Tuesday, October 31, 2017

Haris Firdaus dan terapi pertuturan

Haris dah menjengah 2 tahun 3 bulan setakat ini dan perkembangan bahasanya masih tidak berkembang lagi, nak sedih tak la sedih sebab yang penting beliau sihat. So kena refer dengan terapi pertuturan di Hospital Kuala Pilah.

Haris masih lagi sebut satu satu perkataan, belum bisa guna dua perkataan, kalau nampak kedai makan, "mamam", nak makan pun "mamam"... nampak seekor kucing, nyau..nyau.. nampak bunga, "bunga" so mmg belum boleh gabung 2 perkataan.. kebolehan yang lain byk berlari-lari, menjerit, sengih, gelak tak ingat dunia and mengunyahhh, pantang ada plastik makanan mmg berlari-lari nak ambik.. haha..


So hasil terapi hari tu, alhamdulilah.. eye contact okay passsed! kebolehan mengajuk atau meniru pun passed! cuma bercakap je lah masalahnya.. so mama and abah kena la bercakap dengan haris kerap sekerapnya, semasa main pun kalau boleh main dengan bercakap, jangan senyap je. Rasa mcm dibu ini bersalah pun ada jugak sebab meninggalkan Haris berdua dengan abah utk ke kursus sehingga delay speech mcm ini. huhu, dugaan. Ini Allah nak bagi mama ilmu baru kan. Alhamdulillah.

Dari segi kebolehan meniru mmg Haris suka sgt.. dia hanya buat apa yang dia suka sahajalah.. kalau dia tak suka, tak berminat mmg dia takkan sebut perkataan itu, haha.. misalnya, Omar dan Hana, dia sangat suka so dia boleh sebut Omarrrr.. kalau kartun boboboy galaxy tu pun dia suka, dia suka sebut part "Hey..Hey..Hey Hey..." haha.. senang kot.. takde masa nak pening kepala ye haris nak sebut yg lain, kahkah.. sabar je la dibu ini.


Kadang-kadang bila bawak Haris jalan-jalan pun, ada jugak la beberapa orang tegur, eh belum pandai cakap lagi.. ni mesti anak manja ni, omg..haha.. ini banyak kali sampai di telinga saya. haha, anak manja, anak lelaki memang lambat bercakap. Ayat-ayat ni pun sebenarnya membantu menyenangkan hati seorang mama sebenarnya, hehe so at least suatu hari akan sampai juga masa dimana Haris akan petah berkata-kata..


tapi memang Haris ni manja orgnya.. haha. Love you sayang!!!!! 



Next appointment adalah pada bulan Januari 2018.






 


No comments:

Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...