Monday, November 13, 2017

Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak yang delay speech ni kebanyakannya disebabkan oleh perkembangan gerakan mereka tidak berlaku mengikut graf pertumbuhan yang disarankan. Rata-rata parent yang ditemubual pun cakap anak dorang skip merangkak, meniaraplah dan terus berjalan. So kiranya boleh diterima pakai la kan hasil daripada temubual ni..


Bayi perlu kuasai dan mantapkan setiap kemahiran satu demi satu, perlu meniarap dahulu, kemudian merangkak dengan lajunya, dan kemudian duduk dan seterusnya daripada duduk terus berdiri dan berlariiiii.. masa ini memang mummy, daddy, grandpa, grandma akan bersorak melompat kegembiraan wah sampai begitu sekali.. haha..


So anak saya, Haris.. dia tidak merangkak mahupun meniarap.. memang langsung tidak, terus ke duduk dan berdiri berjalan satu satu jatuh... bangun lagi jalan-jalan dan terus berlari pada usia 13-14 bulan mcm tu..  mmg dgn jelas lagi bersuluh, graf pertumbuhan tu dia skip. Jadi ternyatalah sekarang Haris pun mengalami delay speech, tetapi tetapi alhamdulilah sekarang Haris menunjukkan minat ikut apa yang kita ajar dia, haha.. mummy sukaaaaa...

dia dah mula ikut nyanyi walaupun bunyi tu just sekadar heyyyyyy eyyyyy yeyyy.. tapi mummy tahu haris tgh follow melodi lagu tu..  sejak 2 minggu yang lepas la.. skrg Haris nak masuk 2 tahun 4 bulan.. dah ada bunyi cakap byeeee..hiiiiii..dengan lenggoknya bunyi manja gtu..



kalau sebut pokok, dia boleh cakap "ok", "ok".. bukan okay ye kawan2, ok okkkk.. sebut betul2, hahaha. Kalau lalat pulak dia sebut yat, mummy swear mummy tak ajar pelat okay, mummy tuturkan dengan jelas lalat.. cuma haris menuturnya dgn pelat, tak apa sayang, sikit2..mummy yakin haris boleh!!!!!! kalau kita cakap tak tahu, tak tahu.. dia akan mentioned "au".."au".. ahaha..


Mummy suka sebab Haris dah mula tunjukkan variasi pada pertuturan.. itu yang penting, selalu rangsang dan make sure masa kita tuturkan, anak kita tengok muka kita dan mulut kita.. baru dia dirangsang untuk follow words itu.. kita pulak kena cakap dengan jelas dan lantang.. cakap sepatah demi sepatah.. baru senang dia nak ikut...


Selain itu boleh dedahkan pada video lagu kanak-kanak yang dia suka, mcm Haris dia suka lagu opening Boboboy Galaxy dan Omar Hana.. bukak je lagu yang dia suka, insyaAllah akan adalah bunyi bunyian daripada mulut dia, nak ikut nyanyi sekali la kononnya, hehe.. sungguh gembira sgt bila dgr Haris follow, rasa mcm dalam mimpi, sebab selalu jugak mimpi haris nyanyi and bercakap, haha.. see..kita perempuan banyak berfikir sampai termimpi-mimpi..


So mummy yang ada kesayangan yang delay speech, jgn risau.. kita usaha sama-sama... dan doa jangan lupa. Pandang wajah anak dan titipkan doa.. doa ibu sebaik-baik doa kan. InshaAllah..




Positifkan minda, jangan buang waktu dengan berfikir yang negatif!!! hihi..







Thursday, November 2, 2017

anda ingat saya ada masa untuk sakit kepala



Cabaran yang ada bila dah ada kakitangan di bawah anda.. antaranya bagaimana untuk bercakap mengikut gaya penyampaian dan pemahaman mereka..


setelah hampir 4 bulan berkhidmat, saya selalu ada masalah ini. Berkemungkinan sebab biasa bercakap dalam laras bahasa saintifik atau biasa bercakap dengan kawan-kawan dalam komuniti yang sama atau saya bercakap dengan laju atau yelah semua kelemahan dtg dari saya la tu, haha..


they came to me and talk, bercerita panjang lebar and then saya concludekan in a short way, tetiba..

