Friday, July 29, 2011

Presenting the NEW -Proton Saga FLX-.. huhu..

Baru-baru ini Proton Saga FL telah dinobatkan Kereta Nasional terlaris menewaskan sape???? ce teka... hehehe... MESTI LA menewaskan perodua MYvi.. hihi..Jenama Proton ini memang semakin meningkat sehingga terpilih jenama ke lima paling dipercayai di UK.

Tepuk tangan.. TEPUKKKKK... yahoo..myvi kalah... hehehehe! aku kureng dgn kete perodua je sebenarnye, haha.. pengalaman..dgn viva dan alza.. haha.. bosan suda.. 

dan aku... sampai skrg tak dapat lagi FL aku tauk... huhu, STOK TIDAKADE.. diulangi STOK TAK ADE!! patotla Proton Saga FL dinobatkan sebagai kereta terlaris..pasal tu la aku tak dapat lagiiiii...ok, aku terima 'KElambatAN' itu, FL sangat LAKU mcm pisang goreng PANAS~ 

 padahal  terang-terangan dah byr RM100 untuk 'book'!!loan dah setel.. semua dah setel.. KALAU KU TAU de FLX, xde nye beli FL, amek FLX terus jek..same jek tempoh masa aku menunggu tauk..huhu... sabar je la...salesman tu sendri bagitau "rugi la kan, kalau tau, amek FLX je hari tu.." Citttttttt.. huhu...


saya tak suka kaler ini...






Saga FLX .. lagi JIMAT MINYAK! itu yg penting..untuk aku.. hehe.. 



“The utilisation of CVT technology has a far reaching impact to the consumer. Other than the fuel saving, the smoothness and reliability that CVT provides allows the engine to run at an optimum level, thus resulting in less engine fatigue and improving its long term durability,” 

Seeee.. Tengokkkkk... MORE advantages than FL.. huhu.. menyirap den...

Pricing-wise, the FLX 1.3L starts from RM38,598 for the Standard manual version right up to RM44,998 for the Executive CVT variant. The Saga FLX 1.3L is now available for bookings and can be viewed at all Proton showrooms nationwide.


Thursday, July 28, 2011

Malu ler kat anjing kalau manusia itu tak berpuasa.. ~

Sile Tengokkkkkk..! Tujuan makhluk di bumi Allah ni berpuasa..
  
Pokok, beruang, buaya :
Melakukan secara efektif dan kerana kurangnya sumber makanan
Ikan paus, burung :
Berjihad menuju tempat yang tersedia sumber makanan
Penguin, ikan solmon :
Meningkatkan kualiti sperma dan sel telur untuk menghasilkan generasi yang sihat
Kepompong :
Fokus dan tumpuan pada suatu jenis proses
Anak ayam, labah labah :
Menyempurnakan proses adaptasi (penyesuaian) terhadap dunia baru
Ular :
Mencerna makanan secara sihat (proses penghadaman)
Anjing :
Mengendali emosi
Iguana :
Protes untuk hidup layak
Gajah, kucing, lembu :
Menyembuhkan penyakit

hehe.. anjing berpuasa kalau ditinggalkan 'anjing betina' atau ditinggalkan tuannye tau, so pada manusia-manusia yg tidak tahan nak berpuasa, sila MALU pada makhluk yg lain dekat atas ini ye.. 


macam ikan solmon, dorang berpuasa setiapkali melompat-lompat di pemukaan n nak ber'hijrah' ke kwsn lain, kenapa?????  kalau dorg makan t badan jadik montel, temok2.. malas.. so berpuasa itu memberikan kekuatan kepada dorang utk berpindah.. makan sekadar yg perlu saje..


utk ramadhan ni, sama-sama la kita letakkan azam yg baru.. utk merebut 'malam penganugerahan' --- malam lailatul qadar.. iaitu pada 10 malam terakhir Ramadhan.. selepas itu baru lah kita bersiap utk KONVOKESYEN ok..hehehe... hari raye le maknenye.. ehex... lepas konvokesyen, nak amek ijazah lanjutan, sila-sila la berpuasa 6 yea.. pahala puasa 6 menyamai kita puasa selama setahun tau... so?? rugi la sangat-sangat kalau tak berpuasa 6.. jadikan amalan.. ^^ 


pesanan terakhir, jangan anggap Ramadhan ini melemahkan kita ye.. it gives us kekuatan sebenarnya.. utk lebih sabar, tabah, menghargai pe yg kita ada disamping utk merasai kemiskinan.. tau r..Malaysia ni kan kaye dgn makanan..huhu.. time berbuka pun sila la berjimat ye..  


