Monday, November 23, 2015

Jaundis. tiroid dan luka bersalin


Assalamualaikum

Sekarang dah jadi mak mak.. cerita pun pasal anak la kan.. hehe, klise sgt.. hihi. Aku pun selalu google psl perkembangan baby lain..pasal checkup..psl penyusuan.. still breastfeed cume bile dah masuk kerja, sebab x cukup perah, petang2 mak ai topup dengan susu formula.. (ade 2 susu yg digunakan, mule2 dulu lactogen, pastu NAN).. walaupun sedih kena topup tak pelah, kesian menangis nak air.. (bunyi tangisan haris pun ala2 sebut air jeh..haaa haru). Kdg2 husband pun bile tgok ai xlarat nak bagi susu da, dia buatkan susu formula, sebab haris firdaus ni kuat menyusu, kalau aku ade kt rumah, mengempeng je la..haha.. rasanya, kalau la aku tak koje, inshaaAllah xpyh beli susu tepung da.. hihu.. anak pertama, lots of things perlu belajar..

Actually masa haris mule2 lahir lagi hospital dah bagi FM sebab haris kena tahan kat wad pasal lahir after 24 hours pecah ketuban, takut risiko infection… dan aku pulak mmg x sedar diri, penat sangatttttt… mmg penat beranak, dengan lenguh kaki, tangan..dengan takut dengan jahitan luka kat bawah tu.. mcm2 difikiran.. so second day baru g jenguk baby kat wad n try bagi susu. Haris firdaus mmg pandai menghisap..tau aje mencari walaupun mata dorang belum nampak lagi kannnn.. tapi tak tahu lagi la mase tu ade susu tak tapi mcm elok je dia menyusu, aku rs ade la tu.. (plus, masa 5 bulan pregnant, breast dah mule menitik2 dgn susu).

Alhamdulilah haris tak de infection, Cuma ade kuning.. sebab darah baby B+, darah mummynye ni O so mmg risiko tinggi la untuk jaundis, then nurse terus bogelkan haris, tutup mata dia n letak bawah lampu..huaa.. dorg letak terus bwh lampu before bacaan tinggi.. sedih tgok.. badan haris pun merngerekot je mcm dalam perut, sejuk kot.. huhu. So tinggallah haris kat ctu, iols pulak dibenarkan balik, tak selesa nak duduk hospital, dgn makanan pun ntah pa pe dorg bagi, spaghetti bagai..pe pun thank you my hubby belikan makanan..

Yang uniknya anak aku ni among baby2 yg lain kt ctu kan.. asal kami dtg jenguk je mate dia mmg terbukak.. baby2 lain semua tdo..tdo x sedar diri.. haris pula terkebil2.. haha. Comellllllll bangat (wajib puji anak sendiri ok, hehe). Mmg sesuai dgn nama awak.. pelindung, penjaga.. itu ler mata selalu berjaga.. hikhik

Keesokan harinya dating lagi jenguk haris, nurse dah bagi bawak haris keluar sebab bacaan dah ok, and nanti ade JM (Jururawat masyarakat) dtg rumah setiap hari check anak.. masa JM dtg tu la, JM perasan haris makin kuning, so pergilah bahagian kecemasan Hospital Tampin, nak check kuning ni, kena mbik darah tau, huhu.. syukurlah haris x nngis masa doc cucuk ambik darah kat kaki)..pada masa ni, aku ni pantang mcm tak pantang sebab asyik keluar masuk kereta g hospital..huhu..

Petua nak kasi kuning turun, susukan n susukan..supaya dia kerap kncing n yakyak.. tetapi haris ni sgt la susah nak bangun, buatlah ape sahaja..mmg xnak bngun, smpai rs bengkak susu..huhu. haiii mmg betollah budak jaundis ni sgt kuat tdo..tdo mati pulak tu.. hehe..

