Assalamualaikum
Hari ini mmg nak update kisah yang tak berapa nak seronok sangat.
As uols knew that saya mmg dah dapat offer ke Kadet PTD pada tahun lepas, tetapi terpaksa tangguh kerana pregnant. Alhamdulilah penangguhan diterima tetapi tertakhluk dengan arahan dan dasar semasa. hehe.. so here u go!!
tahun 2016 je, batch kami tangguh ni mmg tertunggu-tunggu status kami sama ada diserap terus ke Kadet tahun 2016 atau tidak.. dup dap jugak la.. then dengan tak disangka-sangka.. kami dapat surat panggilan menyertai PAC di Bangunan SPA Putrajaya, haha.. see tempat pun lain mcm je, selalu PAC buat kat INTAN, IKWAS gtu kan.. ni mmg special case.. kami dimaklumkan keputusan dan tawaran yang kami terima tahun lepas dah terbatal dengan polisi yang baru. As we know that tahun lepas tiada PAC, terus ke temuduga dan alhamdulilah i berjaya melepasi temuduga!
dan untuk tahun 2016, dengan adanya PAC balik, maka saringan awal terhadap yang mengalami kecederaan major, pregnant memang dah dianggap gagal kerana tak meelpasi syarat yang ditetapkan. dan tahun ni tak dibenarkan sebarang penangguhan. Wow.
So mula-mula tu mmg la ralat kan kenapa perlu melalui PAC balik walhal kami dah lulus temuduga tahun lepas, so mmg rasa ade ke peluang nak bersaing dengan batch tahun ni yang mana pihak JPA maklumkan batch tahun ni hebat-hebat belake.. fuhh.. saje nak menurunkan semangat kami ke..oh omomomo..so walau tak rela, ku terpaksa melangkah jua..
pada 26-27 Mac 2016 maka saya dan husband dan haris menginap di hotel bangi (penginapan tak disediakan tau) walau bagaimanapun hati still semangat ni nak pergi PAC. haha.. walaupun tak tahu nasib badan mcm mana kan.. hihi. Sy percaya kalau betul itu rezeki kami, mmg Allah akan permudahkan jalan dan rezeki takkan pergi ke mana-mana.. so pada 26 Mac 2016 bermulalah PAC kami..seramai 25 orang yang hadir.. seramai 66 orang dipanggil melalui emel, xsampai separuh menghadirkan diri. tahniah pd yang hadir dengan hati yang lara gtu. hehe.. tapi semangat kena ada!!
Pagi- Saya bernombor badan 009; Pemeriksaan kesihatan (Tekanan darah, BMI, pemeriksaan kesihatan dengan doktor yang dijemput khas)
Selepas itu, bermula pulak uji kecergasan, panel daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), semua pakai tshirt FIT, body pun fit fit belaka.. aiseymen. Alhamdulilah saya melepasi semua ujian, saya simpulkan di bawah
a) ujian duduk jangkau - nak uji keleturan badan kita, Takla sesusah mana kalau kite tak fikir banyak, hehe, kumpulan kami kebanyakan dapat cecah 70% above
b) Ujian genggaman tangan-menggunakan alatan khas. My score pun bolehlah medium dalam 36
c) Ujian bangkit tubi - ni aku dapat buat 26 bangkit within 1 minute
d) Bleep test..ni yg paling berdebar,haha. yang ni kami lari seramai 6 orang. alhamdulilah i sampai level 3.7 kot.. lagi satu round nak cecah level 4. kelebihan kaki panjang. hihi..
Last sekali tunggu result! hehe.. alhamdulilah saya dapat pingat perak!! hee... malaysia boleh.
dan daripada 25 orang, hanya seorang sahaja yang tak berjaya. so 24 orang kami akan terus meneruskan perjuangan PAC pada petang itu.
Pada petangnya, sesi menulis esei bahasa melayu dan bahasa Inggeris.