so.. selamat mengerjakan ibadah di bulan Ramadhan.. I LOVE RAMADHAN.. ^^



p/s :: hasil dr pendengaran telingaku ketika ceramah Ustz.Wan Hanida a.k.a kak da.. (^^)


source ::  http://grenbara.bravejournal.com/entry/23387

Monday, July 25, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Ramadhan Menjelma lagi!!!!!! ^^

InsyaAllah, kita dijangka berpuasa pada 1 Ogos 2011... next week! dan selama sebulan! well, saye sangat suka lagu Rabbani ni.. the best song ever for Ramadhan.. ^^


p/s : Watson kat mines siap dah pasang banner 'selamat hari raya aidilfitri'.. awal mena.. hoho..



Anak-anak artis yang baru lahir! ^^

Sheikh Muszaphar & Halina

Kredit Foto: FB Sheikh Muzaffar FC

Nama bayi ini ialah Sophea Isabella, lahir 21hb Julai 2011, berat 3.6 kg


Khairul Noormaidah Zali  dan Saiful Nizam Ismail pada 4 Jun 2010

credit to media hiburan

baby gurl ni lahir pada 29 june 2011 yang lepas.. hehe.. 



nazril dan Sazzy Falak
credit to http://orkidlah8.fotopages.com/?entry=978376


anak sazzy falak
credit to http://www.mygosip.com


cahaya mata kembarnya yang pertama pada 28 April 2011 jam 8.25 pagi di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.. Anak kembar Sazzy Falak yang comel ini diberi nama Iman Lilly dan Tiara Rose..wow.. hehe.. name glamer nyee.. hihi


p/s :::  tahun 2011 ni mcm ramai je artis kahwin dan melahirkan ek.. hehehe.. ^^

Majlis Resepsi Nurul Syuhada

credit pic -Gua.com.my

So nice warna putih! kan.. hihi.. jarang ler org sanding amek tema baju kaler putih, nikah je la.. tapi kalau kaler putih lagi nampak seri pengantinnya.. eheh.. 

Majalah 3 hari sabtu hari tu siap buat ala-ala farewell pasal pembabitan Nurul Syuhada kat tv3 sehinggalah ke hari dia melangsungkan pernikahan.. wow.. mcm nak tinggalkan majalah 3 je wat mcm tu.. hoho..



tapi kan saya paling suka "bridemaid" terdiri daripada warga tv3.. dgn tema grey pink... sangat elegant and very supportive ok.. hihi..suke2! ^^


Friday, July 22, 2011

Kahwin kerana NAFSU atau KASIH SAYANG?

Sekiranya dikatakan, ada sesetengah pasangan yang berkahwin bukan kerana keinginan dan nafsu kasih sayang, yang ada hanya nafsu keinginan seks semata, ya saya katakan ada, ini kerana berkahwin atas dasar keinginan seks adalah bagi menghalang diri daripada melakukan kemaksiatan yang merosakkan, selagi mana perkahwinan itu tidak melanggar etika dan peraturan perkahwinan yang telah ditetapkan oleh syariat. itu juga yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W. , sabdanya yang bermaksud;

Daripada A’lqamah ra berkata: ketika aku berjalan bersama Abdullah r.a, Abdullah berkata: satu ketika kami bersama Rasulullah S.A.W, lalu beliau bersabda: “sesiapa di antara kamu yang ada keinginan seks ( Jimak ) hendaklah dia berkahwin, kerana dengan berkahwin dapat memelihara pandangan dan juga kemaluan daripada terjebak dalam melakukan kemaksiatan. Bagi sesiapa yang tak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat menghalang nafsu”. (muttafaq alaih)

Tidak semestinya berkahwin dengan sebab nafsu tidak mempunyai kasih sayang. Ketika proses memilih calon isteri dan bertunang kita digalakkan untuk memilih calon yang sekufu yakni yang sesuai dengan diri kita. Tempoh bertunang merupakan satu tempoh untuk melahirkan perasaan kasih dan sayang agar permulaan di alam rumah tangga bermula dengan baik.

