Wednesday, June 29, 2011

Ramadhan mulai 1 Ogos~

DUBAI: Umat Islam akan mula berpuasa sempena Ramadan pada 1 Ogos depan, kata ahli astronomi terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

Ebrahim Al Jarwan, pakar astronomi Sharjah berkata ‘hilal’ (anak bulan) Ramadan dijangka akan terbit pada 30 Julai dan berakhir pada 31 Julai.

“Ia kemudian akan terbentuk kira-kira 21 jam dan 23 minit selepas itu, sukar untuk melihat anak bulan dari UAE tetapi Ramadan akan bermula pada 1 Ogos,” katanya.
Ebrahim berkata, Ramadan pada tahun ini akan disambut umat Islam genap 30 hari. 

“Ini bermakna Aidil Fitri akan disambut pada 31 Ogos,” katanya. 

Kebiasaannya sepanjang bulan Ramadan, semua restoran di UAE dan negara Teluk lain akan ditutup pada waktu siang dan semua penduduk tanpa mengira agama dilarang makan dan minum di khalayak umum. 

Sementara itu, purata suhu maksimum sepanjang bulan Ramadan di negara itu dijangka di antara 38 hingga 42 darjah Celsius. – Agensi 



Salam Israk Mikraj!

Pagi-pagi ni tadi alhamdulilah hujan.. hujan itu rahmat lagi-lagi pd hari ini.. Israk Mikraj.. ..~

Antara kejadian sebelum Isra' Mikraj, Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk"



mari hayati lagu nasyid ini~ HIHI.. POYO JE AYAT,, ehex



Tuesday, June 28, 2011

Lelaki di Malaysia lagi ramai dari wanita sebenarnya!

selalu kita dgr org asyik2 kate ' perempuan lebih ramai dari kaum lelaki..' termasuklah saye berfikiran demikian.. hihi, tp semalam tgok kat newspaper berita harian (27 Jun 2011)..

 " ..lelaki di Malaysia termasuk Pahang iaitu 14,112, 667 org melebihi 13, 453, 154 wanita, perbezaan sebanyak 659, 513 tu!!! 

jadi.... jadinya.. sah-sah la kan, statistik ini menafikan tanggapan pihak wanita di negara ini melebihi lelaki.. hihi, xde alasannya kome nak kahwin lebih dari 1 semata-mata nak kate perempuan lagi ramai ok~ =p



Friday, June 24, 2011

Kak Lehot.. aih, ceredit mulut kitak lok.. haha..



"kedekut taik idung masin bergolong-golonggg" hahaha... nang pure sarawak la kak lehot tok, adoheh.. haha.. ILIKE! nang inggar nyawa ku nenga lok, haha..  


part last2 luchuuuu " mun ku nereka muka ko sia baruk tauk, ko tek kachak????? haha..


"inggar" --- meluat


Wednesday, June 22, 2011

saye rase mcm nak belajar jahit balikkkkk la! hihi

Dulu lepas SPM, my mami nta saye g kelas menjahit dgn my auntie.. hehe.. dekat nak sebulan jugak r.. baju yg sempat aku jahit ade 4 pasang, satu bj kurung biasa, satu laie baju kebaya, then blouse, pastu bj melayu.. hehe.. dah pulak lepas tu aku dpt offer matrik, so semuanya terkubur layu jek, bakat yg baru nak manje2 nak melekat dlm jari jemari aku ni lesap gtu jek.. hehe.. tp rase kalau diberi peluang, aku ingat lek rasenye... hehe, cuma i dont have mesin jahit maaaa... hehe.. plu my notebook hilang da~ huhu...


Nape tetiba aku rs nak revise balik ilmu menjahit aku???


Aku rs lagi jimat kalau jahit sendri.. dr bagi kat kedai harga dlm RM30-40.. huhu.. lagi2 aku ni jenis pantang tgok kain lawe2, beli.. dah beli tu mula r dlm dilema.. nak nta p mane.. huh... so aku rs baik aku asah balik ilmu menjahit itu, tp utk jahit bj sendiri je lar.. hik..hik...n aku ni pantang nak siap cepat je kalau wat baju so baik wat sendiri.. hehe..


x rugi jugak, pasal kot2 dah kahwin t leh wat baju utk famili sendiri..hihi, best2.. nak koya jap~ ehex


p/ :ni aku tak tau la sm ada hangat-hangat ke tp insyaAllah ade peluang, aku mmg nak! hihi.. 

