Tuesday, July 18, 2017

Group Integration (GI) Kursus DPA

Sebaik sahaja daftar sebagai kadet PTD dan check in bilik di INTAN, pada waktu malamnya diadakan taklimat dan ice breaking sesama 380+ kadet PTD. Memang ramai dan meriah. Masing-masing malu-malu lagi dan jalan pun control je. ahahaha. Pada masa itu, ice breaking diadakan dengan menggunakan serpihan kertas  yang mengandungi lirik lagu kalau tak silap (inilah jadinya kalau lama sangat simpan cerito haaa). So apabila pemegang-pemegang bagi puzzle itu berjumpa dan bersatu maka lahirlah group integration GI utk batch kami. haha.. aku punya group dapat lagu 'I believe I can fly"

Keesokan harinya, maka kami semua naiklah bus untuk ke Kem Princess Haliza, dalam keadaan diri ni masih tak percaya lagi yang diri ini telah mendaftar dan meninggalkan anak yg kecil, kaki tetap melangkah jugak. Untuk ibu-ibu yang masih breastfeed anak-anak, so pada masa GI selama seminggu ni kena la cari masa ye untuk terus mengepam susu, kalau tidak memang bengkak. Alhamdulilah aku sempat je pam pada waktu rehat. Pandai-pandai manage time ye ibu sekalian. Tapi susu pam tu mmg untuk dibuang lah memandangkan peti sejuk tiada.. ~ dah namanya kem kan. Tengok susu itu dibuang pun aku rasa sedih mengenangkan anak. Pada masa ni memang dilema jugakla sebenarnya. (to be frank, sampai sekarang, aku tak sangka aku dah melepasii kursus kadet ni, rasa mcm tak percaya)


Masa GI tu pun seriously aku memang tak berapa nak happy dan tak boleh nak happy, yea lah ibu tinggalkan anak 10 bulan dan suami. Mood memang down giler.. Setiap saat fikir anak, sebelum tidur.. makan.. semua perkara aku buat, aku ingat anak.. Allah pilunya hati Allah je tahu.  Nak menangis bila teringat.. Rasanya hanya ibu ibu je yg memahami dan tahu perasaan ni..


Okay, lupakan kesedihan yg lama. hanya menambah luka dihati. hehe.


Semasa GI ini, apa yang kami buat adalah aktiviti berkumpulan seperti menyanyi, menari, berlari, makan, minum, merangkak, main air, memanjat, lompat-lompat, rewang masak bersama-sama.. pengalaman pertama aku tangkap ayam hidup semasa ini. Nasibla kumpulan aku bertugas utk tangkap ayam je, lepas tangkap ayam, ayam tu bagi kat satu group untuk disembelih. hehehe.. nasiblah hai..~ hehehe


Semasa GI ini juga, ada seorang penghulu dan penghuluwati dilantik oleh suara majoriti peserta kadet. Sebelum itu, aku ingat lagi kami diminta untuk rank kan diri sendiri dari 0-10, aku pilih of course nilai yg tengah2.. tapi ade seorang kadet itu, dia nilai diri dia 0.. Allah, terasa kerdil pulak diri masa itu. Justifikasi 0?? kerana segala-galanya milik Allah s.w.t. siapalah kita hamba yang kerdil lagi hina ini. memang tersentak bila dengar itu. Alhamdulilah tersedar dari duniawi yang sementara ini. Kalau tak silap, yang rank diri sebagai 0 itulah yang jadi CEO bagi penggal pertama batch kami. hihi.



Hasil daripada GI ini, of course ukhuwah terjalin sesama kumpulan itu. selepas itu ke mana-mana pun bersama kumpulan itu walaupun berada di INTAN. hehe.. yea la, nak kawan dengan siapa lagi kan.. tapi aku?? haha..aku ni pelik sikit kot, susah nak buka hati pada orang kecuali suami, so suram-suram sejuk je, lebih suka bebas. hahaha atau maybe disebabkan oleh mood yg sedih itu. Kalau hati dah sedih, buatlah mcm mana pun, tetap sedih. huhu.


Tips untuk GI, kena manipulasi emosi. Jangan emosi. Kawal emosi. Oh ya, perlu bijak juga dalam menyelesaikan misi-misi semasa ekplorasi. Dan juga perlu ada sense of humour untuk Malam Kebudayaan acah acah semua group kena buat persembahan. Jangan malu-malu. Keluarkan bakat yang ada jika ingin berjaya ewahhhh. Buat persembahan ini akan jadi kerja sampingan kau bila pergi modul fizikal di luar nanti ye.hehe.




Tapi terpulanglah pada keupayaan sendiri. Perjalanan kadet masih jauh lagi. GI ini cuma permulaan je..








Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...