Islam amat memandang berat kepada kesalahan zina kerana ia mengakibatkan keruntuhan sistem kekeluargaan, begitu juga perkara-perkara yang menjebakkan diri dalam kancah zina, seperti berpakaian menjolok mata, melihat aurat bukan muhrim, bersentuhan lelaki dan perempuan tanpa sebab, berdua-duaan lelaki dan perempuan dan sebagainya. Firman Allah taala;

Maksudnya : “dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan)”. Al-Israa’ 32

Kesimpulannya berkahwin kerana nafsu bagi mengelakkan diri dari terjebak dalam kancah perzinaan bukanlah satu kesalahan bahkan satu kewajipan. Ia juga tidak boleh dijadikan sebagai hujah bagi menyatakan perkahwinan disebabkan nafsu tidak membawa kebahagian dan memporak-perandakan rumah tangga.



Penulis merupakan Pengurus Pengislaman di Jabatan Yang Dipertua, YADIM


oleh ANUAR AHMAD di November 5, 2010.

kenapa org semenanjung kahwin dengan org sabah/sarawak????

MESTILAH sebab jodoh.. itu dah ketentuan Allah s.w.t.. hehe.. well, pasal ini jz want to share pasal my experienced, itu je.. jz dari sudut pandangan saye ye..



sejak akhir-akhir ini pun ramai jugek la..(er..but the exact kuantiti den tak tau le pulak) hehe.. sambung ek.. RAMAI jugek la yg LELAKI SEMENANJUNG KAHWIN DENGAN GADIS SARAWAK.. selalu ini la yg berlaku..dan kalau LELAKI SARAWAK KAHWIN DGN GADIS SEMENANJUNG, ini amat JARANG sekali! selalu je ade halangan esp. dr keluarga gadis itu yea..huhu.. ni nanti sy citer, coz i have a FRIENDS (lelaki dan perempuan) yg belajar kat semenanjung and tersangkut dalam perhubungan jarak jauh ini.. ceaaa..haha, ayat kerek jek.. ^^

ade byk aku nak citer tapi tak tau nak mule mcm mana.. ok, first of all pasal "lelaki semenanjung yg kahwin dgn gadis Sarawak".. ini mmg selalu, even my cousin perempuan pun ramai kahwin yg mcm ini ye, me myself??? insyaAllah.. dan selalunya yg menjadi masalah is MONEY! hihi.. ye la, tiket belon, bukan calang-calang tau, t dah beranak pinak, menjawab le engko ye.. hehe.. tapi ini takkan jadi masalah kalau both part bekerjasama! yeah.. i believed jarak jauh ni takkan jadi masalah kalau ade persefahaman dan toleransi dan USAHA! hihi.. mcm wonderpet pulak.. rezeki tu ade.. sentiasa ade.. yg penting kene berusaha, kene percaya dgn ketentuan Allah ye..

tapi when we re-think again..mmg para ibu di Sarawak OPEN and sangat bertolak ansur kan.. menyerahkan anak gadis dorg kahwin dgn org lelaki semenanjung, RESPEK tau.. even my MUM pun.. huhu... and my mum kepada my gf pun.. haaa.. my gf ni kapel dgn org belah timur, kapel time kat U.. so the gurl tu la yg study kat U semenanjung.. jauh kan perjalanan dorg ni t. naik flite, pahtu naek bus pulak, kalau mampu naik flite lagi baru sampai.. her parent support tau dia dgn lelaki itu, so do the parent of the lelaki, but the problem itu dr lelaki itu sendiri, tak sanggup nak berjauhan so PISAH... huhu..siap ado pasang gf lain kat sane tau (yg ni aku GERAM).. padahal the gurl sangat komited, setia walaupun selalu di 'usha' oleh lelaki2 lain.. sanggup bermastautin di semenanjung.. (mmg la gurl yg always sanggup berkorban itu ini) lelaki ni..certain je.. huhu..sedih pulak.. gurl je yg berusaha, lelaki take for granted jek, de jodoh de la, xde aku carik yg lain.. huh.. so ini kekurangannya :::  USAHA :::

so back to the niat asal of the topic, yup..para ibu di Sarawak sgt open minded, even my dad pun kate, bagus le kahwin dgn org semenanjung, rangkaian jadik lagi LUAS.. kalau g melancong ke semenanjung ke, ado ler jugak sedara kan.hihi.. means ini salah satu cr nak mengembangkan lagi silaturahim.. hihi.. SEEEEE.. how open r sarawak people.. hihi..

