Saturday, February 12, 2011

Maulidur Rasul 15 Februari 2011

Tema sambutan Maulidur Rasul kali ini 
                                                       'Satu Malaysia, Satu Ummah'

Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi 

tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan 
Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. 

Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama 
Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh

 bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan 
diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. 

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 
12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah 
sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam 
di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul 
Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. 


2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw 
diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka 
dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah 

al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai 
di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota 
Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan
solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman 

Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara 
peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan 
(Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul 
Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. 

Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 
7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan 
dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat 

tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera 
membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah 
kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika 
dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula 
menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai 
oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid 

ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi 
Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin 

tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu 
bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera 

Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin 
oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan 
tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi 
gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Fadhilat

Bulan Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan 

sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain.

Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat 

tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun.

Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan 

perjalanan ke padang mahsyar esok. Masjidil Haram di Makkatul Mukarramah.

Selain dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan 

keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan
 nilai ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat.

Niat itu akan menggambarkan keikhlasan kita.Kerja yang ikhlas akan 

membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa 
kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan.

Moga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadat kita agar kita 

mempunyai bekalan untuk dibawa ke kampung Akhirat esok, InsyaAllah.


Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak
 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan 
sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan 
seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar 
yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan 
digalakkan ialah;

1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain 

beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika 
mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati 
kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh
cerdik cendikiawan lainnya."

2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya 

`Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; 


"Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, 
masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi
 tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadirin
 mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata 

Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa 
"dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat 
mereka membesarkan Nabi saw.


sumber :  

Connect via Meebo

No comments:

Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...