Thursday, April 28, 2016

My baby dah 9 bulan!!! How time fies!!

Alhamdulilah..

Pejam celik.. dah 9 bulan Haris di muka bumi Allah ni. Haris dah tumbuh 2 gigi pada 8 bulan, haha. comel je gigi..tumbuh serentak pulak tu.. sebab tu la kerap demam n menangis2 lately masa 7 bulan.. sebab nak tumbuh gigi ke?

Haris sejak nak masuk 9 bulan, wallaaa.. tidur dah bersepah, haha.. abahnye malam2 terbangun ingatkan bantal kat kaki dia, rupanya budak kecik itu, haha dah macam koala da kat ctu, tidur pun nak mengiring je, tak mo terlentang, haha. comelllll laaaaa...tidur pun tak bebantal..

26 April hari tu, Haris checkup 9 months as ada injection campak. untuk prevent campak at early age. so pada checkup itu jugak, haris declared as OBES.. huwaaaa.. BMI tak okay as berat berlebihan. Tinggi 74cm, berat 11.9 kg. Masa checkup 6 bulan, berat 10.3 kg.. naik sekilo sebulan..tapi makan tak banyak pun. kerap minum air n susu je..and oleh kerana dah obes, so nurse dah buat appoinment jumpa dietician!!!! omomomoooo.. pada 26 Mei 2016.

So kite tunggu la date itu datang ye, I pun nak dengar jugak dietician cakap ape.. as long as Haris sihat n ceria, alhamdulilah syukur.. itu je yg saya harapkan.


Haris sekarang pun dah banyak cakap n suka memerhati. hehe.. dari jelai gemas ke tampin, papapapapapapapapa.. arghhhh.. papapapa.. hahahaa.. itu la diboraknye, temankan abah drive ye haris, hihi. suka cakap dengan menjerit, kalau kite mcm tu, mau serak seminggu tekak, haha.. hebat haris ni.

Haris ni orangnye suke tersenyum, sambil menyusu pun senyum..senyum.. alahhh rindu pulakkkkk.. dan suka gelak bila kite acah acah dia.. tapi tak suka kena tinggal sorang-sorang. haha..

dan sekarang pun dah pandai meniarap n golek2.. terlentang terlungkup.. haha.. cuma merangkak tu belum lagi..cuma bile dia meniarap tu memang nampak la peha tomel n kaki tu nak angkat mcm nk merangkak. hihi. bila tak dpt, nngisssss.. hehe.

lastly, haris anak mama ni manja orangnya, haha.. dan suke berjalannn..perangai dari kecik lagi, rase semua baby mcm tu kot, duk rumah seharian mula la gelisah resah, bila tgk kite pakai tudung dan nak keluar, senyuk kemainnnn.. hihi. bila dalam kereta memang behave laaa... haha. comel.


puji anak sendiri comel.

tagline.. bila org tgok saya n haris, "larat ke mak dia dukung, mcm tak larat.".. "mak dia kecik je"

besar mn pun anak saya, saya mmg larat dukung, sensitif tau hati ibu bila org cakap anak kite ni besar sgr ke pe ke.. please dont!



akhir kata, doakan semoga kami sekeluarga dan anda sekeluarga dan semua sentiasa sihat walafita dan diberkati Allah dalam kehidupan sehari-harian. Amin.


Note: kalau dapat kadet ni, setahun berpisah dengan Haris, PJJ dengan suami n anak. sedihhhhhhh.. =(





Temuduga PTD tahun 2016

Sambung entri lepas...

Daripada 24 orang yang melalui PAC, hanya seorang sahaja yang tidak berjaya ke sesi temuduga atas sebab BMI dan Tekanan Darah tinggi. Kalau tak silap la.

So here we go again! my interview session adalah pada 20 April 2016 di Bangunan SPA. mmg tak tahu nak prepare ape, plus busy dengan tugas hakiki di office so mmg berbelah bagi.. my preparation I just join group wassap panel, my panel is panel 7. daripada makluman group tu, iv session mg santai dan tak stress. I like. First impression, alhamdulilah dpt panel yang baik, mudah-mudahan.

so pada 20 April 2016, saya tak mohon cuti, half day aje.. jadual sepatutnya 9.00 pagi tapi my iv started at 10.45 am mcm tu la, as first candidate pun dah makan masa 1 jam woo.. me as 008, so mmg lama jugak menunggu sempat menguap2..hihi..

seorang demi seorang keluar dari bilik panel menjadi rebutan ramai, haha.. kena present in front of us gtu, haha.. among questions yang ditanya, oh ya masa tu ada 2 panel.