"bukan puan, bukannn..bukan begitu"

They start story telling balik, then I pun layan, still I got that same conclusion. Sometimes, I just okay, okay. Kalau nasib baik, adalah seorang penyelamat akan interrupt, "betullah apa yang puan cakap tu, itu la yg puan maksudkan, then baru la insan-insan ini macam "ehh, aah lahh..okay"


Thank you dear, fuh...
I rasa dorang nak menang, ego staff senior kan..hihi..


jadinya, saya terasa jugak ada masalah kepercayaan memandangkan sy org baru kan, tetapi point yang saya faham is usually betul! ini berdasarkan pengalaman banyak kali.. its simple tetapi story telling membuatkan ia nampak susah, they keep berpegang kepada what story they told me. I hantar korang semua g genovasi je lah kan. tapi apakan daya budget takde.


sometimes, I asked question just to get a clear answer or just to confirm my view, and guess what it was very difficult for me to get a direct answer.. i need them to story and explain why..why..why.. barulah i faham. hahaha, funny kan,nasib la saya pergi menuntut di genovasi, they taught me on how to emphatise and the need of "dig more". hahaha..omg



so, do I need to learn on how to downgrade my language.. the way I am asking and the way I should response back to their story? urgh, bekerja di daerah bukan sahaja perlu handle kerja hakiki, tetapi to make sure kerja hakiki itu disiapkan dengan sempurna you need to hear their story telling.


So stress..


This is what I I felt after 4 months working in small district. I miss my friends so muchhhh! lonely sangat rasanya  la haiii.. haha..




I need to learn


Please la hidup dengan ringkas dan mudah. KPI saya..


"Leave me alone stress"

















Tuesday, October 31, 2017

Haris Firdaus dan terapi pertuturan

Haris dah menjengah 2 tahun 3 bulan setakat ini dan perkembangan bahasanya masih tidak berkembang lagi, nak sedih tak la sedih sebab yang penting beliau sihat. So kena refer dengan terapi pertuturan di Hospital Kuala Pilah.

Haris masih lagi sebut satu satu perkataan, belum bisa guna dua perkataan, kalau nampak kedai makan, "mamam", nak makan pun "mamam"... nampak seekor kucing, nyau..nyau.. nampak bunga, "bunga" so mmg belum boleh gabung 2 perkataan.. kebolehan yang lain byk berlari-lari, menjerit, sengih, gelak tak ingat dunia and mengunyahhh, pantang ada plastik makanan mmg berlari-lari nak ambik.. haha..


So hasil terapi hari tu, alhamdulilah.. eye contact okay passsed! kebolehan mengajuk atau meniru pun passed! cuma bercakap je lah masalahnya.. so mama and abah kena la bercakap dengan haris kerap sekerapnya, semasa main pun kalau boleh main dengan bercakap, jangan senyap je. Rasa mcm dibu ini bersalah pun ada jugak sebab meninggalkan Haris berdua dengan abah utk ke kursus sehingga delay speech mcm ini. huhu, dugaan. Ini Allah nak bagi mama ilmu baru kan. Alhamdulillah.

Dari segi kebolehan meniru mmg Haris suka sgt.. dia hanya buat apa yang dia suka sahajalah.. kalau dia tak suka, tak berminat mmg dia takkan sebut perkataan itu, haha.. misalnya, Omar dan Hana, dia sangat suka so dia boleh sebut Omarrrr.. kalau kartun boboboy galaxy tu pun dia suka, dia suka sebut part "Hey..Hey..Hey Hey..." haha.. senang kot.. takde masa nak pening kepala ye haris nak sebut yg lain, kahkah.. sabar je la dibu ini.


