybe (but if dia dont want to cont., then never mind i quit terussssss)..lagi masyukkkkk...

so kesimpulannya ::::: klu aku xsuke, mmg aku xkan suke.... thats really me! keras otak...

Tuesday, October 19, 2010

Jangan bersedih wahai hati

Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah menjamin kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia

Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas

Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri


Jangan Bersedih...Bila disakiti, dicela,direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa

Jangan Bersedih sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan

Jangan Bersedih...kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira

Jangan Bersedih...atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku merekaterhadap Allah

Jangan Bersedih...Allah tidak akan
 mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya


p/s ::: mencari 'Jangan bersedih, La tahzan'

Sunday, October 17, 2010

Nokia E71!!!! shud i????

Nokia E71
MORE PICTURES

hurmmm... my brother gave suggestion pasal hp yg mcm 'blackberry' n harga pun orait jugak, E71.. 
Tahan lasak, kamera pun ok.. (pasal xtau ape pun sal hp), tp dari segi 'perkhidmatan' yang ade pada E71 ni, rasa best la, fulfill kehendak aku setakat ini.. tp tu la.. cccccc the keypad mcm kecik, sesuai ker..~ tettttt..

Saturday, October 16, 2010

Kerja mesti berfikir.. asyik2 berfikir..

dah kuar last nite, dapat la release mende yg byk dlm kepala.. i really need sumbody utk berbincang.. change opinionsss, if not semua menda x jalan.. Jem!! huhu.. then bangun pagi ni pikir balik.. huuuuu...

still xle nak decide..

Friday, October 15, 2010

pemalas tahap puteri kayangan!

huh.. nape la aku pemalas mcm ni, suh makan cepat, suh kuar hmm 50-50 la, suh baca jurnal, tulis report pemalas..  (balik2 cari info kat tenet, last2 bukak fb.. adoi..)

petang ni sila RAJIN!!!!! ON!!!!! Jgn buke Fb ptg ini.. Jgn buka blog pun.. bile keje siap baru leh! Wat paper, wat proposal, then baru enjoy!!!!


p/s :::: masalahnye, xde org nak pantau.. hahaha..

hurmmm....ok 'bos'!

'bos' kate jgn letak pic single2 kat fb.. n jgn kene tag kat pic single jugak..

1.remove tag atau
2.suh org tu delete pic tu..


so kene ingatkan diri, jgn letak haziyah.. baiklah !!!!!  ~

Saturday, October 9, 2010

***my konvo @ 7 Ogos 2010****


 7/8/2010
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
my konvokesyen date

love

10.10.10 ------> TRIPLE TEN!just nice

esok, my mak cik akan konvo.. hoho.. syok jugak ni konvo di tanah air sendiri, ado gak teman datang meraikan eh.. huhu.. aku dulu.. famili je la.. sob...sob.. (xpe, makcik, sy tagih bunga tym sy konvo ri ya ok) haha.. then i balas balit.. ceaaaa... hihi, sangat x ikhlas.. haha.. =p


tadaaa.. ni la my aunt.. ramziyah!!!! hehe *hug2*




pastu tomorrow excited gak nak tgok angkasawan negara yg ncem & smart & gentlemen nikoh.. wif Dr.Halina, just nice... padan.. Dr.Halina tu xlekang dgn senyuman.. sweetttt....


Friday, October 8, 2010

~My Pepper NOtes~

::LADA::

Lada putih & lada hitam berasal dari pokok yang same, bezanya, untuk menghasilkan lada putih, lada seperti dalam gambo bawah ni kene rendam dalam air bersih yang mengalir (tp dalam tangki pon ok gak walaupun xde pengaliran) sampai la kulitnye mengelupas.. n tadaaaaa kuar r lada putih.. hahaha... tp yang menyusahkan is masa pengelupasan tu amatlah lame, seminggu lebih..... huuuu... tu pun x semua yang kulitnye dah tertanggal..  pastu masalah lain is bau nye yang amat hanyir.. uihhhh.. sangat busukkkk...  (tp den sabo je la..) dah koje..gaji ade, key r beli perfume wangi2.. hihi...

tp dari segi kualiti, bau busuk tu causes volatile oil nye mengurang... so t bile dah kering, aroma yg menyengat hidung tu kurang ler.. huhu.. 

Ah, pastukan bile kulit seme dah tertanggal, baru lah kita jemur.. selalu org kpg jemur kat luar.. klu panas lagi masyuk.. klu hujan tetiba, berlari2 r hangkut semua lada2 masuk dalam lek.. huhu... selalu klu lada putih ni, cepat je kering, dalam 2 days ler (klu gune oven).. klu lada hitam 5 hari kot. huuu..


 

Then klu nak lada hitam pulak, xya rendamkan dalam air, jz jemur je terus dari pokok haaa.. dah hitam manis sedang2, jemurkan n tadaaaaa jadi ler lada hitam legam... 

kandungan piperine dalam lada hitam lagi banyak dr lada putih sebab kulitnye still ado, x macam lada putih.. and piperine ni terhasil tym penjemuran... klu still kat pokok tu rase 80% is water, sah-sah ler kandungan piperine sikit ajo... tp kan dari pokok ni pon leh amek mentah2 wat jeruk.. jeruk lada ni leh wat sambal belacan jgak.. huuu.


p/s :: semua ni aku tau dr Mr.Augustine.. sangat baik n suke bercerita.. rase klu dia wat talk sal lada, mesti semua org suka.. excited semua nak tanam lada.. haha... waiting for more story sal lada.. I'am waiting!!!! 




Kalau saya senyum, awak mesti senyum selalu!

kalau tengah drive tu, dengar lagu ni, rase nak t'angguk2 je kepala den haaa.. haha.. tp xtau la sape punye lagu ni, asyik ter'miss' je dgr dr awal.. hoho..

Kalau saya senyum, awak mesti senyum selalu,
Kalau saya senyum, semua mesti berjangkit, 
Kalau semua senyum, dunia mesti harmoni...


senyum (jangan kata apa-apa)

hiii.... LOVE!!!!

Introducing... my PEPPER

Among the analysis that i run for physico properties of pepper~~



Analisis ini untuk mengekstrakkan piperine content dalam pepper berries.. piperine ni la yg reponsible for rasa pedas, yea.. hihi.. piperine ni jugak ado antioxidant and anti-cancer pon ade.. di samping leh bantu sistem digestion kita..  so, pepper ni bukan sekadar sebagai bahan perasa je..


ni pulak utk determine kandungan volatile oil @ minyak pati dalam pepper.. mengambil masa 6 jam.. (huhu, amat bosan menunggu). Minyak inilah yang menyebabkan pepper ni ber'aroma' ala2 menyengat hidung gitu.. analisis ini hanya menggunakan air sahaje.. sonang.. dalam kuali pun leh wat (konon).. hehe


analisis ni pula adalah steam distillation, kene wait dalam 4 hours la klu nak dpt result.. untuk menentukan kandungan kelembapan dalam pepper, selalu standard kite guna uk masak tu below 12%, klu x, xle eksport le jawabnye..

setakat ni, aku dok ulang wat ni sampai dpt keputusan yang reliable.. 





Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...