then kes satu lagi, lelaki sarawak and gadis semenanjung.. i have a bf yg study di semenanjung..then meet this sweet kl gurl, then berkawan.. tapi dah lame2.. ibu kepada gurl itu halang, suh breakup dgn bf sarawak ni, siap nangis tau my bf ni.. huhu.. coz he mmg sgt syg kat gurl tu, tapi ibu of the gurl mmg tegas n nekad. so PUTUS.. if not mistaken, ibu gurl tu dah meninggal dunia, and wasiat terakhir before she died, allahyarhamah tak bagi anak gadis dia kahwin dgn lelaki sarawak.. so nak tak nak.. dorang putus.. sedih kan?? huhu.. dari pihak ibu, dorang bimbang kot.. itu je, tapi kan.. sarawak ni bukan mcm pakistan, takkan paksa ank gadis korg wat keje berat2..heaven tau dok kat sarawak, tak stress, TAK DE JAMMED, udara tak tercemar mcm kat cni..peace jek..  huhu.. tapi tu la naluri keibuan kan.. tapi ape pun, its still about jodoh, no jodoh.. they masing2 end up with org lain.. hihi..ade hikmah itu..

so aks for me, bagi saya tak kisah..yg penting keluarga yg restu, restu keluarga sangat penting.. di kemudian hari t ape-ape jadi, kalau keluarga tak tolong, susah.. dan ini pd pandangan sy la, hehe... kalau lelaki sarwak nak kahwin dgn gadis semenanjung, check background her family first ok, anak ke berapa (ini pun memainkan peranan yg penting, selalu kalau gurl tu anak bongsu or anak sulung, de halangan cket kot), then ibu bapa dorang selalu g melancong ke x? ke mmg jenis x g mane2, pusing2 tang tu jek.. x g tempat jauh2.. .ini pun memainkan peranan jugak.. selalunye dari aspek keterbukaan pemikiran dorang la.. so ini sangat penting ye..

gambar kahwin mizz nina noh hujan
noh dari sarawak, miss nina dari semenanjung.. menjadi~ yeay..hihi. Tahniah2!

akhir kate USAHA itu penting dalam menjayakan hubngan jarak jauh ye dan FAMILI kedua-dua pihak pun sangat PENTING, TRUST ME, both of you kene berusaha.. USAHA, usaha.. dan selebihnya DOA..dan tawakal pd Allah.. ^^

panjangnye aku tulis.. hihi. luahan hati ni, hihi.~

Thursday, July 21, 2011

Direnjis-renjis dipilis~ Ditepungi la tawar..


Direnjis-renjis dipilis
ditepungi la tawar.. 
hai beras kunyit ditabur
disiram si air mawar
hihihi.. 

bile bad mood, sedih ke.. and dgr lagu ni terus rs HAPPY.. tak tau nape..(erm, bukan gatal nak kawin ok) haha.. cuma.. lagu ini mampu mengindahkan hari-hari saya yg sedih.. ^^

p/s : nak kahwin t nak pasang lagu ni leh x????? hehehehe..





kereta lama ade 'soul'..

huhu.. kete lame lagi-lagi kalau tau tuan dia nak beli kete baru mmg akan selalu 'mogok'.. ramai org kate mcm tu.. asal nak beli kete baru, ado-ado je la kerenah kete lame kite tu.. huhu.. g bengkel, org kate tak ado masalah.. semua ok, alternator OK, bateri OK, wiring OK.. semua OK.. huhu.. soul je NOT OKAY! huhu..

one of my friend pulak, yg baru beli kete baru, kete lama mmg dia x pakai da..kwn2 dia yg selalu pakai.. time kawan2 dia pakai, kete tu tersengguk-sengguk, bawak laju pun mcm haram jek.. tapi bile tuan dia bawak, fuh.. boleh pulak bawak laju, smooth jek. haha.. dia 'rindu' kat tuan dia la tu..

tapi kan.. mmg syg la nak jual.. qkv pun mcm merintih2 jek.. dari tahun 2007 dia temankan tuan dia ni, huhu.. pastu nak dijual.. tu yg selalu x nak idup.. merajuk la tu.. huhu..

