Saturday, August 29, 2015

Pengalaman bersalin - My little caliph Haris Firdaus

Alhamdulilah, my little hero selamat dilahirkan ke dunia pada 27 Julai 2015.. sempat raya dan sy tamat puasaaa..hihi (oh ye, tarikh bsalin mmg mengikut tarikh jangkaan, hehe..pandai anak mama ni) di Hospital Kuala Pilah. Sehari sebelum bersalin tu sempat lagi pergi tengok wayang and makan ayam panggang,, hurm.. dan sempat melawat ke hospital tersebut.. mcm tahu tahu aje.. dan pada tengah malam tu, air ketuban pecah, masa tidut tu tetiba rasa banjir derr.. basah seluar.. husband n mak pe lagi terus siap2 hantar g hospital..

sampai hospital dalam pukul 2 pagi, kena check air ketuban, check contraction, scan baby.. dan doctor cakap 'you kena bersalin dalam masa 24 jam sebab ur air ketuban dah leaking'..okay, buat perkiraan kiranya esok hari Isnin mmg kena deliver..kalau tak nanti takut infection terhadap ibu n anak. kalau dalam masa 24 jam tak bersalin, then kami akan masukkan ubat cecair untuk cepatkan kontraksi' (oh, ini maksudnye kena paksa bersalin.. pernah dgr yang ubat cecair ni sgt sakit berbanding induce kat jalan bawah tu). So, dalam pukul 4 lebih baru masuk ward, tukar uniform baju pink.. tetapi mmg tak selesa la.. rasa basah je sentiasa.. dan mula keluar darah sikit-sikit. tapi masa tu perut tak sakit lagi.. masih boleh senyum gelak cuma rasa sgt tak selesa sebab air ketuban asyik keluar..

perasaan pd masa tu? macam tak percaya.. dah nak beranak ke aku ni, haha. masih lagi tak nk pk sakit bersalin mcm mn..tak mau..tak mau (takut sebenarnye), haha.. thanks to my laling husband yang temankan saya, dok hotel, ulang alik beli brang saya, sentiasa ada pada masa melawat, I love you lahhhhh.. hihi.

dah masuk ward tadi, setiap masa akan ade la rombongan MO dan HO datang check patients, haha. dan setiap sela masa juga la de nurse yang dtg check tekanan darah dan check degupan jantung baby.. mmg saya tak dpt nak rehat n tidur sgt lah.. tak de privasi ye jugak, biasalah hosp gomen tapi yg bestnye hospital ni, masa saya deliver tak de doktor lelaki pun terlibat, tak perlu request nak doktor perempuan, mmg dorg bagi MO/HO perempuan handle kite..

seharian kat ward mmg saya tak rs kontraksi lagi, mmg dalam kepala dah pk da aku ni mmg nak kena masukkan ubat cecair tu baru nak beranak.. dan ptg Ahad tu pun, keluarga mertua dtg melawat, still okay lagi, boleh layan..sehinggalah malam dalam 12 tengah malam, tepat 24 jam, dah mula rs contraction, selang 15 minit, 10 minit dan 5 minit.. sakit mcm awal-awal nak period.. dan masa tu juga saya dah di drip kan dengan antibiotik sebab dan lebih 24 jam tak beranak lagi, so takut any infection, dorang masukkan la antibiotik.. tak bestnye bile tangan kena drip... tak bebas.. huhu..

sampai la pagi esoknya.. sebelum subuh tu nurse dah pesan suh mandi siap2..nanti pukul 7am doktor nak dtg n check.. kalau ade bukaan terus masuk wad bersalin.. huwaaa.. hatiku mmg dah neves da tapi pd masa yang sama tak sabar juge, haha. penat da duduk hospital haaa..  lepas mandi n solat, husband pun dtg, sempat makan lagi sampaila nurse panggil, dalam pukul 7.00 lebih tu masuk bilik doktor, doktor check bukaan dah 3 cm, huwaa.. masa doc tu selukkkkkk waduh sakitnyeee.. mmg agak kasar la.. first time kena seluk, mmg dah siap tarik nafas bagai tapi bile kena seluk, mmg terangkat punggung ni haaa.. fuhhh..

dan lepas tu terus masuk wad bersalin, kena jugak bersalin sebab dah lebih 24 jam walaupun bukaan baru 3cm. masuk-masuk je wad bersalin, aku ni diletakkan di sebelah sorang wanita yang tengah sakit sakit sakitttt..siap mnejerit2.. pe perasaan aku?? mcm culture shock, baru nak bertenang, mmg takut tengok dia terpekik mcm tu, sakit sgt ke?? innocent nyeh aku, haha..

