lagipun secara logiknya, cuaca kat Malaysia ni mmg dah panas.. so secara automatik, opkos its already heat up the engine la kan..
"The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.." amek dari mesra.net-Justmean
then org kate kalau tak panaskan, nanti enjin cepat jadi tak elok.. hurm????? ni aye sendiri pun tak sure tapi..
"Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.."
and one more..
"Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%."
seee... seeee.. huhu..
therefore..
"Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia"
source ::: http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t113947.html (nak tau lagi manyak.. read from here k)
p/s : for me pulak, panaskan boleh, tapi make sure half of minute jek, dalam 30 saat pun cukup, jgn lama2..nanti timing belt tak tahan woo... itu je.. daaaa diiii.. duuuu..
p/s : for me pulak, panaskan boleh, tapi make sure half of minute jek, dalam 30 saat pun cukup, jgn lama2..nanti timing belt tak tahan woo... itu je.. daaaa diiii.. duuuu..
No comments:
Post a Comment