Thursday, June 29, 2017

Ceritera Haris


My precious Haris.. Kesayangan dan Kegembiraan abah dan mama.. Hari ini barulah ada masa nak upload gambar haris masa kecik.. mana la mama tak sedih tinggalkan dia masa umur baru nak masuk 12 bulan.. 



 Ini rasanya ketika Haris berusia 6 - 7 bulan..suka berjalan-jalan, alhamdulilah senang dibawa ke mana-mana, cuma setakat ni belum pernah lagi bawak Haris pergi tengok wayang. sebelum haris lahir, mmg kaki wayang laki bini haaa...



 Haris dan sepupu, Duratul. Beza umur 2 bulan je.. hehe. Dua-dua debab montel masa ni



Tengoklah kemontelan saya, memang selalu kena penampo manje dengan sesiapa yang melihatnya. 



 Dari kecil lagi murah dengan senyuman, haha.. masa ni first time haris tidur atas buaian.. kalau betul-betul ngantok, memang degan sendirinya tutup mata..




Muka cina sangat, pagi-pagi selalu kena punggah g pasar sampaikan makcik jual santan pun kenal dengan haris ni, haha.. kadang-kadang garang woih.. takut mak..



Haha, bila lagi nak kena buli macam ni. sekarang, letak tuala kat kepala pun dah rimas, nangis-nangis tak nak. 

Agak-agak Haris ni mirip wajah siapa ye? masa hari pertama lahir je, kakak ipar terus cop wow, sebijik muka abahnya, kahkah...bajet comel la bapaknye masa kecil dulu ye. Tapi part mata tu, kawan2 kate mcm i.. heee... tapi perangai memang ambik perangai mummy.. sorry la hubby, hehehe. bertambah isi rumah yang kuat merajuk, sensitif.. hee..




Semoga Haris dikurniakan kesihatan yang baik dan jadi anak yang soleh, berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Amin. 





Refleksi Kursus Kadet PTD 2016

Dalam previous post aku ada mentioned yang selama 10 bulan aku menghilang pergi kursus Kadet PTD. Kursus inilah yang wajib dihadiri sebelum dilantik menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Tetiba aku teringat pesanan daripada senior PTD tahap jusa, beliau menyatakan bahawa yang membezakan PTD dengan skim perkhidmatan yang lain adalah the way we react and think. Contohnya, sekiranya ditanya 1+1 =?. Semestinya skim yang jurutera misalnya akan cepat-cepat jawab 2 sambil cakap alahai senangnya soalan dan maybe ada yang lagi hebat jawab 4 atau 6.. manakala PTD pula takkan cakap jawapan 4, 6 itu salah tapi PTD ni akan fikir kenapa dia jawab 4.. (ini seperti pembelajaran di Genovasi) dan PTD jugalah yang akan terangkan kenapa jawapannya 2. Jangan cepat menilai sesuatu perkara. Kaji dulu dan cari cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. Itulah konsep diplomasi, selari dengan nama perkhidmatan tadbir dan diplomatik.

Selama 10 bulan, 7 bulan di INTAN Kiara dan INTAN Jalan Elmu manakala berbaki 3 bulan di Sarawak Bumi Kenyalang. Rasanya kami amat beruntung diberi kesempatan untuk berkunjung ke Sarawak sama juga seperti batch Lantera sebelum ini ke Sabah.

Secara peribadinya, apa yang boleh aku simpulkan adalah;

Bagi diri saya yang pernah berkhidmat sekejap selama 2 tahun dengan government sebelum join kursus, at least saya tahu apa yang saya perlu fokuskan, apa kelemahan diri saya yang perlu saya perbaiki dan bila belajar saya boleh bayangkan oh benda inilah yang dulu aku tak tahu, oh macam ni ke.. haa.. memang acapkali jugaklah aku mcm ohhhh ooooo.. haha. Poyo sgt. (hahahha).

My favourite subjek, Pengurusan Sumber Manusia (PSM) sebab sebelum join PTD pun, aku memang menguruskan bahagian PSM di sebuah Jabatan di bawah kerajaan negeri. aku bermula dengan zero knowledge.. apa pun tak tahu. Tapi alhamdulilah, senior PTD yang aku jumpa kebanyakannya sangat sporting, happening dan sangatlah membantu!!!!