Kadang-kadang bila bawak Haris jalan-jalan pun, ada jugak la beberapa orang tegur, eh belum pandai cakap lagi.. ni mesti anak manja ni, omg..haha.. ini banyak kali sampai di telinga saya. haha, anak manja, anak lelaki memang lambat bercakap. Ayat-ayat ni pun sebenarnya membantu menyenangkan hati seorang mama sebenarnya, hehe so at least suatu hari akan sampai juga masa dimana Haris akan petah berkata-kata..


tapi memang Haris ni manja orgnya.. haha. Love you sayang!!!!! 



Next appointment adalah pada bulan Januari 2018.






 


Tuesday, July 18, 2017

Group Integration (GI) Kursus DPA

Sebaik sahaja daftar sebagai kadet PTD dan check in bilik di INTAN, pada waktu malamnya diadakan taklimat dan ice breaking sesama 380+ kadet PTD. Memang ramai dan meriah. Masing-masing malu-malu lagi dan jalan pun control je. ahahaha. Pada masa itu, ice breaking diadakan dengan menggunakan serpihan kertas  yang mengandungi lirik lagu kalau tak silap (inilah jadinya kalau lama sangat simpan cerito haaa). So apabila pemegang-pemegang bagi puzzle itu berjumpa dan bersatu maka lahirlah group integration GI utk batch kami. haha.. aku punya group dapat lagu 'I believe I can fly"

Keesokan harinya, maka kami semua naiklah bus untuk ke Kem Princess Haliza, dalam keadaan diri ni masih tak percaya lagi yang diri ini telah mendaftar dan meninggalkan anak yg kecil, kaki tetap melangkah jugak. Untuk ibu-ibu yang masih breastfeed anak-anak, so pada masa GI selama seminggu ni kena la cari masa ye untuk terus mengepam susu, kalau tidak memang bengkak. Alhamdulilah aku sempat je pam pada waktu rehat. Pandai-pandai manage time ye ibu sekalian. Tapi susu pam tu mmg untuk dibuang lah memandangkan peti sejuk tiada.. ~ dah namanya kem kan. Tengok susu itu dibuang pun aku rasa sedih mengenangkan anak. Pada masa ni memang dilema jugakla sebenarnya. (to be frank, sampai sekarang, aku tak sangka aku dah melepasii kursus kadet ni, rasa mcm tak percaya)


Masa GI tu pun seriously aku memang tak berapa nak happy dan tak boleh nak happy, yea lah ibu tinggalkan anak 10 bulan dan suami. Mood memang down giler.. Setiap saat fikir anak, sebelum tidur.. makan.. semua perkara aku buat, aku ingat anak.. Allah pilunya hati Allah je tahu.  Nak menangis bila teringat.. Rasanya hanya ibu ibu je yg memahami dan tahu perasaan ni..


Okay, lupakan kesedihan yg lama. hanya menambah luka dihati. hehe.


Semasa GI ini, apa yang kami buat adalah aktiviti berkumpulan seperti menyanyi, menari, berlari, makan, minum, merangkak, main air, memanjat, lompat-lompat, rewang masak bersama-sama.. pengalaman pertama aku tangkap ayam hidup semasa ini. Nasibla kumpulan aku bertugas utk tangkap ayam je, lepas tangkap ayam, ayam tu bagi kat satu group untuk disembelih. hehehe.. nasiblah hai..~ hehehe


Semasa GI ini juga, ada seorang penghulu dan penghuluwati dilantik oleh suara majoriti peserta kadet. Sebelum itu, aku ingat lagi kami diminta untuk rank kan diri sendiri dari 0-10, aku pilih of course nilai yg tengah2.. tapi ade seorang kadet itu, dia nilai diri dia 0.. Allah, terasa kerdil pulak diri masa itu. Justifikasi 0?? kerana segala-galanya milik Allah s.w.t. siapalah kita hamba yang kerdil lagi hina ini. memang tersentak bila dengar itu. Alhamdulilah tersedar dari duniawi yang sementara ini. Kalau tak silap, yang rank diri sebagai 0 itulah yang jadi CEO bagi penggal pertama batch kami. hihi.



