Saturday, March 5, 2011

Cinta & Perhubungan jarak jauh

KES PERTAMA
Sepi tanpa berita bila berjauhan Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain.Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.


KES KEDUA
Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!


ask me pasal ni.. my PRINSIP selagi lelaki tu xjadi suami kite yang sah, sah2 le kite xde hak nak kawal hidup dia, biarla dia hidup dengan cara dia, nak berubah pun..berubah la.. x kisah..janji bukan kita yang berubah..huhu... what goes around, comes around.. 


Yakinlah, sape2 yg berubah hati itu, bukanlah calon yg baik.. nasib le kene tinggal time still kwn2.. xdah kahwin.. huhu...


Soal jodoh ni sebaik-baiknya kite serahkan kepada Allah, Dia yg lagi mengetahui apa yg terbaik buat hamba_Nya.. 





No comments:

Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...