Wednesday, July 20, 2011

Punca-punca kereta kejap idup kejap tak~

Saya pun tak tau lagi pe masalah menimpa QKV.. so research punye research jupe la.. yang ini..

a) Masalah distributer
  • Korang kena check distributer pada enjin, kadang2 api (elektrik) ada masuk dalam distributer tapi motor dalam distributer tak dapat hasilkan elektrik ke palam pencucuh di dalam enjin. Kalau korang nak tukar, korang kena beli distributer sebijik dan bukan hanya beli motor sahaja. Boleh dapat di kedai potong atau recond di kedai sparepart kereta.
b) Masalah pam dalam tangki minyak
  • Disebabkan pam kemungkinan bocor, minyak tidak dapat di pam ke dalam enjin dan menyebabkan kereta sukar untuk dihidupkan
c) Masalah Suis Minyak
  • Suis minyak berada di bawah tempat pemanduan. Masalah berlaku sekiranya litar terbakar atau litar terkena air. So boleh diganti dan kosnya pun tidak begitu mahal sekitar RM50-RM80 seunit
d) Masalah Wiring Alarm Kereta
  • Kadangkala wiring yang lama juga boleh menyebabkan kereta kita tersengguk2 di atas jalan dan mati. So di sini korang kena bawak kereta ke bengkel, minta dibuang segala wiring lama yang masih terpasang tetapi tidak digunakan kerana pada wiring alarm yang lama, terdapat transistor yang berfungsi memutuskan bekalan elektrik. So korang kene remove yg tak gune tu.

e) Masalah Computer Box
  • Ni masalah berat, seberat harga komputer box tersebut. Boleh nipis poket korang..Korang mintak tolong pomen check sama ada komputer box korang masih berfungsi dengan baik atau tak sebab kes aku, komputer box aku masuk air..ada short circuit. So sama ada korang nak buat wiring balik atau tukar sebijik2. Aku sarankan korang tukar sebijik2 lagi puas hati. Kalau korang nak anta repair pun..harga lebih kurang sama. Kita pun tak tau sebaik mana pomen betulkan.
f) Tuning Balik Enjin Kereta
  • Kalau kereta korang sekejap hidup, sekejap tak..maybe korang kena hantar tuning balik enjin menggunakan perisian komputer. Ni bagi mereka yang pakai kereta berkomputer macam honda la.Hantar ke kedai servis yang boleh buat tuning, bukan semua kedai boleh buat.


Thanks to  :::  http://afzalsukasuki.blogspot.com/2011/04/jom-kongsi-tips-punca-masalah-kereta.html




kereta sekejap idup, sekejap mati..

huhu.. lately my QKV always facing that masalah.. first start ok, leh jalan... tapi when nak start for second time, sorry la.. xkan hidup.. semua mati.. mmg mati.. tanda aras minyak x gerak, alarm brek, bateri semua tarak.. haha.. so kalau mati enjin tongah-tongah jalan, tersadai la ia di situ.. hehe..

so.. saye pun pagi tadi sempat menghantar cik QKV ke bngkel, sampai2 je bengkel, matikan enjin.. pastu aku saje je nak test nak start lek, tup2.. mati balek, hehe.. byk 'nyawa' qkv ni.. ehex..

then ade sorg pekerja dtg, try idupkan.. AIPPP.. boleh PULAK????? second time pun boleh, third, fourth, fifth, sixth..  pun boleh!!!!!! waaa... then dia kate no prob ooo.. semua ok, altenator ok.. (aku mmg dah agak dia ni DASAR tak percaya cakap PEREMPUAN!!!!) geram tauk.. aku explain beria, berulang-ulang kali TAPI..HARAM.. dia dok senyum sengih2!!!! Ya Allah, menyampah tahap nak tampo2 jek kepala hang tau..