Kebizian melanda dirinya.. ~

esok Malaysia lawan Lubnan, hehe.. harap2 dpt ler skor ek, jgn 0-0 lagi sudah.. hehe.. mcm x bernafsu jek aku nak ulas pasal bola ni..alahaiii.. hehe.. aku minat tang nak masuk gol jek, bile main kat tongah2 tu, aku malas da nak lyn, pasal pe minat tang gol jek?????? haha.. tp tgok jugek r sape yg jage gol tu kan.. hihihihi


utk dinasour pulak.. kenang daku dlm doamu dan dalam kesibukanmu.. selalu..  always tau sir! cewah, sob..sob.. hehe..


hari ini kepala pening lagi... lagi..dan lagi.. rs nak makan roti canai kaye jek... sape la yg 1st 1st ajar aku makan roti kaya ni ek, hahaa..  mengigil jek klu teringat inti kaya tu, gulp... najibbbbb.. =(


uk pic yang mengiurkan ini, haha...

Tuesday, June 21, 2011

"jangan bercinta lama-lama"

Sumber Harian Metro


KUALA LUMPUR: Bercinta terlalu lama sebelum melangsungkan perkahwinan antara punca utama mendorong ramai pasangan suami isteri mengambil jalan perceraian sekiranya berhadapan sebarang masalah.



Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah berkata, percintaan mengambil masa bertahun-tahun menyebabkan rumah tangga hilang kemanisan dan tiada makna, ditambah segala dosa pernah dilakukan ketika bercinta. Beliau berkata, perbuatan zina sebelum kahwin juga menjadi faktor pasangan mudah bercerai berikutan mereka tidak dapat menghargai pasangan serta perkahwinan sebagai anugerah Allah.


“Pergaulan bebas menyebabkan berlaku zina dan ada yang berkahwin semata-mata terlanjur sedangkan ia dilakukan secara terpaksa kononnya hendak bertanggungjawab atau menjaga maruah, maka dengan mudah mereka mahu bercerai sekiranya berlaku sebarang masalah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Robiah berkata, selain itu, faktor pasangan curang atau suami dikahwini sudah berkahwin juga faktor keruntuhan institusi perkahwinan.


Beliau berkata, pasangan yang bermasalah juga terlalu mudah melafazkan kata cerai sedangkan mereka tidak pernah merujuk terlebih dulu kepada kedua-dua orang tua untuk nasihat atau pakar kaunselor menyelesaikan pertelagahan.


“Ada yang baru enam bulan berkahwin sudah berubah hati dan rasa tidak sanggup lagi hendak meneruskan perkahwinan berikutan mereka ini tiada ilmu belajar hidup berdua, berkongsi, bertolak ansur dan menerima pasangan seadanya.


“Ada juga bercerai kerana duduk berjauhan sehingga pasangan main kayu tiga.


Beliau berkata, pasangan perlu belajar hidup berkongsi, bekerjasama, menerima pasangan seadanya, bertolak-ansur dan tidak sekali-kali mengungkit, ikhlas dan tahu mengurus emosi.


“Tidak kurang juga campur tangan pihak ketiga, selalunya daripada ibu bapa yang menganggap anak mereka tidak tahu apa-apa dan mengajar hingga akhirnya anak bercerai,” katanya


sekadar perkongsian~


Di dalam artikel saya sebelum ini, saya berkongsi nasihat dengan adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat ‘ringan-ringan’ sebelum berumahtangga akan menghadapi kesannya di masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumahtangga, si suami akan terfikir, “jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaan yang sama. Akhirnya rumahtangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh. Inilah yang maksudkan sebagai “dosa hari ini, menjadi kecurigaan esok dan selamanya” ketika menulis artikel “Erti Sebuah Perkahwinan“.
Ia bukanlah teori saya, tetapi sebahagian daripada pengalaman yang dikutip semasa mengendalikan kursus bersama Fitrah Perkasa. Pasangan yang pernah berzina sebelum bernikah, akan dihukum oleh Allah di dunia, sebelum hukuman Akhirat. Apakah ada ketenangan hidup, jika rumahtangga diselubungi prasangka? Itulah neraka dunia balasan zina, sebelum neraka Akhirat yang maha seksa lagi duka.

 Saya telah bertemu dengan banyak contoh pasangan yang sudah terlalu lama ‘mengikat’ hubungan tetapi lambat menuju perkahwinan, akhirnya kecundang di tengah jalan. Malah ramai yang berubah menjadi musuh. Hal ini, janganlah terlalu cepat dikaitkan dengan dosa, sebagai ‘hukuman dari Allah’ kerana pernah ada cela zahir atau batin antara kedua pasangan itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang terlalu lama kenal tetapi tidak menyegerakan perkahwinan, akan dengan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fitrah perhubungan itu sendiri.