Hasil daripada GI ini, of course ukhuwah terjalin sesama kumpulan itu. selepas itu ke mana-mana pun bersama kumpulan itu walaupun berada di INTAN. hehe.. yea la, nak kawan dengan siapa lagi kan.. tapi aku?? haha..aku ni pelik sikit kot, susah nak buka hati pada orang kecuali suami, so suram-suram sejuk je, lebih suka bebas. hahaha atau maybe disebabkan oleh mood yg sedih itu. Kalau hati dah sedih, buatlah mcm mana pun, tetap sedih. huhu.


Tips untuk GI, kena manipulasi emosi. Jangan emosi. Kawal emosi. Oh ya, perlu bijak juga dalam menyelesaikan misi-misi semasa ekplorasi. Dan juga perlu ada sense of humour untuk Malam Kebudayaan acah acah semua group kena buat persembahan. Jangan malu-malu. Keluarkan bakat yang ada jika ingin berjaya ewahhhh. Buat persembahan ini akan jadi kerja sampingan kau bila pergi modul fizikal di luar nanti ye.hehe.




Tapi terpulanglah pada keupayaan sendiri. Perjalanan kadet masih jauh lagi. GI ini cuma permulaan je..








Thursday, June 29, 2017

Ceritera Haris


My precious Haris.. Kesayangan dan Kegembiraan abah dan mama.. Hari ini barulah ada masa nak upload gambar haris masa kecik.. mana la mama tak sedih tinggalkan dia masa umur baru nak masuk 12 bulan.. 



 Ini rasanya ketika Haris berusia 6 - 7 bulan..suka berjalan-jalan, alhamdulilah senang dibawa ke mana-mana, cuma setakat ni belum pernah lagi bawak Haris pergi tengok wayang. sebelum haris lahir, mmg kaki wayang laki bini haaa...



 Haris dan sepupu, Duratul. Beza umur 2 bulan je.. hehe. Dua-dua debab montel masa ni



Tengoklah kemontelan saya, memang selalu kena penampo manje dengan sesiapa yang melihatnya. 



 Dari kecil lagi murah dengan senyuman, haha.. masa ni first time haris tidur atas buaian.. kalau betul-betul ngantok, memang degan sendirinya tutup mata..




Muka cina sangat, pagi-pagi selalu kena punggah g pasar sampaikan makcik jual santan pun kenal dengan haris ni, haha.. kadang-kadang garang woih.. takut mak..



Haha, bila lagi nak kena buli macam ni. sekarang, letak tuala kat kepala pun dah rimas, nangis-nangis tak nak. 

Agak-agak Haris ni mirip wajah siapa ye? masa hari pertama lahir je, kakak ipar terus cop wow, sebijik muka abahnya, kahkah...bajet comel la bapaknye masa kecil dulu ye. Tapi part mata tu, kawan2 kate mcm i.. heee... tapi perangai memang ambik perangai mummy.. sorry la hubby, hehehe. bertambah isi rumah yang kuat merajuk, sensitif.. hee..




Semoga Haris dikurniakan kesihatan yang baik dan jadi anak yang soleh, berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Amin. 





Refleksi Kursus Kadet PTD 2016

Dalam previous post aku ada mentioned yang selama 10 bulan aku menghilang pergi kursus Kadet PTD. Kursus inilah yang wajib dihadiri sebelum dilantik menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Tetiba aku teringat pesanan daripada senior PTD tahap jusa, beliau menyatakan bahawa yang membezakan PTD dengan skim perkhidmatan yang lain adalah the way we react and think. Contohnya, sekiranya ditanya 1+1 =?. Semestinya skim yang jurutera misalnya akan cepat-cepat jawab 2 sambil cakap alahai senangnya soalan dan maybe ada yang lagi hebat jawab 4 atau 6.. manakala PTD pula takkan cakap jawapan 4, 6 itu salah tapi PTD ni akan fikir kenapa dia jawab 4.. (ini seperti pembelajaran di Genovasi) dan PTD jugalah yang akan terangkan kenapa jawapannya 2. Jangan cepat menilai sesuatu perkara. Kaji dulu dan cari cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. Itulah konsep diplomasi, selari dengan nama perkhidmatan tadbir dan diplomatik.

