a) Masalah distributer
- Korang kena check distributer pada enjin, kadang2 api (elektrik) ada masuk dalam distributer tapi motor dalam distributer tak dapat hasilkan elektrik ke palam pencucuh di dalam enjin. Kalau korang nak tukar, korang kena beli distributer sebijik dan bukan hanya beli motor sahaja. Boleh dapat di kedai potong atau recond di kedai sparepart kereta.
b) Masalah pam dalam tangki minyak
- Disebabkan pam kemungkinan bocor, minyak tidak dapat di pam ke dalam enjin dan menyebabkan kereta sukar untuk dihidupkan
c) Masalah Suis Minyak
- Suis minyak berada di bawah tempat pemanduan. Masalah berlaku sekiranya litar terbakar atau litar terkena air. So boleh diganti dan kosnya pun tidak begitu mahal sekitar RM50-RM80 seunit
d) Masalah Wiring Alarm Kereta
- Kadangkala wiring yang lama juga boleh menyebabkan kereta kita tersengguk2 di atas jalan dan mati. So di sini korang kena bawak kereta ke bengkel, minta dibuang segala wiring lama yang masih terpasang tetapi tidak digunakan kerana pada wiring alarm yang lama, terdapat transistor yang berfungsi memutuskan bekalan elektrik. So korang kene remove yg tak gune tu.
e) Masalah Computer Box
- Ni masalah berat, seberat harga komputer box tersebut. Boleh nipis poket korang..Korang mintak tolong pomen check sama ada komputer box korang masih berfungsi dengan baik atau tak sebab kes aku, komputer box aku masuk air..ada short circuit. So sama ada korang nak buat wiring balik atau tukar sebijik2. Aku sarankan korang tukar sebijik2 lagi puas hati. Kalau korang nak anta repair pun..harga lebih kurang sama. Kita pun tak tau sebaik mana pomen betulkan.
f) Tuning Balik Enjin Kereta
- Kalau kereta korang sekejap hidup, sekejap tak..maybe korang kena hantar tuning balik enjin menggunakan perisian komputer. Ni bagi mereka yang pakai kereta berkomputer macam honda la.Hantar ke kedai servis yang boleh buat tuning, bukan semua kedai boleh buat.
No comments:
Post a Comment