Pesan saya kepada adik-adik di kampus, dalam soal perkahwinan ini, JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com


56000 Kuala Lumpur

Thursday, June 16, 2011

Gerhana bulan 16 Jun 2011

Total Lunar Eclipse
buke je "google" pagi tadi, tgok2 dah ado bulan di situ.. aku dah rs mcm aku terlepas 'sesuatu'.. pagi tadi gerhana bulan maaaa.... waaa.. ca ne le aku terlepas tau ni.. busy sgt kot dgn kepenatan yg x hilang2 lagi.. ceh.. huhu.. 


gerhana tu terjadi among 3-5 pagi.. mmg sah2 r tidur mati.. huhu.. 


mengapa terjadinye gerhana bulan????



haaa.. ini disebabkan bumi berada pada kedudukan tengah2 antara bulan dan matahari.. jadinye bumi ini menghalang laluan cahaya matahari untuk sampai ke bulan.. jadi bumi akan terasa gelap pada saat matahari, bumi dan bulan pada kedudukan garis lurus..


Seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW, umat Islam di sunnahkan untuk melakukan sholat kusuf (Sholat Gerhana) secara berjamaah. Berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari ’Aisyah r.a. bahwa Nabi SAW Bersabda: 


Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukan karena kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bershalatlah.

Wednesday, June 15, 2011

membuang masa bersama bff-ramziyah di Kuala Lumpur


Isnin dan selasa, aku spend masa dgn my bff ni.. hihi, walaupun penat p Kedah x ilang2 lagi tp utk kitak, kamek sanggup, haha.. geng keras ni,, hihi..

hari isnin tu, kami p MINES, cr beg NIKE yg dikirum oleh ex-opismate (si Dauz).. punye la carikkkk.. hoho,,, nak nak lg x ori punye, haha.. gni la kan, bile kite xnak beli n x carik, berlambak je ko jupe, tp bile niat mmg nak beli, teng2 pulak x ado.. jadik susah mena nak carik ek.. hoho..   then carik t-shirt ANGRY bird lak.. hoho, nape ANGRY bird sgt pemes ek?????? berusaha jek carik tshirt tu, akhirnye jupe jugek dokek downtown mane ntah.. huhu..

so, where r we going NEXT????? haaa.. hari selasa pagi tu, aku drive g ampang, pastu dr ampang g shoping kat Jalan TAR.. hurm.. aku bile p jalan TAR, x sah kalau tak rembat tudung.. woooo... rambang mate der.. so aku rembat 2 tdg n 1 shawl.. x pasal2.. tp kan aku berkanan bangat ler dgn satu kain ni, xpa2.. next time aku serang lagi.. kain raye pon x beli lagi noi, cewah... haha.. 

Haaa... ni nak citer pasal pemborong tudung kat Jln TAR, "AMIZA colection" kedai ni dokek area KAMDAR tu, byk sgt tudung bawal, yg sulam, batu2, dari kelantan, sgt murah jugak tu, haha..  lagi2 cik adik yg jual tu pun oloh molek jek melayan.. haha.. suke2.. t cek mai lagi naaa... hihi..

tomey nye kamuuu.. hahahaha...

dah penat kaki g jalan2 teruih anta bff  g KLIA, makan Mcd kat sane.. nak singgah tmpt lain takot t tergesa-gesa lak nak g airport, so terus melepak temankan makcik kat ctu.. haha, aku terbiasa da panggil dia ni as "makcik", even kat kedai2 pun,hahaha.. sori makcik making u mcm dah tua maaaa... hee.. 


Majlis Perkahwinan Melati & Melancong2 bersama ex-coursemates

Catatan perjalanan kami..  Alhamdulilah pergi dan balik dgn selamat.. 

Jumaat (10 June 2011)

-- aku, mimi & vilah bertolak dari sg.tangkas ke umah Ayu kat Rawang.. so, tunggu ayu balik dr keje, makan murtabak n cakoi (walaupun ini x penting tp aku nak gak gtau, tq ayu sanggup g pasar mlm beli mknn.. heee) pastu.. solat2.. bertolak ke tjg malim jumpe dgn geng satu lagi..hahha.. kak pah, mami rubi dan cik jeni~ jadinye kami pon terus ler bertolak ke Taiping coz ktorg nak tompang bermalam kat umah pah.. jimat r cket..hihi, dr taiping ke tmpt pengantin Sg.petani pon dah dekat da.. x apai 2 jam pun.. so lagi elok r kalau kami ni dok kat umah pah, terima kasih makcik, pakcik syed naaa..sudi kasi kami dudok menumpang wat bising kat umah.. hahaha..~

 credit to camera "ruby".. (b, mane gambaq2 lain????)