Apa yang aku suka bila kerja dalam PSM adalah aku boleh dan mudah untuk mengenali semua orang, tahu core business Jabatan dan secara tak langsung, you akan tahu peranan setiap bahagian dan unit sebab kita selalunya akan jadi urusetia kepada mesyuarat Jabatan. Kalau dalam PSM, u kena learn untuk SAYANG people and treat them seperti mana yang u nak orang layan u. Be responsive and active. Kalau u pegang konsep ni. orang takkan cakap PSM ni itu ini yang itu yang ini. Hidup PSM gitu. Tetapi ada senior yang cakap, bila masuk PSM ni automatik perangai pun akan berubah jadi lebih roarrrrr.. sebab berdepan dengan banyak karenah staff. Tak boleh berlembut sangat dan tegas pun kena bertempat. Berhadapan dengan manusia memang akan melibatkan permainan psikologi jugak gamaknya.

Dari segi aktiviti fizikal pulak, alhamdulilah so far takde apa-apa kecederaan sepanjang modul polis, tentera, bomba dan OBS. Semua seronok tetapi untuk pergi buat kali kedua, saya perlu mempertimbangkannya dengan sebaik baik baik yang mungkin. hahaha... Tips, jaga diri, jaga setiap pergerakan, hati-hati, ingat badan nak pakai lama.. dan akhir sekali buat yang terbaik.

Kesemua modul itu kita tak boleh nak bandingkan yang mana susah yang mana lagi mencabar. Masing-masing ada keindahan yang tersendiri. hehe. Tetiba rasa lega sangatlah sebab dah lepas kesemua modul. Rasa mcm tak percaya pun ada sebenarnya. Tips; layankan aje. Ini memang tips turun temurun okay. haha.. daripada batch senior M44 pun pesan yang sama, layankan aje. hehe.

Sebelum menutup tirai ceritera hari ini, satu lagi pesanan.. jaga silaturahim sesama ahli kumpulan. Oh ya Batch kami pula namanya Kenchana, sebuah kerajaan lama yang utuh dan kuat pada masa dahulu. Kumpulan kami namanya Prota. Kumpulan inilah yang bersama-sama dan paling rapat dengan kita sepanjang kursus. Tidur (dalam kelas) bersama, makan bersama, lari bersama, nyanyi bersama, menari bersama, bergosip bersama.. haha..merekalah dunia kita ketika kursus. Bonus bagi yang berbakat seperti pandai nyanyi dan sedap lunak merdu suaranya, pandai mengacarakan majlis dan bermain alat muzik.. bakat-bakat ini memang diperlukan especially dalam modul luar. 

Bagi yang dah berkahwin, bertunang, tolong jaga batasan pergaulan. Ingatlah kat rumah ada suami dan isteri serta anak yang menanti dengan harapan. Jaga nama baik keluarga.



Gambar dibawah antara program yang dijalani;


 Attachment dengan SPA Negeri Sarawak. Masa ni rasanya asyik makan je, hihi. tapi layanan mereka memang terbaik. tunjuk ajar yang diberikan memang jelas dan difahami.



Ini pula semasa Program Transformasi Desa, Hari Sukaneka la kiranya, ada pelbagai pertandingan, menganyam ketupat, permainan berebut kerusi dan banyak lagi



Dan, yang ini aku tak boleh lupa, gotong royong membersihkan perkuburan dan menceriakan rumah wakaf di situ. Gambar selepas gotong royong tak jumpa pulak.Walaupun kehadiran kami di kampung tu sekejap je, tapi pada hari terakhir nak pergi tu, penduduk kat kampung tu rasa sedih.. ye la kan, sebab setiap awal pagi kami la yang memecahkan kesunyian pagi, membuat bising di kampung, hahaha.. kami la yang kuat membeli makanan kat gerai-gerai acik kat situ, memang stok selalu habis la gitu..  haha.. bila teringat, rasa lucu pun ada.. hehe..

semoga mak cik mak cik pak cik pak cik di kampung tu sihat hendaknya. 

Sekian.














Wednesday, June 28, 2017

My Saga FLX 2011 - 2017


Bulan Ogos nanti bolehlah sambut anniversary Saga FLX saya yang dikasihi dan disanjungi.

