Tuesday, July 12, 2016

Haris dah nak setahun!!!

pejam celik tahun lepas pada 11 Syawal, saya bertungkus lumus bersalin di Hospital Kuala Pilah, haha.. bukan nurse n doctor je bertungkus lumus tau..hihi

Tahun ini anak mama dah mencapai setahun.. alhamdulilah, syukur Allah kurniakan Haris Firdaus yang hensem so suwit gelak besau kentut pun kuat haha kepada mama n abah.. Alhamdulilah, senang utk dijaga, x banyak masalah.. #syukurselalu


Sebenarnya, nak dijadikan kisah.. bulan 5 hari tu ade appointment dgn dietician tapi sampai la ni asyik pospon last last tak de tarikh da pending begitu sahaja..


My baby ni big size baby, hehe.. tangan gebu gebas, peha lagi la.. mmg asyik kena geget je la, haha. dia pun gelak suke nau bila kite gigit peha dia.. haha..  so this coming 11 syawal, inshaAllah genap setahun.. dan akan pergi checkup untuk injection dan timbang berat lagi...


So far, sekarang Haris tgh ligat main dalam walker.. ke hulur ke hilir, semua orang dilanggar nye, masuk bilik keluar bilik dah jd mcm penyelia rumah pun ade, haha.. sampai tak tidur sepanjang hari dek suka sgt bawak walker berjalan-jalan tawaf dalam rumah, hehe.. sekarang pun dah lihat juga Haris ni nak panjat sofa, nak angkat bdn le tu.. hihi..

malam tadi, nampak da keinginan dia nak merangkak gune lutut, tapi bila time nak angkat bdn ke atas..papppppp tombanggggggg ke depan.. alohaiii..haha anak omak.. nasib tak terhantuk kuat, bolehla gelak, kalau tidak dgn mama nye sekali nangis.hihi

bila kite dirikan dia pun, nampak la inisiatif dia menghulurkan kaki keluar walaupun mcm tak sudi, haha.Mama tak kisah sayang, lambat jalan ke cepat je, yang penting usaha tu ade, hahaha.. bab makan, alhamdulilah so far tak de la alah ape ape pun, dia makan je.. hihi

dari segi percakapan pulak, kdg2 byk nau cakap, dadada..jajajajaja.. bababababa.. kdg2 terpacul ayat 'abah'..hahaha.. kebetulan atau suratan?? kadang-kadang bunyi 'herm'.. herm.. haha, mcm mengiayakan ape kte ckp.. hehehe.. cuma mama mamama xde lg dgr.. hihu, kdg2 menjerit jugak.. berdesing telinga den dengar.. haha..tapi still u r very cute baby, eeegeram nak cium2 pipi anak mama ni..


Ape pun, kalau kite pasang video Didi & Friends, mmg kite boleh g mandi, g dapur masak, ahahaha.. Thank you  la Didiku sayang.. Haris mmg suka sgt dengan video ni.. nape ntah..hee


Happy Birthday Sayang! Mama nak jadi org pertama wish birthday Haris, hihi. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu. Amin.



Alhamdulilah.. Tawaran sebagai Kadet PTD Bil.1 Tahun 2016

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tahun ini turn raya negeri Sarawak. First beraya bersama anak tersayang. hihi. Raya 6 dah keroje. sunyi opis,,kebanyakan masih bercuti dam dam dum.. tahniah to my sister in law, baru bersalin semalam, baby gegel..hihi.