Sabtu..

--pepagi tu berangkat ke sg. petani..gerak dgn ateh & zai..  pengantin cantikkk sgt dgn tema kaler ijau pucuk pisang..huhu, bila la time aku pulak nak merasa cenggitu ek..hihi, well, melati n husband padan sgt, ado iras2 pulak tu, semoga dikuatkn jodoh ek, hingga ke akhir hayat~ ^^

credit to "ruby"

--lepas tu, kami berkonvoi dalam 6 buah kereta g pulau jerejai.. (dulu namenye Pulau banduan)  haha.. kete pah, kete yan, kete mimi, kete amir, kete ateh, kete paan. ok, cukop 6.. haha.. sangat best pulak bile konvoi ramai2 gni, haha... syokkkk sgt.. hihi. pastu lalu jambatan Pulau Pinang, first time ni, sgt cantik pemandangannye tau.. hoho.. then, g singgah Jeruk Pak Ali, aku pe lg rembat r jeruk pala, haha.. feveret famili aku tu... hihihihi.. cedapppp... 

--balik dr Pulau Pinang, berangkat balik ke Taiping (umah pah).. malam tu, siap2.. g Night Safari dokek Zoo TAIPING, sgttttt best tp x puas..huhu. yg peliknye kan.. tiket masuk RM16/each, n tetibe lak akak kaunter tiket tu tanye, "ade x org taiping dalam geng korg tu?????"..kalau ade, harge tiket jadik RM11 jek, diskaun.... WAH!!!! boleh pulak bersifat KENEGERIAN gtu.. sabo je la.. huhu

Ahad

--hari terakhirrrrr.. pagi tu konvoi 3 bijik kete g Cameron Highland!!!!!! wahhhhhhh,, sgt kecut perut dan sgt sakit jantung drive kat ctu.. huhuhu..jalan sempit2, berpusing2..tawakal je la time naik tu.. huhuu.. lagi2 time berselisih dgn bus yg besarrrrr.. tayar kete mmg tepat2 kat atas tebing tu haaaa... takot bile nak imagine, nasib baik selamat... alhamdulilah, kalau parent aku tau ni, mampuih kene leter..huhu.. balik tu dak2 lelaki yg drive kete.. huh, seram... ah, kat cameron, ktorg masok dalam tmpt penanaman strawberry.. petik2 n makan2.. hihi...

credit to"Ateh"

dan akhirnya balik ke Rawang gune jalan Tapah yg berpusing.. aku naik mabukkkk da mase tu, pening2.. huhu.. g makan kat umah Ayu (Thanks Mak Ayu, masak tomyam, ikan sardin, kentang goreng utk kami... sgt lapar ok.. dr pagi tu makan mi jek , x makan nasi lgsg pon..haha) then dalam pukul 11.40 gtu sampai UKM, aku mang tido mati, sodar2 jek..dah sampai, haha... Dasar jadik penumpang, mmg aku tau tido jek..hihihihi~

dan...kos perjalanan minyak, tol tak sampai RM 250.. heee... sekian


Thursday, June 9, 2011

makanan yg MAMPU buat saye angau...giler..giler.. sgt..

huhu.. kuat dugaan berpuasa hr ini, sabo je la, bak kate Dinasour, nak marah simpan dulu, esok2 br luah.. hehe.. xde nye.. mane la hamba mampu nak marah2.. kene marah balik jawabnye.. hik2..

Makanan yg saya suka n selalu idamkan.. nape saye post mende ni, saje nak sodapkan hati den yg lare ini.. hehehe..