to make it short, aku start sakit jam 12.00 tengah hari, dan makin kerap dan lamaaaaaa.. mmg sakit sampai rs nak terangkat bangun, bile baring makin sakit rase.. masa aku tgh sakit tu, time lunch hour, so mmg xde org sgt, ade la 2-3 org nurse n de sorang doctor yang selalu monitor aku dtg.. bile dah sakit sgt tu, mmg aku pun dah mule pasang speaker. haha.. nurse..nurse.. sakit..sakit.... tu je la aku dpt gtau.. sebelum tu aku mmg amalkan zikir, sebut Allah, kawal pernafasan, mmg alhamdulilah mmbantuuuu..sampai kering tekak. tapi pada saat saat akhir tu mmg xdpt da nak sebut ape da..melainkan sakit..sakit.. huhu. bile teringat rs sayu pulak, haha.

masa sakit tu, org kate genggam la kat sisi katil, tetapi katil itu tidak ade besi penghadang untuk digenggam, dan pada masa yg sama kedua-dua tangan saya di drip dengan antibiotik dan satu lagi dengan ubat cecair bagi cepat kecutkan rahim.. mmg tak bebas nak gerak.. masa sakit tu, sebab tak de pe nak digenggam, saya genggam tangan doktor, haha... mmg tak lepas, bile aku buka mata tgok doktor tu, dia sedap tidur daaaa.. hehe.. padahal bukan main kuat aku genggam, terima kasihhhhh sgt sebab temankan sayaaaa.. mase tu rs terharu sgt kat doktor tu, mmg bila masa sakit kontraksi kena ade seorang temankan kat sebelah, its helps mengurangkan sakit.. hehe..

 * hospital pilah ni husband friendly, husb boleh masuk itu pun semasa kepala anak dah nampak kat bawah tu, hehe..

so pukul 12 tghari start sakit, then doc check bukaan masih 4cm, mmg progress lamabt so dorang naikkan dos ubat.. selepas itu mmg wowwww..sakitttt... next check bukaan 3.30pm, aku masa tu mmg rs harh?? 3.30.. masa terasa agak lama, pukul 1 lbih aku dah mamai.. dah jerit ckit sakit sakit.. dah rs nak berak.. doktor pun cucuk ubat tahan sakit.. tetapi ubat tahan sakit tu tak berkesan punnn.. ia buat kite rs mengantuk, tapi bila sakit tu dtg, tgh mamai tidur pun leh terjaga.. tak boleh nak dilawannn.. pukul 2 lbih, kaki iols dah berlingkaran.. mmg tak tahan..siap request, nurse saya nak bangun, saya nk berdiri, tak tahan, nak berak.. haha.. aku mmg rs mcm nak berak masa tu, tapi tak sangka pulak nak beranak da rupeye.. mmg mse tu aku tekankan suara aku cakap doc saya nak teran... sy nak terannnnnn... nurse semua gelabah da.. haha. 2 org doktor dtg dah ready dgn brg... mase aku ckp nak terannnn tu..mmg gelabah la dorg check bukaan, tgok2 dah fully open.. naaaaaaaa.. teran teran teran,, x keluar.. doc dah bimbang da sejam setengah teran tak keluar ape.. bile aku dgr sejam setengah, aku dah rs mcm arh? dah sejam lebih ke aku teran, rs mcm baru 15 minit gtu,haha.. mamai lg kot aku ni.. dah saat saat akhir, tepat jam 4.00 pm, mase tu husband pun dah masuk, tq husbnad tlg pangku saya, and bacakan doa2.. ayg dgr abg bg support.. terharuuu..haha.. sebab terharu tu terus keluar baby Haris bulat seberat 3.74kg, perghhh.. patulah jenuh mama teran tak keluar.. hehe..

time jahit pulak?? sakit mmg sakit, rs jarum tu cucuk daging tapi sebab rs lega sakit perut dah hilangggg, sakit nak berak dah tak mendesak, aku tak kesahhhh.. hehe..  dalam pukul 6 lbih masuk bilik, 2 jam lebih jugak la dorg bersihkan saya, buang darah kotor dlm perut, boleh rs dorg tekan tekan perut ni.. dah lepas tu, dorg bagi susukan baby, alahai anak mama dah pandai hisapppp.. geram nengok tapi baby kena masuk ward kanak-kanak kena pantau takut ade infection sebab dah lebih 24 jam air ketuban bocor kan..

so semua dah ok.. this time baru leh masuk bilik 2A, first class share 2 org, legaaa.. ade la privasi, iols gune GL husband.. hihi..

panjang nyeee saya menulis, haha,, haru hargai masa emas yg ade ni, baby haris tengah bermain dengan mak usunye.. hihi,

take care semua!



Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...