Selama 10 bulan, 7 bulan di INTAN Kiara dan INTAN Jalan Elmu manakala berbaki 3 bulan di Sarawak Bumi Kenyalang. Rasanya kami amat beruntung diberi kesempatan untuk berkunjung ke Sarawak sama juga seperti batch Lantera sebelum ini ke Sabah.

Secara peribadinya, apa yang boleh aku simpulkan adalah;

Bagi diri saya yang pernah berkhidmat sekejap selama 2 tahun dengan government sebelum join kursus, at least saya tahu apa yang saya perlu fokuskan, apa kelemahan diri saya yang perlu saya perbaiki dan bila belajar saya boleh bayangkan oh benda inilah yang dulu aku tak tahu, oh macam ni ke.. haa.. memang acapkali jugaklah aku mcm ohhhh ooooo.. haha. Poyo sgt. (hahahha).

My favourite subjek, Pengurusan Sumber Manusia (PSM) sebab sebelum join PTD pun, aku memang menguruskan bahagian PSM di sebuah Jabatan di bawah kerajaan negeri. aku bermula dengan zero knowledge.. apa pun tak tahu. Tapi alhamdulilah, senior PTD yang aku jumpa kebanyakannya sangat sporting, happening dan sangatlah membantu!!!!

Apa yang aku suka bila kerja dalam PSM adalah aku boleh dan mudah untuk mengenali semua orang, tahu core business Jabatan dan secara tak langsung, you akan tahu peranan setiap bahagian dan unit sebab kita selalunya akan jadi urusetia kepada mesyuarat Jabatan. Kalau dalam PSM, u kena learn untuk SAYANG people and treat them seperti mana yang u nak orang layan u. Be responsive and active. Kalau u pegang konsep ni. orang takkan cakap PSM ni itu ini yang itu yang ini. Hidup PSM gitu. Tetapi ada senior yang cakap, bila masuk PSM ni automatik perangai pun akan berubah jadi lebih roarrrrr.. sebab berdepan dengan banyak karenah staff. Tak boleh berlembut sangat dan tegas pun kena bertempat. Berhadapan dengan manusia memang akan melibatkan permainan psikologi jugak gamaknya.

Dari segi aktiviti fizikal pulak, alhamdulilah so far takde apa-apa kecederaan sepanjang modul polis, tentera, bomba dan OBS. Semua seronok tetapi untuk pergi buat kali kedua, saya perlu mempertimbangkannya dengan sebaik baik baik yang mungkin. hahaha... Tips, jaga diri, jaga setiap pergerakan, hati-hati, ingat badan nak pakai lama.. dan akhir sekali buat yang terbaik.

Kesemua modul itu kita tak boleh nak bandingkan yang mana susah yang mana lagi mencabar. Masing-masing ada keindahan yang tersendiri. hehe. Tetiba rasa lega sangatlah sebab dah lepas kesemua modul. Rasa mcm tak percaya pun ada sebenarnya. Tips; layankan aje. Ini memang tips turun temurun okay. haha.. daripada batch senior M44 pun pesan yang sama, layankan aje. hehe.

Sebelum menutup tirai ceritera hari ini, satu lagi pesanan.. jaga silaturahim sesama ahli kumpulan. Oh ya Batch kami pula namanya Kenchana, sebuah kerajaan lama yang utuh dan kuat pada masa dahulu. Kumpulan kami namanya Prota. Kumpulan inilah yang bersama-sama dan paling rapat dengan kita sepanjang kursus. Tidur (dalam kelas) bersama, makan bersama, lari bersama, nyanyi bersama, menari bersama, bergosip bersama.. haha..merekalah dunia kita ketika kursus. Bonus bagi yang berbakat seperti pandai nyanyi dan sedap lunak merdu suaranya, pandai mengacarakan majlis dan bermain alat muzik.. bakat-bakat ini memang diperlukan especially dalam modul luar. 