Tajuk esei bahasa melayu ada 2, pilih satu n I chose "Bagaimana memperkasakan bahasa melayu agar terus kekal sebagai bahasa kebangsaan negara" (saya tak berapa ingat tajuk sebetulnya, tapi ala-ala mcm tajuk how kita nak jadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan yang akan digunakan sehingga ke generasi akan datang)
tajuk esei english pulak, berkenaan dengan "Night Market". should we promote is as one of tourist attraction mcm tu la.. so selepas itu selamat la kita menggoreng isi-isi untuk tajuk-tajuk di atas. hehe..
Pagi 27 Mac pulak, haaa..last day.. dimulai dengan aktiviti LDK. semasa LDK ini pun sebenarnya panel-panel ni nak tengok keaktifan kita bercakap dan pendirian kita terhadap keputusan yang kita buat. Goyah tak goyah. ada provokasi la. tapi alhamdulilah team saya dan semua team rasanya kerjasama yang padu dalam kumpulan masing-masing. tak de la yg overshadow..semua sharing bagi point kat setiap seorang. best la....
Tajuk LDK adalah, rasanya semua yang pernah ke PAC PTD maklum pasal tajuk ni, hehe. kesukaan ni..haha.. tajuk " Kapal akan karam dalam 1 jam dan siapa yang harus dikekalkan di atas kapal bersama Kapten. So kena singkirkan watak-watak lain utk kapal terus bertahan selama 1 jam.
Team saya dapat watak sebagai Komando!! hehe.. Tugas kita kena yakinkan panel kenapa ketua kapten tidak wajar/patut singkirkan kita dari atas kapal.
Watak-watak lain, seperti tukang masak, jururawat mengandung, kapten kapal.
Selepas LDK, here we go!! public speaking, ah for u guys information, tajuk diberi selepas habis sesi esei pada petang semalam, so malam tu dapat la google google cari maklumat, hafal n catat.. saya dapat tajuk;
a) Bioteknologi menjana pendapatan negara
b) Healthy interaction in a community
Public speaking dalam masa 5 minit. untuk tajuk bahasa melayu alhamdulilah isi saya cukup-cukup untuk 5 minit, untuk english pulak saya tutup tirai awal, haha.. malam tu mmg saya tak sempat nak prepare point, penat.. haha.. tidur..dan tertidur.. pukul 3 pagi baru bangun terkial kial cari point.. hihu..
dan akhir sekali, sesi group discussion, degan tajuk "Sports Unite People. Discuss"
Group discussion pun alhamdulilah goes well as semua bagi point..adakalanya saya hilang arah n point jugak, tetiba pulak ahli mentioned benda lain, lari dari apa yang dibincangkan, ke laut but still i gave my thumbs up to my group!!
Finally, semua seronok-seronok balikkkkkk..hihi. lega PAC dah selesai!!!
So kami tunggu result sama ada layak ke temuduga atau tidak. Next Entry!
Stay tuned daaa~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...
-
MESTILAH sebab jodoh.. itu dah ketentuan Allah s.w.t.. hehe.. well, pasal ini jz want to share pasal my experienced, itu je.. jz dari sudut ...
-
Assalamualaikum.. Lega sgt lepas habis interview PT N41 pada 2 Mei 2014.. Syukur.. Syukur.. soalan-soalan yang ditanyakan alhmdulilah dapa...
-
Lagi mahu update mengenai claim tesis ni.. aku agak terlambat untuk claim ni atas beberapa faktor.. lepas grad, busy pindah rumah, pastu ala...
4 comments:
slam sis
boleh x nk tau emel sbb nk tny psal pac ni.rasa xdpt nk buat pac.xyakin.
Salam sis, nak tanye yg saringan kesihatan tu ada buat upt x?Actually sy tgh pregnant dlm 6 minggu, tp nak pergi jgk PAC next week.Diorang akan cek x?
Tq sis
Terima kasih for sharing. Finally tahniah dpt PTD😍
Saringan kesihatan ada dilakukan sebelum PAC mula, rasanya sis kena hold dulu sebab kalau pregnant mmg tak boleh join kadet. Aktiviti yang dijalani semasa kadet itu yang tidak mengizinkan wanita mengandung untuk ikut sekali. Rezeki anak itu lagi indah. =)
Post a Comment