1) berkenaan dengan latar belakang akademik n how u relate dengan ptd
2) Kenapa nak jadi PTD
3) Kes penyelewengan di KBS
4) Explain Integriti
5) Terangkan bidang tugas PTD
6) SOALAN WAJIB- kenapa tangguh kadet tahun lepas?
7) GTP/NKRA

kebanyakan itu la soalan secara amnye, my own experience..

mula-mula masuk tu, nampak je muka Dato' waaaa..ceria dan panel kedua, Puan dari MOF pun sama berseri-seri wajah, hehe. so saya bagi fail n sijil n here my interview session started..

Dato' terus tanya, u ada sarjana sains, why u nak jadi PTD? You tak de apply for Q41 ker..
kemudian, Dato' tanya why tangguh. why JPA tak bagi yang pregnant ke kadet? Why?

Then dato' tanya sedikit pasal kerja, as saya sekarang mmg berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir (kontrak).

Ahaa.. Dato' ni tanya based on jawapan kita tau. Beliau tak tanya pasal dasar, fact. soalan beliau berdasarkan jawapan kita. si kita kena hati-hati!

Kemudian Dato' tanya apa istimewanya U untuk kami ambil sebagai PTD? haha.. bila I dah explain then Dato' kate, oh itu ke istimewanya u..haha.. I gelak sopan je la.

After that Dato' tanya, masa PAC buat ape. Tajuk public speaking apa..

Lepas tu Dato' tanya panel 2 ada apa2 nak tanya ke.. and looks like ek dua-duanya tiada lagi perkara yang nak ditanya, fuhh selamat. so dato' tanya saya balik. 'u ada apa-apa nak tanya ke?'

Saya tanya la berkaitan dengan modul2 dalam kadet, apa justifikasi bagi setiap modul as finaly we end up kerja kat office aje. ehehe.. apa yang I faham, dari jawapan Dato', if kita g kadet, automatically kite akan tahu fungsi setiap modul tu dengan syarat setiap modul tu kite perlu lalui dengan sepenuh jiwa. hayati dan fahami. then u takkan question pasal why kena lalui modul tentera, bomba lastly kerja duduk office. hee..

last but not least. Dato' pesan..

"Jadilah pegawai yang berintegriti."

My interview session rasanya hanya sekejap sahaja. dalam 15 minit mcm tu. Kalau ada rezeki inshaAllah ada. Permudahkanlah Ya Allah.

satu kesimpulan yg saya dapat buat, bagi yang first time interview, mmg panel akan tanya soalan2 dasar, fakta dengan banyak. bagi yang dah berkali-kali mcm kami ni, mmg tidak ler da ditanya mcm tu. haha. Ini pendapat saya je. my 50 sen! hihi




Note: Tahun lepas, I interview 14 Januari 2015 and result interview keluar pada 26 Januari 2015. So di saat dan ketika ini, semua berdebar tunggu result.


Orait. Itu sahaja.



Pengalaman PAC PTD Tahun 2016

Assalamualaikum

Hari ini mmg nak update kisah yang tak berapa nak seronok sangat.

As uols knew that saya mmg dah dapat offer ke Kadet PTD pada tahun lepas, tetapi terpaksa tangguh kerana pregnant. Alhamdulilah penangguhan diterima tetapi tertakhluk dengan arahan dan dasar semasa. hehe..  so here u go!!

tahun 2016 je, batch kami tangguh ni mmg tertunggu-tunggu status kami sama ada diserap terus ke Kadet tahun 2016 atau tidak.. dup dap jugak la.. then dengan tak disangka-sangka.. kami dapat surat panggilan menyertai PAC di Bangunan SPA Putrajaya, haha.. see tempat pun lain mcm je, selalu PAC buat kat INTAN, IKWAS gtu kan.. ni mmg special case.. kami dimaklumkan keputusan dan tawaran yang kami terima tahun lepas dah terbatal dengan polisi yang baru. As we know that tahun lepas tiada PAC, terus ke temuduga dan alhamdulilah i berjaya melepasi temuduga!

dan untuk tahun 2016, dengan adanya PAC balik, maka saringan awal terhadap yang mengalami kecederaan major, pregnant memang dah dianggap gagal kerana tak meelpasi syarat yang ditetapkan. dan tahun ni tak dibenarkan sebarang penangguhan. Wow.

So mula-mula tu mmg la ralat kan kenapa perlu melalui PAC balik walhal kami dah lulus temuduga tahun lepas, so mmg rasa ade ke peluang nak bersaing dengan batch tahun ni yang mana pihak JPA maklumkan batch tahun ni hebat-hebat belake.. fuhh.. saje nak menurunkan semangat kami ke..oh omomomo..so walau tak rela, ku terpaksa melangkah jua..


pada 26-27 Mac 2016 maka saya dan husband dan haris menginap di hotel bangi (penginapan tak disediakan tau)  walau bagaimanapun hati still semangat ni nak pergi PAC. haha.. walaupun tak tahu nasib badan mcm mana kan.. hihi. Sy percaya kalau betul itu rezeki kami, mmg Allah akan permudahkan jalan dan rezeki takkan pergi ke mana-mana.. so pada 26 Mac 2016 bermulalah PAC kami..seramai 25 orang yang hadir.. seramai 66 orang dipanggil melalui emel, xsampai separuh menghadirkan diri. tahniah pd yang hadir dengan hati yang lara gtu. hehe.. tapi semangat kena ada!!