Bagi yang dah berkahwin, bertunang, tolong jaga batasan pergaulan. Ingatlah kat rumah ada suami dan isteri serta anak yang menanti dengan harapan. Jaga nama baik keluarga.



Gambar dibawah antara program yang dijalani;


 Attachment dengan SPA Negeri Sarawak. Masa ni rasanya asyik makan je, hihi. tapi layanan mereka memang terbaik. tunjuk ajar yang diberikan memang jelas dan difahami.



Ini pula semasa Program Transformasi Desa, Hari Sukaneka la kiranya, ada pelbagai pertandingan, menganyam ketupat, permainan berebut kerusi dan banyak lagi



Dan, yang ini aku tak boleh lupa, gotong royong membersihkan perkuburan dan menceriakan rumah wakaf di situ. Gambar selepas gotong royong tak jumpa pulak.Walaupun kehadiran kami di kampung tu sekejap je, tapi pada hari terakhir nak pergi tu, penduduk kat kampung tu rasa sedih.. ye la kan, sebab setiap awal pagi kami la yang memecahkan kesunyian pagi, membuat bising di kampung, hahaha.. kami la yang kuat membeli makanan kat gerai-gerai acik kat situ, memang stok selalu habis la gitu..  haha.. bila teringat, rasa lucu pun ada.. hehe..

semoga mak cik mak cik pak cik pak cik di kampung tu sihat hendaknya. 

Sekian.














Wednesday, June 28, 2017

My Saga FLX 2011 - 2017


Bulan Ogos nanti bolehlah sambut anniversary Saga FLX saya yang dikasihi dan disanjungi.

Setiapkali menjelangnya Hari Raya mesti ada perkara yang perlu dibaiki pada Saga aku ni. haha.. sampai ibu mertuaku pun merungut.. yea la, duit laki aku banyak habis kat ctu je.. huhu. Last repair hari tu, RM1000 jugak habis, disebabkan oleh ECU saga dah rosak. ECU tu ibarat CPU komputer kita la, nyawa.. ingatkan masa tu takde bateri ke kan, so belilah bateri baru tapi still jugak tak boleh hidup.. towing, hantar g bengkel pun pomen ambil masa nak detect mana silapnya.. sekali scan guna mesin, naaaa ECU. ECU tu pun nasibla jumpa kat mudah, uncle tu jual RM460, berbanding dengan harga pomen tu mintak, RM1000. mak aiiii.. harga-harga ini saya boleh pergi beli baju raya calaqisya, creacion Siti Nurhaliza tauuuu..hahahah. tapi kita berpegang kepada itu bukan rezeki kita kot. Husband dah pesan jangan diingat barang yang lepas. Baiklah. huhu.

Sebelum ni juga, raya yang nak balik Sarawak dulu, masuk bengkel jugak. tukar Gearbox.. alkisah baru lepas shopping barang Haris, kat seremban pulak tu, tetiba masa nak reverse kereta ke belakang, boleh pulak kereta aku ni gerak ke depan. adoila mak..haha. so memang tak boleh reverse..sampai orang lalu lalang tolong tolak kereta dari depan. Cerita tak habis kat ctu, alkisah rumah kami kat tampin so dari seremban nak balik Tampin, tak boleh bawak laju-laju..sebab hanya gear 1 dan 3 je boleh masuk so gigih la husband drive pada 40-50 je.. haha, siap bukak lampu emergency tu. mmg syokla..semua kereta lalu dok tengok kami dari tepi ja. nasibla bukan tragedi nak balik beraya ke kampung yang jauhh.. memang semput.

So daripada gearbox kena tukar, lepas tu ECU kena tukar, harapan aku agar cukupla nak. jangan la buat hal lagi ye.

Itu sahaja laporan untuk saga flx saya.


Cuba teka di mana saya? hahaha...  


sekian.



Anak umur 2 tahun belum pandai bercakap?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Just want to share one important research daripada Pakar Terapi Ucapan anak saya, yang mana kanak-kanak y...