lepas tu, datang pulak orang ni, (time ni aku tau dia pun nak test try start enjin qkv gak, hahaha..and this time aku dah mula senyum sinis.. PASAL APE??? aku tau qkv takkan start da.. PASAL APE??? hahaha.. lampu kelip2 tetiba stop menyala.. hahaha.. aku je yg perasan time tu.. hihihi.  THEN????? that second guy tu pun geleng2 kepala la kat budak yg aku raso nak tampo2 tu,hahaha..  XPLU AKU NAK TERANGKAN DA.. HE KNEWS.. so kene tahan 1 hari.. dia nak check satu pesatu.. nasib baik la engko tak idop QKV.. cyg engko, dapat gak aku kenekan budak tu.. citttt..

GRRRRR!!!!!  geram tau kat org2 bengkel yg tak percaya komplen org perempuan..aku pun reti la pasal kete ni.. dah 7 tahun bawak qkv, aku tau le masalah qkv tu.. nak melawan pulak.. geram tauk..

Perlu ke panaskan enjin kereta dulu pagi2???

ini mmg selalu saya dengar.. panaskan enjin dulu pagi2 sebelum gerak. tapi kan.. i found out that actually xperlu panaskan enjin coz it menyumbang to pencemaran alam and lagi elok kalau kite panaskan enjinnya dgn 'memandu'.. ada faham kah? hihi.. 

lagipun secara logiknya, cuaca kat Malaysia ni mmg dah panas.. so secara automatik, opkos its already heat up the engine la kan..  

"The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.." amek dari mesra.net-Justmean

then org kate kalau tak panaskan, nanti enjin cepat jadi tak elok.. hurm????? ni aye sendiri pun tak sure tapi.. 

"Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.."

and one more..

"Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%."

seee... seeee.. huhu.. 

therefore.. 

"Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia"

source ::: http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t113947.html (nak tau lagi manyak.. read from here k)


p/s : for me pulak, panaskan boleh, tapi make sure half of minute jek, dalam 30 saat pun cukup, jgn lama2..nanti timing belt tak tahan woo... itu je.. daaaa diiii.. duuuu..

Saturday, July 16, 2011

malam ni malam 15 syaaban.. sekejapnya masa berlalu..

::  Nifsu Syaaban ::


Hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.



Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk waktu Maghrib).




Monday, July 11, 2011

"sejak ku bertemu padamu~"


hihi.. tutti fruti! 

suka sgt lagu ni lagi-lagi bile tgok "pentas kilauan emas" ade sorang makcik bw lagu ni, waduh.. hehe, berbunga balik.. hihi 

Friday, July 8, 2011

Sepupu Kahwin! hihi..



hehehe.. NICE PIC.. kacak laaaa... hehehe.. ada DRAMA.. hihi

Actually yg kahwin ni my cousin, hehe.. xdapek g pon pasal saye kat kat UKM, sibuk berfoye-foye dgn mikrob2.. hiiii.. tapi tgok pic ni WOW.. meriahnya la! SUKA! hihi..

kat sebelah pengantin laki tu, makcik saye, tgok kat pic tu bukan main lagi tangan tuuuu nak amek bunga haaa, haha... makcik saye ni dah ade title NENEK da pon.. so CUTE!

tahniah to Zakaria & Mashuri.. semoga kekal bahagia ke akhir hayat.. ^^



Geng Gendut pergi berkelah! Mode-SAYA bengkak mata..~

last saturday hari tu geng gendut a.k.a geng selalu pake kuar sama2.. terdiri daripada makcik ramziyah, makcik saadiah, pakcik yazid, pakcik norman, pakcik Yus.. MENGANJURKAN  aktiviti berkelah sambil bbq.. haaaa.. xle tahan part bbq tu. hurm.. nak ayam bbq.. cedappppp... kat cni xde geng pon mahu buat begitu r.. huhu..  bukan main lagi amek gambar siap buat jadik KOMIK pulak tu.. hehehe.. sabor je la, well last saturday I g dating, makcik.. haha.. tgok 'one more time' err... sekali lagi.. betul ke translate gtu eh? haha.. lantak2.. 


so bawah ni komik yg Pakcik Yazid a.k.a Doktor g "wrecked" ( CREDIT utk Dis Yazi) hihihi..