Setiapkali menjelangnya Hari Raya mesti ada perkara yang perlu dibaiki pada Saga aku ni. haha.. sampai ibu mertuaku pun merungut.. yea la, duit laki aku banyak habis kat ctu je.. huhu. Last repair hari tu, RM1000 jugak habis, disebabkan oleh ECU saga dah rosak. ECU tu ibarat CPU komputer kita la, nyawa.. ingatkan masa tu takde bateri ke kan, so belilah bateri baru tapi still jugak tak boleh hidup.. towing, hantar g bengkel pun pomen ambil masa nak detect mana silapnya.. sekali scan guna mesin, naaaa ECU. ECU tu pun nasibla jumpa kat mudah, uncle tu jual RM460, berbanding dengan harga pomen tu mintak, RM1000. mak aiiii.. harga-harga ini saya boleh pergi beli baju raya calaqisya, creacion Siti Nurhaliza tauuuu..hahahah. tapi kita berpegang kepada itu bukan rezeki kita kot. Husband dah pesan jangan diingat barang yang lepas. Baiklah. huhu.

Sebelum ni juga, raya yang nak balik Sarawak dulu, masuk bengkel jugak. tukar Gearbox.. alkisah baru lepas shopping barang Haris, kat seremban pulak tu, tetiba masa nak reverse kereta ke belakang, boleh pulak kereta aku ni gerak ke depan. adoila mak..haha. so memang tak boleh reverse..sampai orang lalu lalang tolong tolak kereta dari depan. Cerita tak habis kat ctu, alkisah rumah kami kat tampin so dari seremban nak balik Tampin, tak boleh bawak laju-laju..sebab hanya gear 1 dan 3 je boleh masuk so gigih la husband drive pada 40-50 je.. haha, siap bukak lampu emergency tu. mmg syokla..semua kereta lalu dok tengok kami dari tepi ja. nasibla bukan tragedi nak balik beraya ke kampung yang jauhh.. memang semput.

So daripada gearbox kena tukar, lepas tu ECU kena tukar, harapan aku agar cukupla nak. jangan la buat hal lagi ye.

Itu sahaja laporan untuk saga flx saya.


Cuba teka di mana saya? hahaha...  


sekian.



Haris Firdaus menjelang 2 tahun..

Assalamualaikum w.b.t

Lama sungguh tak jenguk blog ni, haha.. rasenye dah hampir setahun as Haris Firdaus pun bulan depan nak masuk 2 tahun. Alhamdulilah, raya aidilfitri kali pertama sebagai orang yang dah ada kerja tetap la kan inshaAllah.. cuma gaji je la tak masyuk umph.. dan cuti pun bos tak bagi ambik, takpelah, cuti itu bukan hak kite, ia cuma kemudahan untuk kita kan..

sepanjang setahun pergi mana? selama 10 bulan join kursus Sentiasa Selangkah di Hadapan, Diploma Pengurusan Awam, haha.. nak sangat selangkah tu kan. hamek. hihi

kehidupan sekarang back to norm lah, after meninggalkan anak dan suami, my fren cakap saya telah membuat pengabaian terhadap anak saya. huwaaaa.. gurau je. ini pun untuk masa depan, tolong suami, boleh beli itu ini yang itu, yang ini...tapi of course la attention anak pun sebelum dan selepas 10 bulan jauh berbeda uols.

sebelum pergi kursus, anak boleh dikatakan fully breastfeed la.. so mmg dia rapat dengan i. tengok i je nampak susu febret dia, mcm tu lah. moment yang x boleh lupa pada hari pertama i tinggalkan Haris........ gambar tu i still simpan dalam hp dan dalam hati! rasa mcm semalam je snap gambar tu. rasa mcm nak diputarkan kembali masa tak nak tinggalkan anak.. bila tengok gambar tu je, Allah je tahu sakitnya hati saya ni tinggalkan anak yg masih nak perhatian kita. Alhamdulilah masa tu dah berlalu. syukur sgt.. tapi ntah dalam pemikiran ni ibarat kalau lah masa boleh diputarkan semula, saya rasa saya sanggup utk TIDAK meninggalkan anak saya dan balik ke rumah bersama-sama, not leaving my husband n anak balik berdua without me. Rezeki ada di mana-mana.

