Tuesday, July 7, 2015

Minggu ke-37!! 'Tunggu hari' month

Assalamualaikum, sedar tak sedar dah 20 Ramadhan kita semua berpuasa.. Alhamdulilah sehingga hari ini Allah berikan kekuatan dan kemampuan untuk saya berpuasa dengan si kecik dalam perut ni. hehe.. third week of Ramadhan saya menjengah ke 9 bulan.. how fast time flies kan.. Alhmdulilah, alhamdulilah.. semoga baby dipermudahkan kelahiran, sempurna sifat dan akhlak dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Sejak masuk Ramadhan ni, baby sangat la aktif, even last checkup heartbeat dalam 150++ berbanding sebelum puasa dalam 140+.. awak suka puasa ye, hehe. dari sahur dah mula da menyondol2 kepala, kaki.. kadang2 bagi sepakan padu, haha.. sakit ngilu tapi bila baby gerak saya rs syukur.. tak kisahla sakit ke ngilu ke.. hihi. sometimes, boleh rasa la kaki si kecik ni park kat atas perut ni, haha.. nampak je terbonjol ckit kat ctu, geram tgok.. hehe. moreover, skrg, kalau baby tak gerak, saya tepuk2 kat bawah perut ni, then baby respon tau.. terasa lagi la kaki or tangannya menyondol kat perut ni.. pandai ye syg bagi respon, haha. bijak awak ni!tapi bila menjelang petang nak berbuka, baby senyap da.. haha.. iols pun senyap je, sebab tak larat daaa.. haha.  =)


last checkup 9 bulan hari tu, doc scan n bagitahu baby dah 3.0 kg.. waaa..saya membawa 3kg ni ke hulur hilir.. alhamdulilah still larat lagi berjalan2 (mmg dasar kaki jalan) cuma jalannye slow motion la, sebab cepat mengah n penat kalau laju2..perut pun mngeras.. so kita jalan la perlahan-lahan ye. bahagian bawah pun dah mula sakit-sakit n rs berat.. kaki pun bila pijak lantai rs bengkak aje.. tapi alah bisa tegal biasa.. sekarang dah mula nk sesuaikan n biasakan diri.. lagi 20 hari nak menuju ke EDD (27/07/2015).. harap-harap tak overdue ye syg.. tapi kalau keluar masa 1 syawal, haaaa..tak dapat la iols nak makan juadah raya.. sob..sob..hahaha..


untuk persediaan bersalin, nurse n doc pun dah tanya nak bersalin kat mana, saya jawab hospital tampin, so doc suggest cuti awal la. kite tak tahu kan bila nk bersalin, tapi kalau tak sempat balik tampin, awak bersalin kat sekitar sini je la ye.. haha.. gtu pesan doc.. so sy dah apply cuti bersalin pada 20 Julai 2015, awal seminggu (saya dimaklumkan cuti bersalin boleh apply 2 minggu sebelum EDD kita) tp perlu disertakan dengan lampiran pengesahan daripada doktor kerajaan/swasta. My mum dari kuching pun inshaaAllah dtg cni hujung minggu ni, as I already applied for cuti raya start 13-16 Julai.. tapi tak diapprove lg, biasalah hrmis kan.. so this week last la iols bertapak di jabatan sementara ini, hopefully..... hihu. actually tak larat da nak drive hadap jammed kat bangi ni.. huhu. plus, duduk jabatan sementara ni pun tak de pa pe tugas..so iols rs better cuti je la.. drpd membuang minyak dan tenaga drive g n balik kerja. sebulan nak dekat RM300 jugak tu.. (sape la yg ckp sebulan rm132 tu mmg tak logik la melainkan ko naik moto hari2)


Perasaan nak bersalin?? huhu.. tak tahulah nak kabo ca ne.. rasa mcm tak nak rase pa pe, xnak fikir lebih2 (walaupun skrg mcm2 isu psl bersalin ni, dgn epidural, ubat tahan sakit..huhu.. why semua isu naik masa iols tgh tunggu hari ni?) hurm..so tetapkan fikiran tak nak pk, kite doa n minta pada Allah dipermudahkan semua.. kena yakin.. lain org lain pengalaman (lately saya suke mengoogle padal pengalaman bersalin, ade la tips dari ctu.. pasal nak teran, pasal kontraksi, pasal nurse, doktor.. hihu) Harap2 bila masa saya bersalin nanti, semua baik-baik aje.. doakan.. Amin, =)


jantina baby dah tahu lama daaa.. haha.. baby dengan tidak penyegan dan  penyilu suka sgt tunjuk ye. haha. lucu betol. persiapan semua alhmdulilah so far, bolehlah.. cuma barang2 ade kat husband n ada sikit pd saya, haha.. dah name long distance husband and wife.. haha. brg pun half sana half cni..

sambutan raya pun iols tak beli baju raya, tdg raya kasut raya..haha.. mmg rs tak beraya.. memikirkan perut kedepan gni, nak bergaya pun rs malas, hehe... tgh pk bila nak bersalin je. itu paling penting, harap2 puasa saya tamat tahun ni ye. hihi.. hoye~



dan buat pertama kali, sy raya di semenanjung, tak balik Kuching.. ahaha.. dan famili kat kuching pun beraya dengan daddy n sesama mereka memandangkan my mommy akan beraya di sini bersama saya. hihi. =)


ok, till then..  salam ramadhan!!!!













Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...