Thursday, June 29, 2017

Refleksi Kursus Kadet PTD 2016

Dalam previous post aku ada mentioned yang selama 10 bulan aku menghilang pergi kursus Kadet PTD. Kursus inilah yang wajib dihadiri sebelum dilantik menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Tetiba aku teringat pesanan daripada senior PTD tahap jusa, beliau menyatakan bahawa yang membezakan PTD dengan skim perkhidmatan yang lain adalah the way we react and think. Contohnya, sekiranya ditanya 1+1 =?. Semestinya skim yang jurutera misalnya akan cepat-cepat jawab 2 sambil cakap alahai senangnya soalan dan maybe ada yang lagi hebat jawab 4 atau 6.. manakala PTD pula takkan cakap jawapan 4, 6 itu salah tapi PTD ni akan fikir kenapa dia jawab 4.. (ini seperti pembelajaran di Genovasi) dan PTD jugalah yang akan terangkan kenapa jawapannya 2. Jangan cepat menilai sesuatu perkara. Kaji dulu dan cari cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. Itulah konsep diplomasi, selari dengan nama perkhidmatan tadbir dan diplomatik.

Selama 10 bulan, 7 bulan di INTAN Kiara dan INTAN Jalan Elmu manakala berbaki 3 bulan di Sarawak Bumi Kenyalang. Rasanya kami amat beruntung diberi kesempatan untuk berkunjung ke Sarawak sama juga seperti batch Lantera sebelum ini ke Sabah.

Secara peribadinya, apa yang boleh aku simpulkan adalah;

Bagi diri saya yang pernah berkhidmat sekejap selama 2 tahun dengan government sebelum join kursus, at least saya tahu apa yang saya perlu fokuskan, apa kelemahan diri saya yang perlu saya perbaiki dan bila belajar saya boleh bayangkan oh benda inilah yang dulu aku tak tahu, oh macam ni ke.. haa.. memang acapkali jugaklah aku mcm ohhhh ooooo.. haha. Poyo sgt. (hahahha).

My favourite subjek, Pengurusan Sumber Manusia (PSM) sebab sebelum join PTD pun, aku memang menguruskan bahagian PSM di sebuah Jabatan di bawah kerajaan negeri. aku bermula dengan zero knowledge.. apa pun tak tahu. Tapi alhamdulilah, senior PTD yang aku jumpa kebanyakannya sangat sporting, happening dan sangatlah membantu!!!!

Apa yang aku suka bila kerja dalam PSM adalah aku boleh dan mudah untuk mengenali semua orang, tahu core business Jabatan dan secara tak langsung, you akan tahu peranan setiap bahagian dan unit sebab kita selalunya akan jadi urusetia kepada mesyuarat Jabatan. Kalau dalam PSM, u kena learn untuk SAYANG people and treat them seperti mana yang u nak orang layan u. Be responsive and active. Kalau u pegang konsep ni. orang takkan cakap PSM ni itu ini yang itu yang ini. Hidup PSM gitu. Tetapi ada senior yang cakap, bila masuk PSM ni automatik perangai pun akan berubah jadi lebih roarrrrr.. sebab berdepan dengan banyak karenah staff. Tak boleh berlembut sangat dan tegas pun kena bertempat. Berhadapan dengan manusia memang akan melibatkan permainan psikologi jugak gamaknya.

Dari segi aktiviti fizikal pulak, alhamdulilah so far takde apa-apa kecederaan sepanjang modul polis, tentera, bomba dan OBS. Semua seronok tetapi untuk pergi buat kali kedua, saya perlu mempertimbangkannya dengan sebaik baik baik yang mungkin. hahaha... Tips, jaga diri, jaga setiap pergerakan, hati-hati, ingat badan nak pakai lama.. dan akhir sekali buat yang terbaik.

Kesemua modul itu kita tak boleh nak bandingkan yang mana susah yang mana lagi mencabar. Masing-masing ada keindahan yang tersendiri. hehe. Tetiba rasa lega sangatlah sebab dah lepas kesemua modul. Rasa mcm tak percaya pun ada sebenarnya. Tips; layankan aje. Ini memang tips turun temurun okay. haha.. daripada batch senior M44 pun pesan yang sama, layankan aje. hehe.

Sebelum menutup tirai ceritera hari ini, satu lagi pesanan.. jaga silaturahim sesama ahli kumpulan. Oh ya Batch kami pula namanya Kenchana, sebuah kerajaan lama yang utuh dan kuat pada masa dahulu. Kumpulan kami namanya Prota. Kumpulan inilah yang bersama-sama dan paling rapat dengan kita sepanjang kursus. Tidur (dalam kelas) bersama, makan bersama, lari bersama, nyanyi bersama, menari bersama, bergosip bersama.. haha..merekalah dunia kita ketika kursus. Bonus bagi yang berbakat seperti pandai nyanyi dan sedap lunak merdu suaranya, pandai mengacarakan majlis dan bermain alat muzik.. bakat-bakat ini memang diperlukan especially dalam modul luar. 

Bagi yang dah berkahwin, bertunang, tolong jaga batasan pergaulan. Ingatlah kat rumah ada suami dan isteri serta anak yang menanti dengan harapan. Jaga nama baik keluarga.



Gambar dibawah antara program yang dijalani;


 Attachment dengan SPA Negeri Sarawak. Masa ni rasanya asyik makan je, hihi. tapi layanan mereka memang terbaik. tunjuk ajar yang diberikan memang jelas dan difahami.



Ini pula semasa Program Transformasi Desa, Hari Sukaneka la kiranya, ada pelbagai pertandingan, menganyam ketupat, permainan berebut kerusi dan banyak lagi



Dan, yang ini aku tak boleh lupa, gotong royong membersihkan perkuburan dan menceriakan rumah wakaf di situ. Gambar selepas gotong royong tak jumpa pulak.Walaupun kehadiran kami di kampung tu sekejap je, tapi pada hari terakhir nak pergi tu, penduduk kat kampung tu rasa sedih.. ye la kan, sebab setiap awal pagi kami la yang memecahkan kesunyian pagi, membuat bising di kampung, hahaha.. kami la yang kuat membeli makanan kat gerai-gerai acik kat situ, memang stok selalu habis la gitu..  haha.. bila teringat, rasa lucu pun ada.. hehe..

semoga mak cik mak cik pak cik pak cik di kampung tu sihat hendaknya. 

Sekian.














No comments:

Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...