dan sekarang, my son adalah anak abah. hehe.. bila tanya abah mane, dia tengok muka abah dia, senyummmmm kemain lagi comey. Bila tanya mama mane.. dia akan lambai tangan.. meaning that his mommy tak de.. pergi work.. walaupun hakikatnya dia tengah duduk atas pangkuan i mase tu, hahaha.. anak2 kan.. dah terbiasa 10 bulan itu yang dibuatnya...

then bila tengok i balik kerja petang-petang je, terus tapak tangan dia pergi kat telinga, mulut sebut wei wei.. (hello dalam bahasa cina), utk makluman nenek kepada moyang dia cina.. hee.. so uols nampak x dia membesar dengan mummy dekat phone je, hahaha.. xpelah nak, asal happy. tapi paling penting dia suka main cak cak and sembunyi dengan mummy. hahaaa...

cuma Haris ni mcm jinak-jinak merpati sekarang, senyum kemain bila org tegur dia tapi bila nak pegang dia, bye bye..haha.. and Haris lebih suka berkepit dengan daddy, mommy, nenek and atuk berbanding kawan sebaya.. bila kita kenenkan dia barulah dia mcm tunjuk minat.. anak lelaki manja,bercakap pun belum petah sangat. Bila i mengadu kat my mak, mak saya cakap, saya dulu pun ada masalah bercakap.. oh mai.. baru tahu!! masa umur 4 tahun baru cakap itupun gagap.. sebelum tu banyak eh oh aaaa eeee..sebijik mcm haris sekarang.. sampai dulu cikgu taska pun bimbang nape la aku ni tak bercakap lagi, main aktif, lari-lari mmg johaniah, jatuh pun kerap sebab badan i pun montel dulu.. dan juga benjol-benjolan kat kepala itu adalah bestfriend. Ini semua sama mcm Haris. Like mommy betul. Allah bagi kerisauan sama mcm my mum felt masa i kecik dulu. huhu. Furthermore, bab penakut dan cepat terkojut pon samo eh mcm mak dia ni, haha. Allah, banyak sgt perangai menurun dari mummy walaupun fizikal dia dok ke hulu hilir dengan daddy nye.. kalau betul mmg menurun dari perangai maknye ni, aku redha lah, asalkan Haris sihat dan membesar dengan sempurna.

Kalau bab jalan-jalan pun... Haris mmg Johan, (Mak dia dah turun takhta, naib johan) haha.. kalau nampak kedai mamak, ini memang febret dia, kdg2 menangis sebab tak singgah sebab dia ingat kita parking depan kedai mamak means singgah kedai la kan..tapi daddy nak pergi cucuk duit kat atm sebelah kedai tu, mmg beria dia menangis, aku punya la kalut kenapa nangis beria.. husband yang bagitahu barulah aku mcm laaaaa ye keeeeee.. haha..  (masa pregnant Haris dulu, fyi i hate bau masakan mamak lagi2 kari mamak.. hidu je nak muntah) dan sekarang my son loves to singgah mamak.hehe.. well done beteh!


Kalau tengok/lalu kedai makan, kfc pun haris akan buat bunyi hurmmm (macam sedap sgt la tu) sambil tengok kita, hahaha.. nampak kan mak dia jarang masak, selalu singgah kedai makan je.. haaa.. ia terserlah dengan perangai anak sebegitu, hihi. Satu lagi kalau nampak menara masjid atau kubah masjid, Haris akan sebut Allah, memang sebutan tu sempurna.. hehe.. itu mmg first word Haris dari zaman kecik2.. Allah.

So sekarang after 10 bulan, saya berusaha untuk berborak dengan Haris dan mengiatkan serta memperkasakan vocabulary nya. gitu.. rase bersalah tau anak lambat bercakap, huhu. mcm genetik pulak. so jgn putus asa, terus bercakap eh. Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Amin.



semoga Haris bolehlah baca apa yang mama awak bebelkan kat cni. hihi.
I love you sayang.
Semoga Haris menjadi anak yang cerdik dan berjaya dunia dan akhirat. Amin.












Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...