watak dalam PIC ni.. yg gurl tu SAADIAH.. hehe..  ktorg semua ni CLASSMATE dr FORM 1 sampai FORM 5 tau.. hihi... 


yg muke "bengkak" tu, ramziyah.. hahaha.. well, my makcik yg sangat penyabar dgn saye.. terharu.. hihi..always  melayan kerenah saye yg 'manje' gtu, ehex..


and again muke bengkak, haha.. kecian makcik kene buli.. hehe.. nak tau, kedua2 ni classmate sejak sek.rendah lagi.. so lagi lama la hayat dorang ni berkenalan, hihi.. kerek je aku main introduce gni.. hihi..

I  miss you guys so much, mecik2 saye x ado.. kalau tak saye mau makan ayam jugak.. terliur tgokkkk dorang makan.. haha.. (sebenarnye den tongah lapo giler giler dan gilerrrr ni, huhu... tunggu makan nasi lemak time meeting nanti je la.. harap2 bersabar ye my stommy.. hehehehe)

WELL, sy amat kuat makan sekarang, cepat lapar jugak, kalau tak dikawal leh menyebabkan kecomelan aku bertambah, hihi..  paling berat aku pernah gained is 60 u... hehe.. ni time kat umah di Kuching ler aku biakkan lemak.. hihi, kat s'jung ni, xdapek la.. MELAINKAN i have my OWN kitchen.. pasal pe? i segan nak masak best2, kekreativitian tersekat, hihi.. mean dah kahwin t r kot, cewahhhh... hihi.. kegatalan melanda.. ehex


"jadi org DARA kalau malas TAK APE, jgn jadi bini yang malas sudah~" hihi.. kan laling.. ehex.. 






Wednesday, July 6, 2011

produk SKII saye nak habis da.. huhu.. mummy!!!!


produk yg ni a.k.a moisturizer nak habis da.. huhu.. sangat best! pasal pe??? berkesan menghilangkan parut jerawat.. jadi samar-samar nampaknya.. dan  mmg selesa la..

huhu.. pasal pe susah hati?? sk2 mahal maaa.. haha, yg ni pon free gift, try punye try, dah ketagih pulak.. adeh..


marry brown-mode HUNGER..on..

Tuesday, July 5, 2011

Kalau kita sukakan seseorang..

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”


“dan jika anak Adam itu berpacaran sebelum waktunya, maka setengah dari kebahagiaannya setelah menikah nanti akan dicabut oleh Allah. Jodoh itu tidak boleh ditukar. orangnya dah ditetapkan. cuma waktu berjumpanya yg boleh berubah. barangkali kita dah pernah jumpa. barangkali belum. barangkali takkan berjumpanya dan insyaAllah berjumpa di syurga nanti.."





Rule no. 17?????

Rule No 17 - Cute Girls yang rabun:
  • Cute girl + Contact Lenses = Tak cute
  • Tak cute girl + Spectacle = Cute
  • Tak cute girl + Contact Lenses = Double tak cute.
  • Cute girl + Spectacle = Angel.

simple calculation on How To Be Cute When You Are Rabun. No lens indeed. Girl with glasses = COOOL. No glasses but with lens = NOT COOL.

my SNOW WHITE darling still dalam 'proses'

Hari ini 5 Julai da.. huhu... lamenye la 'MEMPROSES'.. call bank pon status asyik DALAM PROSES jek.. huhu.. bila la nak dapat.. geram.. huhu.. 

Cantiknya tema COLOUR nikah TOMOK!

Perkahwinan Tomok dan Rahayu

*sumber dari matkepoh*

Colour kuning lembut a.k.a baby yellow mcm itu, ilike.. KESUKAAN saye! suka r.. tp nape pengantin perempuannya more to white, hurm.. trend sekarang kot pakai tak bpe nak sama tapi stil CANTIK! hihi.. Sukanya.. hihi

"semoga berbahagia hingga ke akhir hayat"


Monday, July 4, 2011

angry bird and ME! hehehe


sebelum..

*google*

di tengah-tengah...



selepas...


ape makna???? xde makne... hahaha... just this not so cutie makcik mentioned that my muka mcm angry bird! hehehe... tang kening tu.. hik..hik...



Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...