Assalamualaikum..
Lega sgt lepas habis interview PT N41 pada 2 Mei 2014.. Syukur.. Syukur.. soalan-soalan yang ditanyakan alhmdulilah dapat jawab dan apa yg dijangkakan akan keluar, alhamdulilah ditanyakan oleh penemuduga..
Penemuduga saya adalah dua org wanita generasi Y yg ayu dan manis..haha.. dan sgt happening.. best! Yg sorang macam muka wife Angkasawan Negara, Dr. Halina.. Serius, sejuk mata memandang,waaaa.. nk jwb soalan pun x neves. hikhik.. dan interview kali ini tak seperti interview PTD dulu..huu.. ahaa.. rupanya yang dipanggil untuk interview PT N41 ini adalah calon-calon yg tak lulus dalam temuduga PTD lepas..patutla aku rs mcm tak pernah mintak PT N41. Patutlah tak payah exam bagai.. rupenye begitu...
lepas tu, ade sorg calon yg dtg temuduga saing ngan aku ckp penemuduga dia tanya psl 'Kenapa mohon PTD?' pelik juga dia, padahal sah2 temuduga hari ini untuk pegawai tadbir.. haha.. rupanya kerana kami ini adalah lepasan batch yg lulus exam PTD yg lalu.. hee..so jgn terkejut la kalau tetibe dorang tanya psl PTD jugak.. nasibla masa aku diinterview, lgsg tak dak soalan gtu..
So antara soalan-soalan yang ditanya,
Pertama, of course perkenalkan diri anda
Kedua, puan penemuduga itu bertanyakan mengenai pekerjaan sy sekarang, apa skop kerja saya sekarang. Then dorang tanya pasal master saya, projek apa, bila habis, mereka suggest supaya cepat2 kan lah VIVA sebab kalau ada Master, peluang dipanggil interview utk pegawai penyelidik, pegawai sains, harapan ada sebab tapisan SPA sememangnya memberi keutamaan kepada pemegang ijazah sarjana.. oh, baru gue tahu..
Ketiga, mereka tgok sijil hadiah Johan bagi rekabentuk loji biokimia, projek tahun akhir saya dan group saya, kenangan paling best, so puan penemuduga tanya, 'Apa yang menyebabkan anda dan kumpulan anda menang? dan apa sumbangan anda?
Ketiga, puan penemuduga bertanyakan hobi saya, memandangkan sy mengatakan bahawa salah satu hobi sy blogging so 'apakah kepentingan blogging ini sebenarnya?'
Keempat. Latar belakang saya adalah teknikal (saya budak kejuruteraan) so, mereka bertanya bagaimana saya melihat prestasi diri saya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan (as a pegawai tadbir)
Kelima, mengenai kesediaan saya untuk bekerja sebagai PT N41 ini memandangkan jawatan ini adalah kontrak 3 tahun dan kita tidak akan tahu bila mana atau bila masa kita akan diserap
Keenam, isu semasa iaitu isu GST sebab semalam kan heboh di TV mengenai himpunan rakyat membantah GST. Apa itu GST?? (boleh pulak aku blur G tu ape, adoi yai). Apa pandangan kita terhadap pelaksanaan GST, kemudian kementerian mana yg seharusnya memainkan peranan dalam menjelaskan isu berkenaan dgn GST ni..
Ketujuh, apa kelebihan yg ada pada diri anda yang membezakan anda daripada calon-calon lain? dan mengapa kami perlu memilih anda?
Last sekali, dorang xdok pon tanye aku 'Ade pa pe soalan yg nak ditanyakan??' haha..
So, berserah kepada rezeki, kalau ade rezeki, Alhamdulilah!!! Semoga ade lah kan, hidup harus positif sehinggalah kite tahu kebenarannya, hihi. At least sebelah kaki dah dalam gomen, pengalaman beb.. pengalaman berkhidmat sebagai N41.
Dah hbis tu, sempat la borak2 skit dgn dorg..borak benda xde kaitan, sebab aku geram nengok muke Puan Penemuduga yg iras Dr. Halina, dah la aku ni minat banget dengan Dr.Halina dan anak-anaknye. hikhik. Tak dapat jumpa Dr. Halina, jumpa pelanduk dua serupa pun rs mcm 'wahhhh' haha..
tapi mmg happening la dalam bilik interview tu.. generasi Y biasalah, kalau gelak, boleh pecah siling tau.=p
Ok lah..Take Care
Subscribe to:
Posts (Atom)
Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...
-
MESTILAH sebab jodoh.. itu dah ketentuan Allah s.w.t.. hehe.. well, pasal ini jz want to share pasal my experienced, itu je.. jz dari sudut ...
-
Assalamualaikum.. Lega sgt lepas habis interview PT N41 pada 2 Mei 2014.. Syukur.. Syukur.. soalan-soalan yang ditanyakan alhmdulilah dapa...
-
Apakah Bahan Tampalan Sewarna Gigi? Bahan tampalan sewarna gigi atau bahan tampalan berwarna putih lebih dikenali sebagai tampalan komposit...