Dah lame tak hapdet blog, bz.. mmg bz.. bila dah terduduk di kerusi hot ini.mmg ler tak de masa sgt nak memblogkan diri, ade je yang kena settle, tapi this week adalah minggu terakhir saya sebagai Penolong Pengarah Bhgn Pengurusan Sumber Manusia di Jabatan XXXXXXX hahaha.. secret okeh.. tapi sebenarnye seronok bertugas di bahagian ini, banyak perkara kite tahu dan perlu tahu, pekeliling mmg kena sentiasa ade atas meja.. yang secreto de amor ade, yang baik-baik pun ada, mmg mengajar kite utk menjadi seorang yang berintegriti.. jadi diri kite sendiri.. jangan hipokrit, jangan pakai talam, dulang, no..no..

saya dah hantar notis resignation since a month ago after dapat tawaran yang rasmi untuk menyertai Kadet pada tahun ini. Alhamdulilah, tahun lepas rezeki anak, tahun ini rezeki pekerjaan.. thank you Allah, cantik pengaturannya.. cuma nye terpaksa berkorban kasih dan sayang kepada anak.. makin nak dekat tarikh lapor diri, makin manja pulak anak.. huhu.. bila anak tersenyum, aduh..luluh hati nak tinggalkan dia.. 10 bulan, harapannya masa akan berlalu dan beredar dengan pantas.. debaran nak menghadapi modul2 kat kadet pun satu hal juge.. takut... saya bukanlah orang yang tahan lasak atau aktif but I will try my best..


Batch tahun ini I can say that batch teramai sekali.. seramai 410 orang, ini tak termasuk yang menolak tawaran lagi kot, bukan jumlah bersih.. sehinggakan this batch akan dibahagikan kepada dua.. seramai 270+ akan mendaftar di INTAN Bukit Kiara, manakala 136 lagi di INTENGAH (termasuk saya ler tu)

dan dan dan.. good news maybe.. thn ini kite akan fly ke Sarawak Bumi Kenyalang Ibu Pertiwiku Jantung emas ikan terubuk kek lapis. muahx.. mmg gembira dpt dekat dengan hometown but but but so sad.. anak n laki kat nogori haaaaa.. acane? laki i dah konpem cakap xboley naik flite berdua je dengan anak klu nak melawat iols.. so kena menabung la harga tiket, hihi. demi anak dan suami terchenta

Oh ya, terlupa nak maklum.. Tarikh pendaftaran pada 24 Julai 2016... so how many days left are left until the registration day??..

Persiapan?

T-shirt hitam.. ini mmg klu jumpa je sy beli, husband pun dah celik tlg nengok kalau ada tshirt hitam lengan pjg untuk saya, tq shumi.. kena bawak lebih kan.. as saya ni jenis penggeli jugak kdg2 nak pakai yang sama je.. sempat ke nak mendobi.. bawak lebih xpe, beli je..huhu..ckp sonang, duit?? haha

tudung hitam bawal x beli lagi, lame x pakai bawal. shawl banyak melimpah ruah kat rumah, bawal kena beli, well, ada bunyi duit jatuh kat lantai..

lounge suit, as last year, rasanya kadet tempah di tailor yang sama, tapi tapi this year all by ourselves, semua sendiri.. kisahnye saya ni blazer jupe da..mmg terletak elok kat badan (masa taklimat di INTAN officer ada mentioned blazer kena kasi labuh bawah pinggul).. tetapi skirt n seluar bolum ade.. gigih cari kain asal warna sama material tak kisah la kan.. then hantar p tailor buat.. kemeja pun xjumpa lagi.. kos yang terlibat;

a. Blazer RM300.00
b. Kain RM30.00
c. Upah jahit skirt dan seluar RM110

mmg kite perlu duit yang banyak untuk prepare barang2 kadet.. belum lagi yuran semasa daftar RM285.00. tapi syukur la kos pengajian dan makan minum ditanggung kerajaan. #syukurselalu

untuk court shoes pun sama tak dinyatakan apa-apa perincian, cukupla sekadar berwarna hitam dan bertumit. dah beli tapi di sudut hati rasa mcm kena reject sebab its a wedges.. haha.. tp selesaaaaaa mak pakai

borang-borang semua dah download, saksi dah sain.. medical checkup pun alhamdulilah settle.. tinggal yang barang mini-mini n perlu dibeli, selalu barang mcm ini la yang selalu terlupa n tak ingat nak beli kan. Okay, kena buat list.. wajib.


okay la, rasa mcm dah hampir nak mengarut je.. sambung buat kerja. hihi.

Til then...









Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...