Wednesday, June 28, 2017

My Saga FLX 2011 - 2017


Bulan Ogos nanti bolehlah sambut anniversary Saga FLX saya yang dikasihi dan disanjungi.

Setiapkali menjelangnya Hari Raya mesti ada perkara yang perlu dibaiki pada Saga aku ni. haha.. sampai ibu mertuaku pun merungut.. yea la, duit laki aku banyak habis kat ctu je.. huhu. Last repair hari tu, RM1000 jugak habis, disebabkan oleh ECU saga dah rosak. ECU tu ibarat CPU komputer kita la, nyawa.. ingatkan masa tu takde bateri ke kan, so belilah bateri baru tapi still jugak tak boleh hidup.. towing, hantar g bengkel pun pomen ambil masa nak detect mana silapnya.. sekali scan guna mesin, naaaa ECU. ECU tu pun nasibla jumpa kat mudah, uncle tu jual RM460, berbanding dengan harga pomen tu mintak, RM1000. mak aiiii.. harga-harga ini saya boleh pergi beli baju raya calaqisya, creacion Siti Nurhaliza tauuuu..hahahah. tapi kita berpegang kepada itu bukan rezeki kita kot. Husband dah pesan jangan diingat barang yang lepas. Baiklah. huhu.

Sebelum ni juga, raya yang nak balik Sarawak dulu, masuk bengkel jugak. tukar Gearbox.. alkisah baru lepas shopping barang Haris, kat seremban pulak tu, tetiba masa nak reverse kereta ke belakang, boleh pulak kereta aku ni gerak ke depan. adoila mak..haha. so memang tak boleh reverse..sampai orang lalu lalang tolong tolak kereta dari depan. Cerita tak habis kat ctu, alkisah rumah kami kat tampin so dari seremban nak balik Tampin, tak boleh bawak laju-laju..sebab hanya gear 1 dan 3 je boleh masuk so gigih la husband drive pada 40-50 je.. haha, siap bukak lampu emergency tu. mmg syokla..semua kereta lalu dok tengok kami dari tepi ja. nasibla bukan tragedi nak balik beraya ke kampung yang jauhh.. memang semput.

So daripada gearbox kena tukar, lepas tu ECU kena tukar, harapan aku agar cukupla nak. jangan la buat hal lagi ye.

Itu sahaja laporan untuk saga flx saya.


Cuba teka di mana saya? hahaha...  


sekian.



No comments:

Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...