First, always TOP in my list..


credit to http://bronmarshall.com kerana pic ini menampakkan tekstur kek cheese yg sy idamkan.. pekat, padattttt..berlemak-lemak... lembut.. wah, puas n x ingat dunia kalau dpt niiii.. haha..

tapi kan tak suke kek chesse SR, x kene dgn selera.. hurmm...ntahla..DISLIKE x 2



ni pun saye selalu angaukan.. credit to http://eatfoodrecipe.blogspot.com sebab coleslaw ni nampak sgt fresssssshie..makan dgn nasi gtu jek pon dah puas.. alhamdulilah.. hehe



pastu mee jawe... wah, kalau kat Kuching, Sarawak..mee jawa paling masyuk kat "bimmers".. sampai bermangkuk2 aku leh belasah tauk.. hehe.. pic ni credit to http://www.travelpod.com..

pastu...

sangat suka SUNDAE McDonald cicah strawberry!!!!! waaa... kalau dpt makan, tu rs mcm ..wah..wahhhhhh... haha.. muke cover tp dalam hati, berbunga2! haha..





credit to http://ned-1199.blogspot.com for this CLEAR texture  picture of sundae!!!!! Hihi, saye mmg mementingkan tekstur ok.. itu lagi terliur.. haha.. OFF~

eh..eh ade lagiiii..pantang ah kalau aku lupe list kan ini makanan.. hehehe



haaaaa... credit to http://salamdariborneo.blogspot.com .. mangga muda cam ni pon saye angauuuuu...lagi2  yg manissss dan rangup2 manje itu.. tu yg palinggggg saye angau ok.. =p

GUARDIAN, WATSON and me~

Assalamualaikum.... salam hr khamis, sy puasa hr ini.. hihi..( xpasal2)

ok.. skrg ni GUARDIAN sedang mempromosikan brg2 nye sempena "Splendid 44th anniversary celebration".. tp syaratnye mesti donate RM5 to get a charity booklet or "kupon" 30% utk certain brg uch as.. maybelline, bio-essence, nutox, clinelle (aku pengguna tegar produk ini), lip ice, oral b dan lain-lain lg..poyo je ayat.. hehehe..  nak dikatakan cerita, aku rs xtau nak wat pe dgn kupon2 ni, niat nak bg kat member2 kot sebab bulan ini sy tidak dpt berbelanja sakan kat guardian as usual hahaha.. bajet manyak lari maaa... dan dan lg nak g kedah  esok.. (my ex-cosmate kahwin.... hihi).. adoi.. tp syg la pulak.. rase nak simpan je kupon2 ni.. lagi-lagi kupon2 30% ni sah sehingga 22 june ini sahaja.. aiyak, gaji bulan jun pun x masuk lg ni... x menyempat ler mak nak merembat gune kupon..


guardian-anniversary-a-2011-EverydayOnSales-Warehouse-Sale-Promotion-Deal-Discount

well, aku selalu dlm dilema dgn menda kat atas, hahaha...dah namenye guardian tu tmpt aku selalu bertandang, cuci mate.. so bile dak cashier tu usung jek baucar diskaun pa pe.. terus jek nakkkkk.. balik tu br menyesal.. adoi.. huhu.. lepas ni tgok betoi2... kene buka booklet tu satu persatu, tegas sket, haha..tp memandangkan RM5 itu is donation for "Women's Aid Organisation, World vision, National kidney aku rs mcm berbaloi.. charity kan, sekali sekala..kite ni selagi diberikan kesihatan oleh Allah kene la berbakti pd golongan yg tidak/kurg berupaya walaupun sedikit..  tp pa pe pon, aku tetap salahkan cashier tu, dia dok tekankan 30% tu je... awat tak habaq jek ni utk donation bg pertubuhan2 di atas, x pasal2 aku jd x ikhlas mule2 tu.. hoh... 

dan skrg selain dr kupon2 guardian, aku jugek ade kupon2 watson.. RM12 klu x cilap, then dpt booklet lg.. yehaaaa.... same probs, tp ni pasal nak dptkan kad watson, so no hal la..cuma membazir sj x digunakan pasal kebanyakn jenama produk tu, eh rase2 mcm semua produk tu  mmg aku tak guna.. mak aiiii... rugi jek.. 







Tuesday, June 7, 2011

Yayasan biasiswa Tunku Abdul Rahman kemasukan 2011-2012 dibuka utk warga sarawak sehingga 29 julai 2011

bagi anak-anak negeri Sarawak yg menlanjutkan pelajaran ke peringkat master atau PhD sama ada dalam atau luar negara sila-sila try apply biasiswa ini ye.. tp dgrnya biasiswa ni agak mencabar kalau nak dpt.. huhu.. pekerja kat ctu yg bagitau, kene ade akademik yg cemerlang, berdaya kepimpinan dan aktiviti kokurikulum pun diambil kira.. tp rezeki, who knows kan.. 


klik ke laman ini----- http://www.postgradasia.com/scholarships_and_funding/yayasan-biasiswa-sarawak-tunku-abdul-rahman-ybstar-scheme

Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...