Then after 7-9 days gtu, kuning haris dah okay n stabil.. tali pusat haris pun tanggal hari ke-9.. dan akikah haris yg pertama pun dibuat on 5th day.. see..mmg iols tak byk rehat, asyik gerak je..huhu

Lepas kuning dah setel,  dlm minggu ke-2 pastu ade pulak dpt panggilan dari Hospital Pilah, katenye bacaan tiroid haris daripada tali pusat ade masalah, tinggi sgt.. pulakkk (kalau tinggi kena ambik ubat sebab bacaan tiroid tinggi affect pertumbuhan n perkembangan otak) ..so kena bawak haris ke hosp.pilah untuk buat second checkup, cucuk ambik darah (AGAIN…. ).. hosp. ni jauh.. dlm 1 jam dr rumah, mmg sedari kecik lagi haris sudah biasa travel ke sana sini (termasuk naik flight balik Sarawak, pada umur 28 hari, hehe). Untuk ambik darah check tiroid ni, dorng cucuk kat tangan, waduhhhh.. mmg kuat haris nangis (masa lahir pun x nngis mcm tu), aku pulak rs nak nngis bile tgok tangan haris..kecik je tp dah kena cucuk.. kdg2 rs bersalah pun ade, mule lah pk aku ni salah diet ke ms pregnant, huhu. Lagi la sedih bile ingat mcm tu. . mmg emosi aku terganggu mase ni..

Utk second bacaan pun, tiroid still tinggi, so doc suggest buat third test, ambik darah lagiiiiiii.. so kuar lah kami pada hari ke-21 bawak haris lg p hospital.. harap2 third test ni bacaan ok.. doc kate still ade harapan utk turun sebab dorg tgok bacaan tak stabil.kalau stabil mmg dorg terus start ubat da.. and again haris nngis lagi, mmg kalau cucuk kt tgn haris nngis..sakit sgt tu.. huhu. *tears*. 


Luka bersalin

 
Actually pd hari tu jugak iols g klinik kesihatan tampin, check luka bawah, mmg dah lm nak check sebab dalam hari ke-9,10.. iols jupe simpulan benang, waaa..lagi la neves pk jahitan terbukak ke.. huuu.. bile check kat KK Tampin, betullah jahitan terbukak awal, sebab aku ni lasak sgt.. huhu (memang.. sebab mule2 berpantang dgn mak, mak pun tak mahir nak jaga, first time anaknye bersalin, pastu ulang alik kuar masuk kete g hospital..mmg x berbaring lgsg..huhu). bila dah terbukak tu, mmg iols takuttttt kot kena jahit balik.. huwaaaaa… then doctor said..rileks, luka dalam dah ok,elok, tinggal luka luar je ni..inshaAllah boleh sembuh sndri but takes time.. just sapu ubat kuning je n lap kering2 utk elak jangkitan. N jgn gune air suam utk basuh, guna air paip biasa, kalau suam ni urat kembang, lmbt nak baik. Uhuk2.. sejuk kot, pe pun iols still cuci dgn air suam + garam sbb lagi selesa.. 

doc juge pesan jalan kepit2.. sebab aku belum start berbengkung lagi.. so pengajarannya, berbengkung lah terus after bersalin, bukan sahaja baik utk mengempiskan perut tapi baik utk cepat sembuhkan jahitan bawah itu.. ok!!! Lesson learned. 

And pada hari ke-46, iols check lagi kt Hospital Umum Kuching, matren kate alhamdulilah luka dah okay, Cuma tinggal hujung guntingan tu je nak baik (sebab itu kdg2 rs gatal, ngilu).. so nak cepat baik buat sitz bath (air garam rendaman, elok utk buasir jugak sbnarnye). Dan after a week, iols dah selesa berjalan.. agak lambt jugak progress iols sbnarnye..org lain 2 mnggu dah jalan molek…hihi. Tapi smpai skrg takut nk mencangkung n bersila.. fobia tak hilang lagi, kuang2..


p/s: Dan berbalik pada keputusan bacaan tiroid haris, alhamdulilah bacaan ketiga tiroid, normallll!! Syukur sgt, smpai aku confirm berkali2 dgn nurse yg call tu.. rs lega sgttt, anak mama sihat.. alhamdulilah.. syukur..



 

No comments:

Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...