Monday, August 1, 2011

Rahsiakan pertunangan, hebahkanlah perkahwinan




Rahsiakan pertunangan dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil) 

Kekadang diri kehairanan melihat umat akhir zaman meninggalkan pesanan Rasulullah s.a.w dalam bab merahsiakan pertunangan ini. Zaman sekarang pertunangan sahaja sudah dihebahkan seakan majlis perkahwinan. Meriah dan publisitinya usah dikata. Media dan akhbar menjadi penyiar berita yang menglebarkan lagi perkhabaran peristiwa tersebut. Belanjanya juga tidak kurang hebatnya, semua orang yang dikenalinya dijemput hadir menyaksikan dan menjamukan hidangan yang disediakan. 

Ada juga yang menggunakan networking dalam internet seperti friendster dan facebook sebagai medium penyebaran hari bersejarah dalam hidup mereka ini. Diletakkan gambar pertunangan merata-riti buat tontonan umum tanpa perasaan gundah bahawa ikatan itu bukanlah suatu yang pasti terjadi. 



Islam menyuruh kita merahsiakan pertunangan kerana pertunangan itu bukanlah suatu ikatan mutlak dan kekal sebagaimana perkahwinan. Ia merupakan perjanjian awal kepada suatu ikatan yang menghalalkan hubungan. Justeru, dalam pertunangan adab-adab sebagai orang asing tetaplah harus dijaga. Walau bagaimanapun, disana ada sedikit kelonggaran berhubung dalam beberapa hal seperti berurusan membincangkan majlis perkahwinan akan datang dan sebagainya.

Oleh kerana ikatan pertunangan itu bukan merupakan suatu yang pasti, justeru Islam memelihara maruah pasangan-pasangan ini agar ia tidak menjadi buah mulut orang tatkala ikatan yang cuba dibina itu terputus ditengah jalan. Lebih-lebih lagi maruah si anak dara, teramat perlu dijaga kerana ia bakal disunting oleh si kumbang yang lain pula. Bayangkan jika berita terputus pertunangan ini tersebar ke merata tempat. Bagaimana perasaan dan kecurigaan yang bakal timbul kepada si kumbang baru yang ingin melamar si bunga yang telah disebut ramai akan peristiwa luka yang kadangnya bukan merupakan kesilapannya. 



Justeru, saya menasihatkan kepada diri saya sendiri dan kepada mereka-mereka yang bakal menjalani kehidupan berumah tangga kelak agar menjaga perihal kerahsiaan ini. Usah diwarkan-warkan pertunangan itu kepada orang ramai. Yang dimaksudkan merahsiakan pertunangan itu adalah dengan merahsiakan peribadi insan yang diikatkan tali pertunangan tersebut. Jangan disalah tafsirkan pula kerahsian tersebut dengan tujuan ingin mengambil hati dan membiarkan orang lain menaruh perasaan kepada diri. Jika sudah berpunya, katakan sudah berpunya. 


kongsian dari http://musliminsejati.blogspot.com/2009/09/rahsiakan-pertunangan-war-warkan.html

No comments:

Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...