Pagi- Saya bernombor badan 009; Pemeriksaan kesihatan (Tekanan darah, BMI, pemeriksaan kesihatan dengan doktor yang dijemput khas)

Selepas itu, bermula pulak uji kecergasan, panel daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), semua pakai tshirt FIT, body pun fit fit belaka.. aiseymen. Alhamdulilah saya melepasi semua ujian, saya simpulkan di bawah

a) ujian duduk jangkau - nak uji keleturan badan kita, Takla sesusah mana kalau kite tak fikir banyak, hehe, kumpulan kami kebanyakan dapat cecah 70% above
b) Ujian genggaman tangan-menggunakan alatan khas. My score pun bolehlah medium dalam 36
c) Ujian bangkit tubi - ni aku dapat buat 26 bangkit within 1 minute
d) Bleep test..ni yg paling berdebar,haha. yang ni kami lari seramai 6 orang. alhamdulilah i sampai level 3.7 kot.. lagi satu round nak cecah level 4. kelebihan kaki panjang. hihi..

Last sekali tunggu result! hehe.. alhamdulilah saya dapat pingat perak!! hee... malaysia boleh.

dan daripada 25 orang, hanya seorang sahaja yang tak berjaya. so 24 orang kami akan terus meneruskan perjuangan PAC pada petang itu.


Pada petangnya, sesi menulis esei bahasa melayu dan bahasa Inggeris.

Tajuk esei bahasa melayu ada 2, pilih satu n I chose "Bagaimana memperkasakan bahasa melayu agar terus kekal sebagai bahasa kebangsaan negara" (saya tak berapa ingat tajuk sebetulnya, tapi ala-ala mcm tajuk how kita nak jadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan yang akan digunakan sehingga ke generasi akan datang)

tajuk esei english pulak, berkenaan dengan "Night Market". should we promote is as one of tourist attraction mcm tu la.. so selepas itu selamat la kita menggoreng isi-isi untuk tajuk-tajuk di atas. hehe..

Pagi 27 Mac pulak, haaa..last day.. dimulai dengan aktiviti LDK. semasa LDK ini pun sebenarnya panel-panel ni nak tengok keaktifan kita bercakap dan pendirian kita terhadap keputusan yang kita buat. Goyah tak goyah. ada provokasi la. tapi alhamdulilah team saya dan semua team rasanya kerjasama yang padu dalam kumpulan masing-masing. tak de la yg overshadow..semua sharing bagi point kat setiap seorang. best la....

Tajuk LDK adalah, rasanya semua yang pernah ke PAC PTD maklum pasal tajuk ni, hehe. kesukaan ni..haha.. tajuk " Kapal akan karam dalam 1 jam dan siapa yang harus dikekalkan di atas kapal bersama Kapten. So kena singkirkan watak-watak lain utk kapal terus bertahan selama 1 jam.

Team saya dapat watak sebagai Komando!! hehe.. Tugas kita kena yakinkan panel kenapa ketua kapten tidak wajar/patut singkirkan kita dari atas kapal.

Watak-watak lain, seperti tukang masak, jururawat mengandung, kapten kapal.

Selepas LDK, here we go!! public speaking, ah for u  guys information, tajuk diberi selepas habis sesi esei pada petang semalam, so malam tu dapat la google google cari maklumat, hafal n catat.. saya dapat tajuk;

a) Bioteknologi menjana pendapatan negara
b) Healthy interaction in a community

Public speaking dalam masa 5 minit. untuk tajuk bahasa melayu alhamdulilah isi saya cukup-cukup untuk 5 minit, untuk english pulak saya tutup tirai awal, haha.. malam tu mmg saya tak sempat nak prepare point, penat.. haha.. tidur..dan tertidur.. pukul 3 pagi baru bangun terkial kial cari point.. hihu..

dan akhir sekali, sesi group discussion, degan tajuk "Sports Unite People. Discuss"

Group discussion pun alhamdulilah goes well as semua bagi point..adakalanya saya hilang arah n point jugak, tetiba pulak ahli mentioned benda lain, lari dari apa yang dibincangkan, ke laut but still i gave my thumbs up to my group!!


Finally, semua seronok-seronok balikkkkkk..hihi. lega PAC dah selesai!!!

So kami tunggu result sama ada layak ke temuduga atau tidak. Next Entry!


Stay tuned daaa~





Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...